Terms & Conditons

Terma Penggunaan

Laman web www.gleneagles.com.my dimiliki sepenuhnya oleh Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai). Semua operasi dan perkhidmatan yang disediakan dalam laman web ini diuruskan dan dikelolakan sepenuhnya oleh Kumpulan Pantai. Semua kandungan dalam laman web ini adalah milik Kumpulan Pantai.

Pengguna internet yang mengakses dan melayari laman web ini dikehendaki menerima tanpa batasan atau pembatasan, semua Terma dan Syarat yang dinyatakan dan akan terikat oleh terma dan syarat tersebut secara automatiknya apabila melayari laman web ini. Dengan melayari laman web ini anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat yang dinyatakan di sini dan anda bersetuju akan terikat dengannya Sekiranya anda tidak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat di sini, anda tidak patut melayari laman ini atau memuat turun bahan daripada laman ini.

Pengguna internet tidak boleh meniru, mengagih, mencetak atau menggunakan kandungan laman web ini untuk tujuan komersial, atau menggunakan laman web ini untuk tujuan selain yang dinyatakan di sini. Laman web ini hanya boleh digunakan untuk tujuan yang sah di sisi undang-undang, dan dengan kaedah yang tidak melanggar hak, atau menyekat atau menghalang penggunaan laman web ini oleh pihak ketiga. Sekatan atau halangan seperti ini termasuklah tetapi tidak terhad kepada, kelakuan yang melanggar undang-undang, atau yang boleh mengganggu atau menyebabkan tekanan atau kesulitan kepada mana-mana orang perseorangan, penghantaran kandungan lucah atau menyinggung atau sebarang bahan yang berbaur hasutan, perkauman atau penghinaan etnik atau mengganggu pengaliran dialog biasa dalam laman web ini.

Pautan

Laman web ini mungkin mengandungi pautan(-pautan) kepada laman pihak ketiga. Kumpulan Pantai tidak bertanggungjawab atas kandungan dalam laman-laman tersebut kerana ia dikelolakan oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan Kumpulan Pantai. Pautan(-pautan) tersebut disediakan semata-mata untuk kemudahan anda dan tidak menandakan, sama ada secara langsung atau tidak, sebarang sokongan, kebenaran atau penajaan oleh Kumpulan Pantai terhadap laman(-laman) tersebut atau produk dan perkhidmatan yang disediakan di situ. Risiko penggunaan kandungan dalam laman pihak ketiga adalah ditanggung oleh pengguna sendiri. Ia merupakan tanggungjawab pengguna untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga demi mengelakkan virus atau unsur yang boleh membinasakan.

Pengubahsuaian

Kumpulan Pantai berhak, pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi makluman terdahulu kepada anda, mengubah format dan kandungan laman web ini pada bila-bila sahaja. Pantai boleh menamatkan, menukar, menggantung atau memberhentikan mana-mana aspek laman Kumpulan Pantai, termasuk ketersediaan mana-mana ciri di laman ini pada bila-bila masa. Kumpulan Pantai juga boleh mengenakan batasan pada ciri-ciri dan perkhidmatan tertentu atau menyekat pergerakan anda ke sebahagian atau kesemua daripada laman ini tanpa notis atau liabiliti. Kumpulan Pantai boleh menggantung operasi laman ini untuk melaksanakan kerja sokongan atau penyenggaraan, agar dapat mengemas kini kandungan atau untuk apa jua sebab lain sekali pun.

Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan laman web ini, sila hubungi pantaihospitals@pantai.com.my

Kuki

Apakah Kuki?

Kuki ialah fail data kecil yang diletakkan pada komputer atau peranti mudah alih anda apabila anda melawat laman web. Kuki membolehkan laman web untuk mengenali peranti anda dan mengingati maklumat tentang lawatan anda, contohnya pilihan dan tetapan anda. Kuki juga boleh membantu kami menganalisis cara anda menggunakan laman web kami dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik.

Jenis Kuki Yang Kami Gunakan

Kuki Bersasar

Kuki ini mungkin ditetapkan melalui laman kami oleh rakan kongsi pengiklanan kami. Kuki ini mungkin digunakan oleh syarikat tersebut untuk membina profil berkenaan minat anda dan menunjukkan kepada anda iklan yang berkaitan di laman web lain. Kuki ini tidak menyimpan maklumat peribadi anda secara langsung tetapi berdasarkan pengecaman unik penyemak imbas dan peranti internet anda. Jika anda tidak membenarkan kuki ini, anda akan melihat kurang pengiklanan bersasar.

Kuki Prestasi

Kuki ini membolehkan kami mengira lawatan dan sumber trafik supaya kami boleh mengukur dan meningkatkan prestasi laman web kami. Kuki ini membantu kami mengetahui halaman mana yang paling digemari dan paling kurang popular serta melihat cara pelawat bergerak di sekitar laman web. Semua maklumat yang dikumpul kuki ini adalah diagregatkan dan oleh itu tanpa nama. Jika anda tidak membenarkan kuki ini, kami tidak akan tahu bila anda telah melawat laman web kami dan tidak akan dapat memantau prestasinya.

Kuki Fungsi

Kuki ini membolehkan laman web menyediakan fungsi dan pemperibadian yang dipertingkatkan. Kuki ini mungkin ditetapkan oleh kami atau oleh pembekal pihak ketiga yang perkhidmatannya telah kami tambahkan pada halaman kami. Jika anda tidak membenarkan kuki ini, maka beberapa atau semua perkhidmatan ini mungkin tidak berfungsi dengan betul.

Kuki Yang Sangat Diperlukan

Kuki ini diperlukan untuk laman web berfungsi dan tidak boleh dilumpuhkan dalam sistem kami. Biasanya hanya ditetapkan sebagai respons terhadap tindakan yang dibuat oleh anda yang mengikut jumlah permintaan untuk perkhidmatan, seperti menetapkan keutamaan privasi, log masuk atau mengisi borang. Anda boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk menyekat atau memaklumkan anda tentang kuki ini, tetapi beberapa bahagian laman web tidak akan berfungsi. Kuki ini tidak menyimpan sebarang maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital