- Gleneagles Hospital Malaysia
- Pengkhususan Perubatan



Ini termasuk penilaian prapembedahan, konsultasi dengan pasukan pembedahan dan perangkaan pelan bagi anestesia tersebut yang disesuaikan untuk setiap pesakit yang berlainan, pemberian ubat kawal sakit dan pengurusan pesakit selepas pembedahan, secara betul.

Elektrofisiologi adalah cabang neurosains yang mengkaji unsur-unsur elektrik dalam sel-sel dan tisu-tisu biologi. Elektrofisiologi Kardiak adalah bidang yang menilaikan sistem dan aktiviti elektrik jantung, dan merawat apa-apa gangguan rentak jantung (aritmia).





Hepatologi adalah bidang perubatan yang memfokus pada pemeriksaan, pencegahan, diagnosis dan pengurusan penyakit yang melibatkan hati, pundi hempedu, pokok biliari dan pankreas.

A medical category specialising with disorders of the heart, cadiology is a field that includes diagnosis and treatment of congenital heart defects and other heart-related diseases. Cardiologologists are physicians who specialise in this particular field of medicine.











Onkologi ginekologi adalah bidang perubatan khusus yang memfokus pada kanser saluran genital wanita. Kanser ovari, kanser uterus, kanser vagina, kanser serviks dan kanser vulva adalah jenis kanser yang biasa dirawat oleh ahli onkologi ginekologi.

Hemato-onkologi adalah bidang perubatan khusus yang memfokus pada kanser darah. Mieloma berbilang, leukemia mieloid, leukemia limfoblas dan limfoma adalah jenis kanser yang dirawat oleh pakar hemato-onkologi.













Penyakit kolon dan rektum merangkumi berbagai keadaan benigna dan maligna berlainan yang melibatkan saluran gastrousus bawah, seperti usus kecil, kolon, rektum dan dubur.
Kanser kolorektum, kolitis berulser, penyakit divertikular, hemoroid, fisur dalam dubur, penyakit Crohn, dan sindrom rengsa usus (IBS) adalah beberapa penyakit kolon dan rektum biasa yang dirawat oleh kumpulan doktor kami.





Pembedahan pediatrik adalah subkepakaran perubatan yang melibatkan pembedahan janin, bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa muda.


surgery_thumbnail.webp?sfvrsn=3ee4179e_10)



Berbagai jenis penyakit dan masalah tulang belakang boleh dirawat dengan kaedah konservatif dan bukan pembedahan. Sebelum pembedahan akan dipertimbangkan, pesakit disarankan mencuba terapi fizikal, senaman di rumah, perubatan dan suntikan tulang belakang. Pembedahan tulang belakang akan dipertimbangkan jika seseorang mengalami sakit pinggang atau sakit tengkuk dan masalah tersebut tidak dapat diubat secara konservatif.


Pembedahan vitreo retina adalah pembedahan mata yang melibatkan retina (lapisan peka cahaya), makula dan bendalir vitreus.











Kanser adalah penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja - sama ada yang muda dan yang tua, yang kaya dan yang miskin, lelaki, wanita dan kanak-kanak. Di Hospital Gleaneagles, kami memahami bahawa pesakit akan mula berasa sedih dan sugul sebaik mengetahui bahawa mereka menghidap kanser dan kami berdedikasi untuk membantu mereka melawan penyakit ini dengan sebaik mungkin.
Rawatan kanser yang berkesan melibatkan pendekatan multimodal bagi memberikan peluang terbaik buat pesakit untuk bertahan hidup. Di Hospital Gleneagles, pesakit mempunyai akses bagi pelbagai pilihan rawatan yang disesuaikan dengan keadaan unik mereka yang merangkumi terapi radiasi.

Reumatologi melibatkan diagnosis dan terapi bagi penyakit reumatik berkaitan dengan sendi, tisu lembut, penyakit autoimun dan masalah tisu yang lain. Pakar-pakar ini akan memeriksa pesakit, mendiagnosis dan menyarankan rawatan spesifik bagi berbagai jenis penyakit reumatik.





Urologi pediatrik adalah subkepakaran perubatan yang memfokus pada diagnosis, rawatan dan pengurusan masalah berkaitan genital atau saluran kencing kanak-kanak (ginjal, ureter, pundi kencing).
Maklumat Hubungan
Pantai Medical Centre Sdn Bhd (Registration No.: 198101006941 (73056-D)).
Hakcipta Terpelihara. Foto adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
KKLIU 0566/2021
