Plan Your Visit
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Rancang Lawatan Anda

Maklumat

Garis Panduan bagi Pelawat

Pelawat yang dihormati,

Untuk melindungi pesakit dan petugas kesihatan kami, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur mengamalkan dasar pelawat yang berikut:

  1. Maksimum 2 pelawat dibenarkan melawat pesakit di wad dua katil, wad empat katil, wad pediatrik, Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Unit Dipendensi Tinggi (HDU).
  2. Pihak hospital hanya membenarkan seorang penjaga atau pasangan (untuk persalinan) untuk menemani pesakit di wad.
  3. Harap maklum bahawa pelawat tidak dibenarkan sama sekali untuk melawat pesakit di wad COVID-19 atau bahagian ICU untuk pesakit COVID-19.
  4. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit di wad.

Kami menghargai kerjasama anda untuk mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pesakit, pelawat dan petugas kesihatan kami.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

Waktu Melawat
Wad

Wad Am: 9.00 pagi hingga 9.00 malam

Unit Rawatan Rapi (ICU) / Unit Penjagaan Koronari (CCU) / Unit Tanggungan Tinggi (HDU) / Wad Pediatrik: 

12.00pm - 2.00pm (Sesi Pertama) & 5.00pm - 8.00pm (Sesi Kedua)

 
Wad dan Unit Rawatan Rapi Berkaitan COVID-19
Isnin – Ahad: Tiada Pelawat   
Tempat Letak Kereta Pelawat

Untuk kemudahan pelawat kami, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan tempat letak kereta:

Blok A: Tempat Letak Kenderaan Bertingkat

  • Tempat letak kereta berbumbung enam tingkat dengan Mesin Berbayar terletak di sebelah Lif Tempat Letak Kereta di Aras Bawah.

Blok B: Tempat Letak Kereta Bawah Tanah

  • Tempat letak kereta bawah tanah tiga tingkat dengan Mesin Pembayaran Ticket yang terletak di Lobi Lif Tempat Letak Kereta 1 (Aras Bawah dan Aras B1) dan Lobi Lif Tempat Letak Kereta 2 (Aras B1).

Kemudahan Tempat Letak Kereta Berdekatan:

Tempat Letak Kereta Terbuka 1:

Terletak di sepanjang Jalan Ampang dan bersebelahan Blok Pejabat Perubatan (MOB). Mesin Pembayaran Ticket terletak berhampiran pintu keluar tempat letak kereta.

Tempat Letak Kereta Terbuka 2:

Terletak bersebelahan dengan Kedutaan Korea. Mesin Pembayaran Ticket terletak berhampiran pintu masuk tempat letak kereta.

Perkhidmatan Pengangkutan

Untuk memastikan keselamatan semua pelanggan, kami menawarkan perkhidmatan ulang-alik ke tempat letak kereta untuk kemudahan dan keselesaan semua.


Perkhidmatan ulang-alik disediakan pada waktu berikut:

Isnin hingga Jumaat: 9:00 pagi hingga 5:00 petang

Sabtu: 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari


Sila hubungi Duta Perkhidmatan kami di lokasi berikut jika anda memerlukan perkhidmatan ulang- alik:

Blok A: Kaunter Perkhidmatan di Lobi Utama

Blok B: Kaunter Perkhidmatan di Lobi Utama

Perkhidmatan Valet

Perkhidmatan valet disediakan di pintu masuk utama Blok A & Blok B. Caj RM 25 dikenakan setiap kali masuk, setiap hari.

Isnin – Sabtu : 7 pg – 7 mlm

Ahad & Cuti Umum : 9 pg – 5 ptg

 

 

Pesakit Luar

Proses Pendaftaran

PROSES LAWATAN BAGI PESAKIT LUAR

  • Pergi ke kaunter-kaunter di bawah ini untuk mendaftar:
NoKaunterArasBangunanButiran
1Kaunter Perkhidmatan KorporatAras BawahBilik Konsultasi Perubatan (MOB)Untuk pesakit dengan GL sahaja
2Klinik Pakar IndividuAras 1 - Aras 7Bilik Konsultasi Perubatan (MOB)Untuk pesakit yang membayar dengan tunai sahaja
3Kemalangan & KecemasanAras BawahBlok AUntuk kedua-dua pesakit dengan GL dan pesakit yang membayar dengan tunai
4Klinik Pesakit LuarAras 6 - Aras 8Blok BUntuk kedua-dua pesakit dengan GL dan pesakit yang membayar dengan tunai
Sila pastikan anda membawa dokumen ini:
  • Kad Pengenalan dan/atau Pasport
  • Dokumen Rujukan seperti surat rujukan doktor, laporan perubatan yang lepas, filem X-Ray, dll.
  • Surat Jaminan (jika ada) daripada syarikat insurans anda

Kami menyediakan penterjemah untuk bahasa asing seperti Bahasa Arab, Bahasa Indonesia, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, dan Bahasa Mandarin. Jika anda memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +603-4141 3361 atau +603-4141 3362.

Setelah konsultasi doktor selesai, pembayaran boleh dibuat di salah satu lokasi juruwang di atas ini (tanpa ubat-ubatan) atau di Farmasi kami di lokasi di bawah ini (dengan ubat-ubatan).

Pembayaran boleh dibuat di salah satu lokasi juruwang di atas ini (tanpa ubat- ubatan) atau di Farmasi kami di lokasi di bawah ini (dengan ubat-ubatan).

NoKaunterArasBangunan
1Farmasi Runcit IAras BawahBilik Konsultasi Perubatan (MOB)
2Retail Pharmacy IIAras 1Blok B
Piagam Pesakit

Pesakit di hospital

Proses Pendaftaran

PROSES KEMASUKAN ANDA

1. Sebelum Kemasukan

Selepas konsultasi dengan doktor, anda akan diberitahu sama ada anda perlu dimasukkan ke hospital.

Pra-Pendaftaran:

Anda digalakkan untuk melakukan pra-pendaftaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari kemasukan, di Kaunter Kemasukan yang terletak di lobi utama Blok A, Aras Bawah.

Ini akan mencepatkan proses anda dimasukkan ke wad apabila anda tiba pada hari kemasukan anda.

2. Kemasukan

Anda boleh pergi ke Kaunter Kemasukan di lobi utama Blok A, Aras Bawah. Kakitangan di kaunter akan menguruskan keperluan kemasukan anda. Beliau akan meminta NRIC atau Pasport anda, Kad Insurans (jika diperlukan) dan pemilihan bilik.

Langkah seterusnya adalah pendaftaran. Anda mungkin diminta menunggu sementara kami menyediakan bilik anda.

3. Pendaftaran

Selepas proses kemasukan, anda perlu mendaftar. Kakitangan pendaftaran kami akan menerangkan syarat-syarat perkhidmatan, perihal insurans dan keperluan lain. Gelang ID pesakit dengan maklumat anda akan diletakkan pada pergelangan tangan anda sepanjang tempoh penghospitalan.

4. Menunggu Insurans

Kelulusan Tuntutan

Jika anda menggunakan kad insurans untuk menuntut insurans, kemasukan wad hanya akan dibuat setelah kami menerima Surat Jaminan Awal (IGL) daripada syarikat insurans anda. Jika anda tidak mahu menunggu penerimaan IGL, anda boleh membayar deposit yang diperlukan, yang akan dibayar balik setelah IGL anda diterima.

Jika pra-pendaftaran telah dibuat sebelum hari kemasukan, anda tidak perlu menunggu penerimaan IGL anda.

5. Pembayaran

Anda akan diminta pergi ke Kaunter Juruwang jika anda perlu membayar deposit. Juruwang kami akan menguruskan pembayaran anda.

6. Pengiringan Porter

Porter akan mengiringi anda ke wad, di mana semua keperluan penjagaan anda sepanjang penghospitalan akan diuruskan oleh jururawat.

7. Bil

Anda akan diberitahu jika bil hospital sementara anda telah melepasi jumlah deposit anda.

 

 

 

Piagam Pesakit
Item untuk Dibawa

Anda hanya perlukan item-item penting seperti:

Baju tidur

Selipar

Alat penjagaan diri (berus gigi, ubat gigi, dll.)

Keluar hospital

PROSES KELUAR HOSPITAL

1. Doktor

• Memulakan proses keluar hospital bagi anda

• Menyediakan preskripsi perubatan keluar hospital bagi anda

2. Jururawat

• Menyediakan dokumen keluar hospital bagi anda

• Mengaturkan janji temu susulan dengan anda dan/atau waris terdekat

3. Ahli Farmasi

• Menyediakan perubatan anda

• Mendispens perubatan yang perlu dibawa pulang oleh anda

4. Jururawat

• Menyiapkan proses keluar, memulangkan filem X-Ray (jika berkenaan) dan menyediakan laporan pemeriksaan untuk anda

• Memandu anda atau waris terdekat ke Ruang Keluar Hospital untuk membayar bil hospital

5. Kakitangan Keluar Hospital

• Menerangkan bil akhir dan liputan insurans (jika berkenaan) sebelum anda atau waris terdekat anda membuat pembayaran (jika perlu)

Kerani

• Mengaturkan perkhidmatan rencam untuk mengangkat bagasi atau mendapatkan kerusi roda

Pesakit

• Bersedia untuk pulang ke rumah anda

BIL

Sila berikan masa 2 ½ jam untuk proses keluar dengan pembayaran sendiri, dan 3 ½ jam untuk proses keluar di bawah insurans atau jaminan korporat.

Kami menerima bayaran dalam bentuk tunai, kad kredit atau draf bank.

BAYARAN BALIK

Jika deposit anda melebihi caj-caj dalam bil akhir hospital, bayaran balik akan dibuat setelah kami menerima bayaran penuh bagi bil akhir anda.

Bagi pesakit yang membuat pembayaran sendiri, bayaran balik akan dikembalikan dalam masa 14 hari kerja, dari tarikh anda keluar hospital.

 

Insurans dan Bil

Insurans Kesihatan dan Perubatan Bergabung Antarabangsa

Senarai syarikat insurans yang diterima di Gleneagles Kuala Lumpur:

Alphabet listInsurance Companies
AAIA Allianz Life Insurance Asia Assistance Network AXA Affin Life Insurance
CCompumed
Ee-MasEtiqa Life Insurance Etiqa Takaful Berhad
GGreat Eastern Life Insurance
HHealth Connect HealthMetricsHong Leong MSIG Insurance
IIntegrated Health Plans Sdn Bhd (IHP)
MMediexpress Micare Medilink Mitsui Sumitomo Miyacare
PPM Care PraAssist Prudential Assurance Malaysia Berhad Prudential BSN Takaful Berhad
SSelCare
TTejani Emergency Assistance Tokio Marine Life Insurance
ZZurich Insurance Prudential Assurance Malaysia Berhad

Jika anda ingin menggunakan polisi insurans anda untuk penjagaan kesihatan dan perubatan di Gleneagles Kuala Lumpur, hubungi wakil insurans anda untuk meminta Surat Jaminan (GL) sah yang ditujukan kepada:

Meja Perkhidmatan Insurans Gleneagles Kuala Lumpur 

282 & 286, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Setelah GL awal diperolehi, sila hantarkannya kepada kami melalui faks di +603-4141 3011.

Untuk bantuan lanjut tentang cara meminta Surat Jaminan (GL), sila hubungi Meja Perkhidmatan Insurans di +603-4141 3007 

Perkhidmatan Concierge dan Terjemahan

Pasukan concierge kami bersedia untuk membantu anda dengan bagasi anda semasa masuk dan keluar. Bantuan kerusi roda juga disediakan atas permintaan. Untuk perkhidmatan concierge, sila hubungi kami di +603-4141 3001 atau +603-4141 3583.

Selain itu, kami menawarkan penterjemah untuk bahasa asing seperti Arab, Bahasa Indonesia, Jepun, Korea dan Mandarin. Jika anda memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +603-4141 3361 atau +603-4141 3362.

Jenis bilik

Jenis-jenis Bilik

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur menyediakan penjagaan perubatan yang terbaik, bilik bertaraf hotel, serta makanan lazat yang sihat dan Halal.

Panduan Menu

Pemakanan memainkan peranan penting dalam pemulihan dan kami berhasrat untuk membantu pesakit mencapai pemulihan yang lancar dan cepat. Pesakit boleh memilih daripada menu makanan yang sihat dan lazat di bilik mereka yang selesa berdasarkan sekatan diet mereka.

Hospital Gleneagles telah melancarkan menu khas yang mengutamakan keselesaan dan makanan berkhasiat untuk pesakit. Menu baharu ini menampilkan hidangan yang diatur secara eksklusif dengan kerjasama cef selebriti dan restoran Dato' Fazley Yaakob. Semua hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan sumber tempatan oleh cef dalaman di Hospital Gleneagles.

 

 

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital
Click to know more!