Oftalmologi: Pakar Penjagaan Mata

Ophthalmology_content

Pakar-pakar kami menguruskan segala perkara berkenaan mata yang merangkumi anatomi, fisiologi dan penyakit berkaitan mata. Ahli oftalmologi mendiagnosis dan merawat pesakit dengan masalah dan penyakit mata dan turut menjalankan pembedahan mata

Kaedah untuk Mendiagnosis Keadaan Mata: Saringan Oftamologi

Ujian saringan mata harus dijalankan dari lahir, hingga ke usia kanak-kanak dan sampai ke tua kerana sesetengah penyakit mata boleh dikesan semasa kecil dan sesetengah pula hanya akan muncul kemudian.

Melalui penjagaan kesihatan mata yang konsisten, pakar Oftalmologi di Hospital Gleneagles berusaha untuk mendiagnosis dan menyediakan rawatan awal bagi masalah dan penyakit mata sekarang ini dan yang mungkin timbul.

1. Pemeriksaan pelebaran pupil

Untuk memeriksa retina bagi tanda-tanda penyakit mata, ubat mata khas akan dititiskan ke dalam mata untuk mengembangkan pupil supaya ahli oftalmologi dapat melihat melalui bukaan yang lebih besar.

2. Tonometri

Tonometri adalah ujian diagnostik untuk mengukur tekanan bagi mata dan biasanya digunakan untuk pesakit Glaukoma.

3. Topografi Kornea

Komputer digunakan untuk memeriksa lengkungan kornea pesakit dan ujian ini biasanya dijalankan sebelum pembedahan atau bagi pengguna kanta sentuh pertama kali.

4. Ujian Ketajaman Penglihatan

Untuk menilaikan dan menentukan keupayaan anda untuk melihat dari jarak dekat dan jarak jauh. Ujian ini memerlukan anda membaca abjad-abjad pada papan. Kanak-kanak yang masih belum membaca akan diberikan versi yang lebih mudah.

5. Pembiasan

Diagnostik ini digunakan untuk menentukan jenis kaca mata preskripsi yang diperlukan. Ujian Oftalmologi menguji kekuatan kanta berlainan untuk membantu pesakit memperolehi penglihatan yang paling jelas dan tajam.

Penyakit Mata dan Simptom-simptom

1. Glaukoma

Penyakit Glaukoma biasanya didapati dalam individu yang berumur dan ia merosakkan saraf optik. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan buta kekal.

Memandangkan tiada simptom yang ketara pada peringkat awal, kehilangan penglihatan sisi (periferi) dan pandangan terowong boleh berlaku. Jika tidak dirawat, ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan kekal.

2. Degenerasi Makula Berkaitan Umur (AMD)

Dikenali sebagai kehilangan penglihatan pusat, AMD biasanya dialami individu 50 tahun ke atas dan berpunca daripada kerosakan pada kawasan kecil di tengah retina yang dipanggil makula.

Simptom paling biasa adalah kabur penglihatan pusat dan sukar melakukan perkara yang memerlukan penglihatan "terus ke depan".

3. Ambliopia (mata malas)

Masalah ini biasanya didapati dalam kanak-kanak disebabkan perkembangan penglihatan yang tidak betul kerana juling atau kesilapan biasan tidak dibetulkan, di mana penglihatan menjadi lemah meskipun tiada penyakit mata.

Biasanya, Ambliopia hanya menjejaskan sebelah mata, tetapi ia boleh juga dialami oleh kedua-dua mata.

4. Hiperopia

Rabun dekat adalah masalah di mana pesakit sukar untuk memfokus pada objek yang dekat dengan mata mereka. Ia berlaku kerana bola mata terlalu pendek untuk membiaskan cahaya dengan betul dan biasanya dibetulkan dengan kaca mata.

Simptom-simptom rabun dekat boleh juga merangkumi penglihatan kabur dan sakit mata apabila membaca dan pening.

5. Presbiopia

Masalah ini merangkumi kehilangan fungsi fokus automatik dalam mata untuk memfokus pada objek yang dekat dan berpunca daripada pengerasan kanta mata secara semula jadi. Masalah ini sering dikelirukan dengan hiperopia.

Lain-lain simptom biasa termasuk mata letih dan tidak dapat membaca teks yang kecil. Presbiopia juga boleh berlaku di samping kesilapan biasan yang lain.

6. Miopia

Dikenali sebagai rabun jauh, keadaan ini biasanya bermula semasa awal zaman kanak-kanak dan simptom paling biasa adalah tidak dapat melihat objek yang jauh.

Biasanya dibetulkan dengan kaca mata dan simptom lain yang biasa termasuk penglihatan kabur apabila memfokus pada objek jauh atau semasa membaca.

7. Katarak

Masalah ini dicirikan oleh kekeruhan pada kanta mata dan biasanya dialami oleh individu yang berumur dan boleh juga disebabkan oleh kecederaan atau trauma, radang mata yang berpanjangan, atau rawatan steroid. Sesetengah bayi boleh dilahirkan dengan katarak juga.

Simptom paling biasa bagi katarak adalah penglihatan kabur dan simptom-simpton lain termasuk warna kelihatan pudar, sensitif kepada cahaya, atau penglihatan berganda.

8. Strabismus

Keadaan ini berlaku kerana mata tidak dapat mengekalkan penjajaran yang betul dan menghala dalam arah yang berlainan. Masalah ini biasanya didapati dalam kanak-kanak dan memerlukan pembedahan untuk meluruskan mata tetapi, keadaan yang kurang serius hanya memerlukan kaca mata preskripsi khas.

9. Penyakit mata tiroid

Juga dikenali sebagai oftalmologi Graves atau penyakit mata Graves, penyakit mata tiroid adalah keadaan apabila sistem imun badan menyebabkan bengkak dan keradangan pada mata. Ia juga menyebabkan penghasilan lemak dan tisu otot di belakang mata. Ini akan menyebabkan kelopak mata dan mata menjadi bengkak, merah, dan membonjol keluar. Ketahui lebih lanjut tentang simptom, diagnosis dan rawatan untuk penyakit mata tiroid.

Kemudahan Oftalmologi di Hospital Gleneagles

Di Hospital Gleneagles, kami berdedikasi untuk memudahkan anda dan orang tersayang menjalani proses diagnosis, rawatan dan penjagaan berkaitan mata yang terperinci.

Selain penjagaan perubatan yang berkualiti, setiap pesakit akan diberikan akses kepada teknologi perubatan yang moden dan inovatif. Ahli penjagaan kesihatan profesional kami akan merangka pelan rawatan yang disesuaikan dengan setiap individu dan gaya hidup mereka yang berlainan, dengan mengutamakan hasil yang terbaik, bagi mengurangkan sebarang kesan sampingan sepanjang pemulihan anda.

Untuk membantu mengekalkan kesihatan mata dan memelihara penglihatan anda selama yang mungkin, kesihatan keseluruhan anda mesti dijaga. Memandangkan deria penglihatan kita adalah penting untuk hidup kita, pasukan pakar mata kami yang profesional dan berempati, komited dan bersedia untuk membantu anda pada setiap langkah.

Jika anda atau orang tersayang mempunyai sebarang perubahan atau gangguan dalam penglihatan anda, sila aturkan janji temu dan pasukan kami akan membantu anda seterusnya.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi