Paediatric Urology I Gleneagles Hospital

Urologi Pediatrik

Urologi Pediatrik ialah subkepakaran Pembedahan Pediatrik yang memberikan tumpuan kepada merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah urin dan genital. Ahli urologi pediatrik ialah pakar bedah yang boleh mendiagnos, merawat dan mengendalikan penyakit-penyakit ini dalam kalangan bayi, kanak-kanak dan remaja.

Keadaan urologi dalam kanak-kanak biasanya berbeza daripada apa yang dialami oleh pesakit-pesakit dewasa. Ahli urologi pediatrik berkemahiran dalam mengendalikan pemeriksaan dan rawatan yang sesuai dan selesa untuk kanak-kanak. Mereka menggunakan alat dan kemudahan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Pembedahan diperlukan bagi kebanyakan keadaan urologi dalam kanak-kanak yang mempunyai kecacatan kongenital. Sesetengah pembedahan urologi dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah invasif minimum seperti laparoskopik dan pembedahan yang dibantu oleh robot.

 

Keadaan Urologi Pediatrik yang Lazim

  • Jangkitan saluran kencing
  • Simptom-simptom jangkitan saluran kencing seperti kerap membuang air kencing, sakit semasa membuang air kencing, urin berbau berkaitan dengan demam panas, urin berdarah, masalah kencing tidur dan disfungsi-disfungsi pundi kencing lain.
  • Varikosele
  • Masalah testis
    • Masalah penurunan testis – testis tidak turun atau kehilangan testis
    • Kilasan testis
    • Kesakitan pada skrotum
  • Keabnormalan pada saluran renal
    • Sumbatan buah pinggang dan anomali duplikasi (buah pinggang dupleks)
    • Refluks vesico-ureterik
    • Keabnormalan ureter
    • Keabnormalan urakus
    • Keabnormalan pundi kencing 
  • Masalah zakar
    • Hipospadias
    • Megaprepus
    • Zakar terbenam
    • Fimosis dan kulup tidak boleh tarik ke belakang
    • Balanitis

Ahli Urologi Pediatrik di Hospital Gleneagles

Ahli urologi pediatrik kami di Gleneagles adalah berpengalaman dan berkemahiran dalam mendiagnosis, merawat dan menguruskan berbagai masalah gebitourinari seperti:

  • Masalah kawalan pundi kencing
  • Kriptorkidisme –Testis tidak turun
  • Urolitiasis – batu pundi kencing dan batu karang
  • Hipospadias
  • Fimosis
  • Epispadias
  • Disfungsi pundi kencing neurogenik
  • Malformasi genitourinari dan kecacatan lahir

Yakinlah bahawa anak anda akan dijaga dengan baik oleh ahli urologi pediatrik kami yang terlatih untuk memastikan anak anda menerima standard penjagaan yang terkini dan hasil yang terbaik.

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital