Kepentingan Saringan Kesihatan | Gleneagles Hospitals Malaysia
Kepentingan Saringan Kesihatan

Kepentingan Saringan Kesihatan


Saringan kesihatan adalah cara yang amat efektif untuk mengesan sebarang penyakit atau masalah perubatan, meskipun tiada tanda-tanda yang kelihatan.

Pengesanan awal akan memberi kita peluang terbaik untuk mengawal kesihatan kita, dengan mendapatkan rawatan yang sewajarnya pada waktu yang tepat.

Malangnya, kebanyakan orang cenderung untuk mendapatkan rawatan perubatan hanya apabila merasa tidak sihat. Pada masa itu, kemungkinan besar penyakit telah pun mengakibatkan kesan yang merosakkan pada badan.

Saringan kesihatan secara tetap boleh membantu orang ramai mengenal pasti sebarang isu kesihatan tersembunyi yang boleh memudaratkan badan.

Apa itu saringan kesihatan?

 


 

Ia adalah ujian perubatan untuk mengesan sebarang kemungkinan penyakit/gangguan/jangkitan dalam seseorang yang mungkin ada atau tidak ada menunjukkan gejala.

Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan risiko penyakit atau merawatnya dengan lebih efektif. Saringan kesihatan bukanlah ujian diagnostik, tetapi ia digunakan untuk mengesan kewujudan atau ketidakwujudan penyakit.

Ujian termasuk pemeriksaan fungsi hati, paras urin, paras gula, tekanan darah, paras kolesterol dan sebagainya.

Dalam sesetengah keadaan, ujian tertentu juga akan dapat membantu individu untuk mengesan diabetes, kanser, masalah tulang, masalah kesihatan mental dan STD.

Memandangkan saringan ini dilakukan sebelum adanya gejala, ia berguna untuk mengesan sebarang isu kesihatan yang tersembunyi pada peringkat awal.

Faedah saringan kesihatan

 

Tidak dapat dinafikan bahawa saringan kesihatan mempunyai banyak faedah. Antaranya adalah:

  • Ia membantu pesakit mengenal pasti sebarang risiko atau masalah yang beliau tidak tahu.
  • Pengesanan awal boleh membantu menguruskan gejala secara efektif dan mengelakkan komplikasi. Ini akan meningkatkan kebarangkalian untuk menghasilkan kesihatan yang lebih baik.
  • Jika anda mempunyai sejarah keturunan penyakit strok, diabetes atau penyakit jantung, saringan kesihatan boleh membantu mencegah masalah seperti ini dengan rawatan yang tepat pada masanya.
  • Semakin umur meningkat, seseorang akan lebih mudah terdedah kepada faktor risiko yang melibatkan kehidupannya. Dengan pengesanan awal dan rawatan, beliau akan mendapat perlindungan terbaik terhadap penyakit-penyakit itu.

Siapa yang patut melakukan saringan kesihatan?

 

Mengekalkan tahap kesihatan yang baik adalah mustahak. Anda disarankan menjalani saringan kesihatan sekali setahun jika anda berumur 40 tahun ke atas dan sekali setiap dua tahun jika anda berumur di bawah 40 tahun.

Buat tempahan janji temu untuk saringan kesihatan di Hospital Gleneagles

 

Saringan kesihatan secara tetap boleh membantu individu menyedari keadaan kesihatan mereka dan mengetahui isu yang dihadapi atau mungkin dihadapi oleh badan mereka. Ia juga dapat membantu kita memilih cara mencegah/merawat yang terbaik.

Di Hospital Gleneagles Malaysia, kami menawarkan pelbagai program/pakej saringan yang direka khas dan boleh disesuaikan mengikut keperluan setiap individu.

Untuk membuat janji temu, sila hubungi pusat saringan kesihatan lebih awal, sekurang-kurangnya 5 hari kerja. Kami sedia membantu anda untuk memilih pakej saringan kesihatan yang paling sesuai untuk anda. Ujian tambahan boleh diaturkan jika diminta atau jika disyorkan oleh doktor kami.

Hospital Pertanyaan dan Janji Temu Waktu Operasi
Hospital Gleneagles Kota Kinabalu Pusat Saringan Kesihatan: +6088 518 888
Talian Janji Temu: +6088 518 810
WhatsApp (teks sahaja): +6017 979 8888
E-mel: [email protected]
 
Isnin hingga Jumaat: 8.00 PG. hingga 5.00 PTG.
Sabtu: 8:00 PG. ke 12:00 TGH.
Ahad dan Cuti Umum: Tutup
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur Pusat Saringan Kesihatan: +603 4141 3282 atau +603 4141 3381
WhatsApp (janji temu sahaja): +6012 285 5144
E-mel: [email protected]
 
Isnin hingga Jumaat: 8.00 PG. hingga 4.00 PTG.
Sabtu: 8.00 PG. hingga 1.00 TGH.
Ahad dan Cuti Umum: Tutup
Hospital Gleneagles Medini Johor Pusat Saringan Kesihatan: +607 560 1064 atau +607 560 1065
WhatsApp (janji temu sahaja): +6012 203 5238
E-mel: [email protected]
 
Isnin hingga Jumaat: 8.30 PG. hingga 5.00 PTG.
Sabtu: 8.30 PG. hingga 1.00 TGH.
Ahad dan Cuti Umum: Tutup
Hospital Gleneagles Pulau Pinang
 
Pusat Saringan Kesihatan: +604 222 9103
WhatsApp: +6016 498 9089
E-mel: [email protected]
 
Isnin hingga Jumaat: 8.00 PG. hingga 4.00 PTG.
Sabtu: 8.00 PG. hingga 1.00 TGH.
Ahad dan Cuti Umum: Tutup

Tertakluk kepada terma dan syarat

Persediaan untuk saringan kesihatan

Sebelum janji temu

  • Berpuasa sekurang-kurangnya 8-10 jam sebelum janji temu (meminum air biasa dibenarkan)
  • Elakkan merokok atau mengambil alkohol sekurang-kurangnya 8 jam sebelum janji temu.
  • Jangan mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 8 jam sebelum janji temu.
  • Melainkan dinasihatkan oleh doktor anda, tangguhkan mengambil sebarang ubat rutin pada waktu pagi (kecuali ubat anti hipertensi) sehingga ujian darah selesai.
  • Wanita yang akan menjalani mamogram dinasihatkan untuk tidak menggunakan deodoran atau bedak talkum.
  • Jadualkan saringan kesihatan anda 10 hari selepas hari pertama haid, jika menjalani ujian Pap smear.

Item yang perlu dibawa

  • Bawa bersama kasut yang sesuai dan pakaian yang selesa jika menjalani ujian stres (treadmill)
  • Rekod perubatan sebelum ini (jika ada) khususnya X-ray, Imbasan MRI dan CT terakhir anda untuk dibandingkan. Sila kemukakan keputusan untuk sebarang pemeriksaan sebelumnya yang dijalankan di tempat lailn.
  • Kaca mata (cermin mata) untuk ujian penglihatan anda. Tanggalkan kanta sentuh sebelum melalui ujian penglihatan.
  • Sila pakai blaus/kemeja lengan pendek yang longgar, seluar atau seluar pendek bermuda. Jika anda mempunyai kasut sukan/kasut berlari, sila bawanya bersama jika anda perlu menjalani ujian stres.
  • Jika anda sedang mengambil ubat, khususnya suntikan insulin, sila maklumkan kepada penyelaras Saringan Kesihatan sebelum atau pada hari saringan dilakukan. Sila bawa ubat anda dan maklumkan kepada penyelaras Saringan Kesihatan sebelum saringan dilakukan.

Apa yang patut dijangkakan semasa saringan kesihatan?

  • Tempoh bagi setiap pakej saringan kesihatan adalah berlainan. Biasanya, sesi saringan kesihatan akan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama jika ada ujian tambahan yang diminta, atau anda diminta oleh doktor untuk menjalani ujian tambahan.
  • Masa yang tepat bergantung pada banyak faktor seperti tahap penyakit, jumlah saringan yang terjadual dan jenis ujian.

Semakan dan pengambilan laporan saringan kesihatan anda

  • Setelah semua ujian selesai, anda boleh memohon untuk mengambil laporan saringan kesihatan anda pada hari yang sama, tetapi ini bergantung pada ketersediaan doktor yang bertugas.
  • Ataupun, penyelaras Saringan Kesihatan akan mengaturkan tarikh dan/atau waktu untuk anda mengambil laporan dan menyemak keputusan dengan doktor.

Rujukan

  1. "Membuat keputusan yang lebih baik dalam saringan kesihatan pencegahan", Tersedia di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5507224/ [Accessed on 4 April 2022]
  2. "Faedah dan risiko bagi ujian saringan", Tersedia di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279418/ [Accessed on 4 April 2022]
  3. "Mengapa Individu Tidak Menjalani Saringan Kesihatan: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan untuk Menjalani Saringan Kesihatan bagi Penyakit Kronik", Tersedia di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7277138/ [Accessed on 4 April 2022]
  4. "Saringan dan pengawasan—prinsip dan amalan", Tersedia di: https://www.birpublications.org/doi/10.1259/bjr.20180200 [Accessed on 4 April 2022]
Loading...

Wait a minute