Jenis & Rawatan Pembedahan Vaskular
Pakar dalam bidang ini menjalankan pembedahan pada sistem vaskular (arteri dan vena) melalui terapi perubatan, prosedur invasif minimum serta rekonstruksi surgeri. Prosedur khas ini sering melibatkan penggunaan angiogram, pembedahan peletakan stent, graf dialisis dan juga pemindahan organ.
Di Hospital Gleneagles, pasukan pakar bedah kami yang terlatih, memiliki subkepakaran untuk menguruskan dan merawat berbilang penyakit berkaitan arteri, vena dan limfa. Pilihan rawatan kami termasuk prosedur kateter invasif minimum di samping rekonstruksi surgeri. Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap pesakit menikmati kesihatan kardiovaskular yang baik.
Jenis dan Rawatan bagi Penyakit Vaskular
Untuk mengesan dan mendiagnosis puncanya, pasukan kami menggunakan kepakaran berbilang disiplin bagi menentukan sebab-sebab bagi limfedema dan kaki bengkak, sebelum rawatan dan fisioterapi ditetapkan.
Berpeluh berlebihan biasanya didapati pada tangan, ketiak dan tapak kaki. Ia boleh menjadi masalah sosial yang memalukan, dan menyukarkan aktiviti harian seperti memegang objek, menulis dan bersalam dengan orang lain.
Bagi proses di mana port dan saluran perlu dimasukkan untuk prosedur kemoterapi dan surgeri akses vena rumit yang lain seperti dialisis, Hospital Gleneagles menguruskan kerumitan seperti ini dengan baik untuk mengelakkan komplikasi semasa rawatan akses vena dijalankan.
Peredaran lemah dalam kaki sering menyebabkan rasa sakit semasa berjalan. Ini biasanya menandakan permulaan penyakit arteri koronari dan serebrovaskular. Jika dikesan awal, pakar bedah vaskular kami dapat membantu mengurangkan risiko bagi serangan jantung, strok dan kehilangan anggota.
Simptom-simptom bagi vena varikosa dan trombosis vena dalam seperti bengkak, sakit, perubahan kulit, serta ulser dalam kaki, anggota bawah dan tangan boleh dirawat dengan berbagai prosedur minimum invasif. Penyakit DVT ini lebih kerap berlaku selepas penerbangan jarak jauh atau prosedur surgeri. Hospital Gleneagles menyarankan rawatan awal untuk menguruskan dan mengurangkan risiko bekuan beralih ke organ seperti paru-paru, dan untuk mengelakkan kerosakan kekal pada anggota.
Pasukan kami memiliki kearifan dan kemahiran untuk membantu merawat berbagai luka rumit melalui perkhidmatan daripada pelbagai pakar yang merangkumi pakar bedah vaskular, pakar penyakit berjangkit, pakar radiologi vaskular, jurufisioterapi, ahli ortotik, juruterapi vakum dan juruterapi oksigen hiperbarik.
Hospital Gleneagles memiliki pasukan berbilang disiplin yang menggunakan kaedah yang sesuai untuk memenuhi keperluan rawatan dialisis bagi pesakit sambil memastikan gangguan minimum dalam kualiti hidup mereka.
Jangkitan dan ulser dalam pesakit diabetes adalah agak biasa, dan rujukan awal kepada pakar kami boleh membantu mengurangkan risiko kehilangan anggota sambil memanjangkan jangka hayat mereka. Pesakit diabetes dinasihati untuk memeriksa peredaran dalam kaki mereka setiap tahun bagi mengurangkan komplikasi berkaitan kaki.
Hospital Gleneagles menggunakan teknik dan teknologi perubatan moden dalam rawatan pesakit aneurisme aorta dan aneurisme periferi.
Pasukan pengkhususan Vaskular kami juga memiliki kearifan dan teknologi untuk membantu mengurangkan dan menguruskan risiko strok melalui pengesanan awal dan pencegahan.