Pusat Penjagaan Diabetes
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Pusat Penjagaan Diabetes

Pusat Penjagaan Diabetes telah ditubuhkan pada 2002 untuk menyediakan bantuan menguruskan diabetes sendiri bagi pesakit diabetes dan penjaga mereka.

Menghidap dan/atau berisiko mendapat diabetes adalah sesuatu yang mencabar. Rutin harian seperti makan secara sihat, memantau glukosa darah, mengambil ubat dan mengurangkan komplikasi boleh membebankan anda.

Kami boleh membantu anda merangka pelan untuk menjaga diri sendiri agar anda kekal sihat.

Perkhidmatan kami merangkumi:

  • Pendidikan Menguruskan Diabetes Sendiri bagi:
    • Diabetes Jenis 1
    • Diabetes Jenis 2
    • Pradiabetes
    • Diabetes Gestasi
  • Pendidikan tentang terapi suntikan insulin
  • Terapi pam insulin
  • Pemantauan Glukosa Berterusan Profesional (CGM)

(CGM profesional boleh membantu pesakit untuk lebih memahami tentang kawalan glukosa darah; ia mencatatkan paras glukosa secara automatik setiap 5 minit, 24 jam sehari, selama 3-6 hari.

Pakar Endokrinologi

Untuk membuat janji temu dan pertanyaan, sila hubungi Pendidik Penjagaan Diabetes kami di:

+03-4141 3118 / +03-4141 3337

Lokasi: Tingkat 5, Blok A

Waktu Operasi:

  • Isnin – Jumaat:9 pg – 5 ptg
  • Sabtu: 9 pg – 1 tgh
  • Ahad & Cuti Umum: Tutup

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital