Onkologi ginekologi adalah bidang perubatan khusus yang memberi fokus kepada kanser saluran genital wanita.
Walaupun kesedaran kanser ginekologi dalam kalangan wanita Malaysia kian meningkat saban tahun, ia masih belum berada di tahap yang memuaskan. Wanita dalam semua peringkat umur perlu dididik dalam aspek-aspek penting seperti saringan, diagnosis awal, faktor risiko dan simptom biasa.
Jenis-jenis kanser yang dirawat oleh pakar onkologi ginekologi termasuk kanser ovari, kanser uterus, kanser vagina, kanser serviks, dan kanser vulva.
Ia berlaku akibat pertumbuhan sel abnormal di dalam ovari. Kanser ini tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara pada peringkat awal. Bagaimanapun, beberapa tanda yang mungkin dilihat adalah:
Kanser ini bermula di dalam lapisan endometrium uterus, dan ia juga dikenali sebagai kanser endometrium. Kanser ini lebih mudah dikesan kerana ia menunjukkan tanda-tanda awal seperti pendarahan vagina yang abnormal.
Tanda-tanda biasa termasuk:
Kanser jenis ini bermula di dalam sel-sel serviks. Salah satu punca utama kanser serviks yang diketahui adalah strain HPV (papilomavirus manusia), iaitu jangkitan hubungan jenis.
Peringkat awal kanser ini tidak menunjukkan tanda-tanda yang ketara. Bagaimanapun, beberapa simptom biasa adalah:
Seperti namanya, kanser ini berlaku apabila sel-sel di dalam lapisan vagina mula membiak secara abnormal.
Peringkat awal kanser ini mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom. Bagaimanapun, apabila ia berkembang, tanda-tanda berikut mungkin akan dilihat:
Kanser vulva terbentuk di dalam vulva, iaitu kulit luar yang mengelilingi uretra dan vagina. Kanser ini mungkin dirasakan seperti benjolan atau sakit pada vulva, dan boleh menyebabkan kegatalan melampau. Kanser ini lebih biasa berlaku pada wanita lebih tua.
Simptom biasa termasuk:
Walaupun tiada punca yang pasti untuk kanser ginekologi, beberapa faktor risiko adalah:
Mengunjungi pakar ginekologi secara tetap adalah cara terbaik untuk mendapat diagnosis awal bagi kanser. Doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal seperti memeriksa pelvis untuk gumpalan, dan keabnormalan. Ujian pap smear juga mungkin dijalankan untuk memeriksa kewujudan sel kanser di dalam serviks.
Jika disyaki ada kanser, ujian lanjut mungkin diperlukan termasuk:
Rawatan bagi kanser ginekologi bergantung pada jenis dan penyebaran/peringkat kanser.
Rawatan yang biasa termasuk pembedahan pembuangan, kemoterapi, dan terapi radiasi.
Rawatan juga bergantung pada umur dan keadaan kesihatan semasa pesakit.
Doktor akan menilaikan semua faktor sebelum menggunakan satu atau menggabungkan beberapa pilihan rawatan.
Pasukan pakar bedah dan ahli onkologi yang bertauliah di Gleneagles berpengalaman dan berkemahiran dalam pengurusan kanser ginekologi.
Selain pembedahan, berbagai rawatan kanser disediakan termasuk radioterapi, kemoterapi, dan terapi sasaran, yang berkesan untuk membunuh sel-sel kanser bagi mengekalkan kualiti hidup selepas rawatan.
Anda akan dijaga dengan baik oleh pasukan pakar bedah dan ahli onkologi kami, yang terlatih untuk mengamalkan standard penjagaan yang terkini, bagi memastikan hasil yang terbaik untuk anda.
Jika anda atau orang tersayang mengalami simptom kanser ginekologi, penting untuk mendapatkan rawatan perubatan segera untuk diagnosis dan rawatan. Ketahui lebih lanjut berkenaan penjagaan kanser dan perkhidmatan Onkologi di Hospital Gleneagles.
Wait a minute