Kebanyakan pesakit jantung mengalami penyakit arteri koronari dalam umur pertengahan empat puluhan disebabkan gaya hidup yang kurang sihat, diet yang buruk, merokok dan diabetes serta iklim tropika yang panas
Pembedahan kardiotoraks adalah surgeri perubatan yang terkini, dengan pendekatan rapi dan teliti dalam mendiagnosis dan merawat – setiap pesakit akan diberikan perhatian profesional yang terbaik oleh pasukan ahli perubatan profesional mereka sendiri.
Prosedur ini melibatkan rawatan surgeri oleh pakar bedah bagi penyakit yang menjejaskan organ dalam toraks (dada), yang merangkumi penyakit dan masalah lain berkaitan jantung dan paru-paru. Pembedahan kardiotoraks termasuk, tetapi tidak terbatas kepada pembedahan seperti pintasan jantung dan surgeri jantung terbuka.
Hospital Gleneagles menggunakan peralatan yang canggih dan perkhidmatan pasukan pelbagai disiplin yang merangkumi pakar bedah kardiotoraks, pakar kardiologi, jururawat dan pakar penjagaan susulan untuk menyediakan penjagaan perubatan yang profesional dan berpengalaman.
Pakar bedah kardiotoraks merawat masalah yang berikut:
Gejala bagi serangan jantung adalah berbeza, bergantung kepada masalah anda. Bagaimanapun, ia boleh merangkumi:
Pelbagai ujian digunakan untuk mendiagnosis dan menyaring masalah kardiotoraks bagi jantung dan paru-paru. Ini termasuk:
Jantung | Paru-paru |
---|---|
|
Pembedahan dan prosedur kardiotoraks termasuk:
Semua pembedahan mempunyai risiko. Berikut adalah beberapa risiko yang patut diketahui:
Meskipun pembedahan ini berisiko, faedah yang diperoleh biasanya adalah jauh lebih bermanfaat. Pembedahan kardiotoraks boleh menyelamatkan individu daripada keadaan yang mengancam nyawa - ia membantu membuka arteri yang tersumbat, membaiki otot jantung yang lemah dan membetulkan ritma jantung.
Di Hospital Gleneagles, pasukan pembedahan akan merancang rawatan yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan anda dan jenis pembedahan yang akan dilakukan. Kami akan memberikan perkhidmatan selepas pembedahan dan rawatan susulan yang terbaik. Pasukan pakar bedah profesional kami akan berada bersama anda sepanjang masa.
Wait a minute