Radiology Department I Gleneagles Hospital

Radiologi

 

Radiologi adalah cabang perubatan pakar yang menguruskan pengimbasan imej-imej badan. Fungsi teras jabatan pakar ini adalah menyediakan pengimejan diagnostik perubatan berkualiti tinggi kepada doktor dan pesakit secara selamat dan mudah.

Di Hospital Gleneagles, peralatan radiologi dan pengimejan yang moden serta teknologi yang terkini digunakan di bawah pengurusan khusus pasukan pakar radiologi dan ahli teknnologi, yang diawasi oleh konsultan radiologi kanan yang berkelayakan dan berpengalaman.

 

Saringan dan Perkhidmatan Radiologi Perinatal

Hospital Gleneagles menawarkan perkhidmatan saringan radiologi perinatal yang berikut:

- Saringan perinatal– 11+6 hingga  13+6 minggu (NTT+biokimia)

- Imbasan tarikh – 11-13 minggu

- Imbasan anomali fetus – 20-24 minggu

- Mencegah dan mengesan pelahiran pramasa – pengukuran panjang serviks dan ujian fibronektin 

- Ekokardiografi fetus

- Pengawasan fetus dalam kes berisiko tinggi – diabetes, tekanan darah tinggi, bayi dengan pertumbuhan terbantut, kehamilan kembar 

- Imbasan 3D dan 4D

Bagi ibu-ibu yang prihatin, kami turut menyediakan ujian tidak invasif untuk mengesan masalah kromosom utama dengan menilaikan darah ibu – saringan pranatal dengan penanda biokimia dan penilaian risiko.

Kemudahan Pengimejan Radiologi

Di jabatan radiologi Hospital Gleneagles, pakar radiologi kami mengamalkan konsep bebas kertas dan bebas filem, dan menggunakan sistem RIS (Sistem Maklumat Radiologi) dan PACS (Sistem Komunikasi dan Arkib Gambar). Setelah penyiasatan dilengkapkan, imej-imej akan dihantar kepada pakar radiologi dan doktor melalui komputer, untuk ditafsirkan. Ini dapat menjimatkan masa menguruskan keadaan pesakit di Hospital Gleneagles.  Setiap laporan dan imej akan tersedia secara digital pada setiap masa, untuk mengelakkan kehilangan fiem atau laporan, atau mengelirukan keputusan. Dengan satu klik sahaja, setiap penyiasatan selepas itu boleh dibandingkan dengan penyiasatan sebelumnya.

1
Diagnostik MRI Jantung

Teknik pengimejan diagnostik tidak invasif ini membantu mendiagnosis dan menilaikan pelbagai penyakit di bawah:

- Kecacatan jantung kongenital
- Masalah injap jantung
- Arteri koronari tersumbat dan serangan jantung
- Kegagalan jantung kongestif
- Penyakit kantung perikardium

- Tumor jantung

Dibina menurut asas-asas MRI, MRI Jantung dioptimumkan untuk sistem kardiovaskular supaya fungsi-fungsi utama dan ciri-ciri morfologi dapat dinilaikan dengan lebih mudah. Pengoptimuman ini menggunakan teknik pengegetan ECG dan pengimejan pantas atau berurutan. Antara manfaat bagi MRI Jantung termasuk:

- Tidak menggunakan radiasi pengion

- Boleh menjalankan pengimejan infark menggunakan kajian media berbeza

- MRA (angiografi resonans magnetik) boleh menghasilkan imej-imej saluran darah dan aliran dalam melalui saluran, dalam 3D dan 4D

- MRI Tesla 3 kami membolehkan pengimejan beresolusi tinggi dihasilkan dengan lebih cepat

2
Imbasan CT

Di Hospital Gleneagles, keupayaan diagnostik Imbasan CT telah dipertingkatkan baru-baru ini dengan penggunaan teknologi diagnostik pengimejan 3D berbilang hirisan, berbilang format. Teknologi ini boleh melengkapkan kajian dalam masa beberapa saat sahaja, dan turut membantu jabatan kami menilaikan kesesuaian rawatan tidak invasif bagi arteri koronari dengan menganggarkan pemarkahan kalsium. Semakin ramai pesakit dan pakar kami yang memilih penggunaan kaedah tidak invasif ini.

Teknologi kami dilengkapi penyuntik tekanan suntikan medium berkontras yang terkini, untuk menjalankan biopsi yang menggunakan prosedur panduan CT dan penyaliran rutin. Setiap imej 3D yang dihasilkan berkesan untuk membantu menilaikan masalah seperti fraktur, tumor dan juga aneurisme.

Angiogram CT kami membantu memandu prosedur penyaliran, untuk mengurangkan keperluan surgeri yang lebih invasif bagi masalah seperti embolisme pulmonari, arteri abdomen dan hujung anggota termasuk saluran tengkuk dan otak.

3
MRI (3T)

Di Hospital Gleneagles, penggunaan teknologi Pengimejan Resonans Magnetik yang terkini memastikan pemyiasatan otak, tulang belakang dan sendi dijalankan dengan ketepatan tertinggi. MRI ini juga boleh digunakan dalam pengkajian tentang hati, pokok biliari (MRCP) di samping organ pelvis.

Perkembangan dan kemajuan terkini dalam teknologi MRI turut membantu meningkatkan pengimejan payudara, dengan penciptaan gelung payudara khas untuk menangani masalah diagnostik yang rumit. Perkembangan ini juga merangkumi pengimbasan arteri dan vena pada otak, badan, abdomen dan hujung anggota yang lain.

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital