Pakar hematologi pakar dalam kajian darah, organ pembentuk darah serta penyakit berkaitan darah seperti hemofilia dan anemia. Pakar hemotologi mendiagnosis, merawat dan menguruskan pencegahan penyakit berasaskan darah
Hospital Gleneagles berbangga dengan keupayaan kami untuk membantu mendiagnosis dan menawarkan rawatan untuk masalah hematologi sedemikian. Proses kami mematuhi piawaian global dan menggabungkan kedua-dua kemahiran dan pengalaman yang diperlukan oleh pasukan disiplin penjagaan kesihatan yang pelbagai. kenapa? Kerana diagnosis yang tepat dalam merawat masalah sedemikian membantu kami menentukan pelan rawatan yang paling berkesan untuk setiap pesakit individu.
Anda perlu berjumpa pakar hematologi jika mengalami gejala atau telah disahkan mempunyai masalah berkaitan darah seperti anemia, pendarahan tidak normal, atau gangguan pembekuan darah. Sebab lain untuk mendapatkan konsultasi termasuk kiraan sel darah yang terlalu rendah atau tinggi, lebam yang luar biasa, atau jika doktor utama anda mencadangkan pemeriksaan lanjut bagi mengesan kemungkinan gangguan darah.
Jika anda mengalami sebarang gejala atau mempunyai kebimbangan tentang kesihatan darah anda, buatlah janji temu dengan pakar hematologi terkemuka di Malaysia hari ini di Hospital Gleneagles. Pasukan kami sedia memberikan rawatan khusus demi masa depan yang lebih sihat.
Wait a minute