Penjagaan Komprehensif: Anestesia dan Penjagaan Kritikal
Anestesiologi adalah sains sedasi yang menyekat simptom-simptom sakit buat sementara. Ahli Anestesiologis, iaitu doktor yang terlatih dalam anestesia dan ubat prapembedahan, memastikan pemberian anestesia dijalankan secara
selamat dan terlindung.
Ini termasuk penilaian prapembedahan, konsultasi dengan pasukan pembedahan dan perangkaan pelan bagi anestesia tersebut yang disesuaikan untuk setiap pesakit yang berlainan, pemberian ubat kawal sakit dan pengurusan
pesakit selepas pembedahan, secara betul.
Perkhidmatan Anaesthesiologi Termasuk
Anestesia Umum
Pesakit akan diletakkan dalam keadaan tidak sedar yang penuh dan terkawal sepanjang prosedur pembedahan.
Anestesia Sekawasan
Suntikan anestesia diberikan untuk melalikan kawasan tertentu pada badan pesakit, supaya pesakit akan kekal sedar, tetapi tidak akan merasa sebarang kesakitan. Pesakit juga boleh meminta sedatif jika
diperlukan.
Anestesia Setempat
Suntikan anestesia setempat dimasukkan ke dalam bahagian kecil pada badan, untuk melalikannya. Pesakit akan kekal sedar dan tidak merasa sakit.
Apakah tugas Ahli Anestesiologis?
Ahli Anestesiologis adalah doktor perubatan yang terlatih dalam pengkhususan bidang penyediaan dan pemberian Anestesia. Tugas mereka turut merangkumi penjagaan pesakit sebelum dan selepas pembedahan dijalankan.