Medical Specialties
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000
Filter by
Or
Cari Mengikut
N
Nefrologi
Dengan pengkhususan dalam cabang perubatan dalaman yang menguruskan fungsi dan penyakit berkaitan buah pinggang, ahli nefrologi mendiagnosis dan merawat penyakit buah pinggang seperti kegagalan ginjal, batu karang dan hipertensi.
Neonatologi
Tempoh neonatal merupakan masa yang penting bagi bayi ketika mereka berpindah dari rahim ke dunia luar. Neonatologi memberi tumpuan kepada penyediaan penjagaan perubatan khusus untuk bayi yang baru lahir, terutamanya yang dilahirkan secara prematur atau dengan komplikasi perubatan. 
Neurologi
Ahli Neurologi adalah doktor pakar yang menilaikan pesakit, memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit neurologi berkenaan sistem saraf yang merangkumi selaput, saluran darah dan tisu otot penghubung. Mereka juga membantu menguruskan penyakit bagi pesakit. Jika pembedahan diperlukan, pesakit mungkin akan dirujuk kepada Pakar Bedah Saraf. Ahli neurologi umumnya merawat penyakit dan masalah seperti epilepsi dan sawan, demensia, kecederaan kepala, migrain, sklerosis berbilang, dan banyak lagi.
Neurologi Pediatrik
Neurologi pediatrik atau neurologi kanak-kanak merujuk kepada cabang perubatan khusus yang berkaitan dengan diagnosis dan pengurusan penyakit neurologi pada neonat (bayi baru lahir), bayi, kanak-kanak dan remaja.
Neurosurgery
Pembedahan saraf merangkumi pencegahan, diagnosis, rawatan dan pemulihan masalah dan penyakit sistem saraf. Pembedahan merangkumi surgeri pada otak, korda spina, saraf periferi dan sistem serebrovaskular ekstrakranium.
O
Obstetrik dan Ginekologi (O&G)
Obstetrik dan ginekologi adalah pengkhususan perubatan surgeri yang menguruskan kesihatan pembiakan dan organ wanita, dalam wanita yang mengandung (obstetrik) dan yang tidak mengandung (ginekologi). Pakar O&G meliputi kedua-dua pengkhusuan termasuk bersalin dan kelahiran, selain kesihatan umum bagi sistem pembiakan wanita.
Onkologi
Pusat pakar onkologi perubatan di Hospital Gleneagles mengambil pendekatan holistik dalam menyediakan bantuan dan nasihat kepada pesakit tentang berbagai aspek berkaitan penjagaan kanser, termasuk pilihan rawatan, kesan sampingannya, serta perubahan gaya hidup dan penjagaan sebelum dan selepas rawatan. 
Onkologi Ginekologi
Onkologi ginekologi adalah bidang perubatan khusus yang memberi tumpuan kepada diagnosis dan rawatan kanser sistem reproduktif wanita. Di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, kami menawarkan perkhidmatan onkologi ginekologi yang komprehensif, menggabungkan teknologi perubatan yang canggih dengan penjagaan yang penuh kasih sayang untuk menyokong wanita sepanjang perjalanan kanser mereka.
Ophthalmologi
Pakar-pakar kami menguruskan segala perkara berkenaan mata yang merangkumi anatomi, fisiologi dan penyakit berkaitan mata. Ahli oftalmologi mendiagnosis dan merawat pesakit dengan masalah dan penyakit mata, dan turut menjalankan pembedahan mata.
Ortopedik Pediatrik
Pertumbuhan rangka otot adalah penting untuk menyokong dan menstabilkan badan kanak-kanak. Jika terdapat sebarang kecacatan atau masalah semasa lahir atau kemudian, anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar ortopedik pediatrik. 
P
Patologi
Pengkhususan ini mengkaji dan mendiagnosis penyakit melalui pemeriksaan organ, tisu, cecair badan dan juga autopsi badan yang lengkap. Pakar patologi mendiagnosis dan memeriksa sampel dan biopsi, serta mentafsirkan ujian makmal perubatan untuk mendiagnosis, merawat dan mencegah penyakit. 
Pediatrik
Pakar pediatrik menguruskan penjagaan bayi, kanak-kanak dan remaja. Pakar pediatrik adalah penjaga utama yang menjaga kanak-kanak sejak mereka dilahirkan, termasuk kesihatan, pertumbuhan serta kesejahteraan umum mereka, selain memberikan inokulasi dan vaksinasi yang diperlukan.
Pembedahan Am
Pengkhususan pembedahan ini memfokus pada organ abdomen yang merangkumi usus, esofagus, perut, usus kecil, kolon, hati, pankreas, pundi hempedu, duktus hempedu dan tiroid. Meskipun pakar bedah mungkin memiliki subkepakaran dalam satu atau lebih banyak bidang yang menggunakan berbilang kaedah seperti surgeri laparoskopik, mereka masih merangkumi pasukan pembedahan am. Pakar bedah ini memiliki kepakaran rawatan bagi masalah dan penyakit dalam sistem badan utama termasuk fungsi-fungsi kardiovaskular, pencernaan, endokrin, perkumuhan, kulit, otot, saraf, pembiakan, pernafasan dan rangka otot.
Pembedahan Bariatrik
Pembedahan bariatrik boleh mengubah kehidupan seseorang – khususnya jika dilakukan untuk menangani isu obesiti yang sudah lama. Namun, ia bukannya penawar yang ajaib kerana pesakit perlu mengubah gaya hidup mereka bagi membantu mengekalkan penyusutan berat mereka. Enam hingga dua belas bulan selepas prosedur adalah waktu paling penting di mana pesakit perlu menyesuaikan diri dengan pengambilan kalori baharu mereka dan mengekalkan mahupun menambahkan penyusutan berat mereka. Pesakit juga perlu mengamalkan rutin senaman bagi menggalakkan keberkesanan pembedahan ini.
Pembedahan Endokrin
Pembedahan endokrin merujuk kepada pembedahan pada satu atau lebih banyak kelenjar dalam sistem endokrin. Terdapat banyak lagi kelenjar endokrin dan pakar bedah berlainan memiliki pengkhususan dalam setiap satu daripadanya. Pakar bedah endokrin bekerja rapat dengan rakan sekerja perubatan mereka, pakar endokrinologi, dan doktor yang menjalankan diagnosis dan penyiasatan awal bagi pesakit dengan masalah endokrin seperti diabetes.
Pembedahan gigi
Dentists are highly trained doctors specialising in the care of teeth when patients go for annual check-ups. Dental surgery can also include other medical procedures involving the teeth such as root canals, crowns, implants, dentures and other orthodontic treatment.
Pembedahan Hepatobiliari
Surgeri ini adalah cara yang paling berkesan untuk merawat tumor duktus pada hati dan hempedu dan turut membantu merawat simptom-simptom 
Pembedahan Kaki & Buku Lali
Masalah dan kecacatan kaki, buku lali, pinggul dan tulang belakang mempunyai perkaitan yang rumit. Masalah kaki dan buku lali yang biasa termasuk bunion, artritis buku lali, tendon Achilles dan fasciitis plantar. 
Pembedahan Kardiotoraks
Perkhidmatan ini melibatkan rawatan surgeri oleh pakar bedah bagi penyakit yang menjejaskan organ dalam toraks (dada), yang merangkumi penyakit dan masalah lain berkaitan jantung dan paru-paru. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada pembedahan pintasan jantung dan surgeri jantung terbuka.
Pembedahan Kepala dan Leher
Pembedahan Kolorektum

Penyakit kolon dan rektum merangkumi berbagai keadaan benigna dan maligna berlainan yang melibatkan saluran gastrousus bawah, seperti usus kecil, kolon, rektum dan dubur. 

Kanser kolorektum, kolitis berulser, penyakit divertikular, hemoroid, fisur dalam dubur, penyakit Crohn, dan sindrom rengsa usus (IBS) adalah beberapa penyakit kolon dan rektum biasa yang dirawat oleh kumpulan doktor kami. 

Pembedahan kosmetik Maxillofacial / Muka
Pembedahan maksilofasial adalah prosedur yang dirangka untuk menyerlahkan bentuk dan penampilan wajah, mulut dan rahang. Pembedahan kosmetik wajah digunakan untuk membetulkan kesan penuaan, keadiposan dan tak simetri wajah di samping kecacatan wajah kongenital dan perolehan. Surgeri mungkin dijalankan pada tisu-tisu keras atau lembut pada dagu, kontur permukaan kulit, kelopak mata, struktur nasal dan tisu lembut pada muka, leher, rambut dan telinga.
Pembedahan Laparoskopik
Pembedahan laparoskopik, atau pembedahan lubang kunci, adalah prosedur pembedahan invasif minimum yang membolehkan pakar bedah mengakses organ dalaman melalui 3-4 insisi sekecil lubang butang. 
Pembedahan Ortopedik & Trauma
Kedua-dua bidang pengkhususan ini biasanya adalah berkaitan kerana ia boleh disebabkan oleh trauma, kemalangan, kecederaan sukan, penyakit merosot, jangkitan, tumor dan masalah kongenital. Pakar ortopedik menguruskan keadaan berkaitan sistem rangka otot melalui kedua-dua kaedah pembedahan invasif dan tidak invasif, di samping kaedah bukan surgeri untuk membetulkan dan merawat masalah tersebut.
Pembedahan Payudara
Pakar bedah am di Hospital Gleneagles berkeupayaan dan arif dalam menyediakan rawatan bagi pesakit dengan penyakit berkaitan payudara. Pembedahan payudara biasanya melibatkan pembuangan gumpalan berkanser dan benigna, serta ketumbuhan asing lain dan prostesis perubatan.

 

Pembedahan Pediatrik
Pembedahan pediatrik adalah subkepakaran perubatan yang melibatkan pembedahan janin, bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa muda.  
Pembedahan Pembentukan Plastik
Selain manfaat kosmetik, pengkhususan perubatan dalam pembedahan plastik turut digunakan untuk membetulkan dan memulihkan bentuk serta fungsi bahagian badan melalui prosedur seperti graf kulit untuk kebakaran, dan pembedahan rekonstruksi bagi tangan.
Pembedahan Penggantian Sendi & Rekonstruksi Kecederaan Sukan
Jika kaedah konservatif gagal untuk mengurangkan simptom-simptom bagi melegakan kesakitan sendi kronik, pembedahan rekonstruksi harus dipertimbangkan untuk menangani keadaan tersebut. 
Pembedahan Saluran Gasto-Usus (GI) Atas
Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
Pakar telinga, hidung dan kerongkong (ENT) mendiagnosis dan merawat penyakit berkaitan kepala dan leher, yang merangkumi penyakit dan masalah telinga, hidung dan kerongkong di samping alergi, dan kedua-dua surgeri plastik dan surgeri rekonstruksi wajah.
Pembedahan Tulang Belakang
Berbagai jenis penyakit dan masalah tulang belakang boleh dirawat dengan kaedah konservatif dan bukan pembedahan. Sebelum pembedahan akan dipertimbangkan, pesakit disarankan mencuba terapi fizikal, senaman di rumah, perubatan dan suntikan tulang belakang. Pembedahan tulang belakang akan dipertimbangkan jika seseorang mengalami sakit pinggang atau sakit tengkuk dan masalah tersebut tidak dapat diubat secara konservatif. 
Pembedahan Vaskular
Pakar dalam bidang ini menjalankan pembedahan pada sistem vaskular (arteri dan vena) melalui terapi perubatan, prosedur invasif minimum serta rekonstruksi surgeri. Prosedur khas ini sering melibatkan penggunaan angiogram, pembedahan peletakan stent, graf dialisis dan juga pemindahan organ.
Pemulihan
Doktor pemulihan akan bekerja rapat dengan rakan sekerja perubatan dan ahli paramedik profesional yang lain untuk merangka program rawatan pemulihan dan mengkaji semula matlamat pemulihan secara tetap. Program khusus kami termasuk pemulihan neurologi, tulang belakang, pediatrik dan amputasi.
Penyakit Berjangkit
Perkembangan Pediatrik
Kanak-kanak adalah masa pertumbuhan dan perkembangan yang pesat, dengan setiap kanak-kanak mencapai landasan penting pada tahapnya sendiri. Pakar perkembangan pediatrik memberi tumpuan kepada pemantauan dan menyokong pertumbuhan fizikal, kognitif, dan sosioemosional kanak-kanak.
Perubatan Am
Perubatan Am adalah berkaitan dengan diagnosis, pengurusan dan rawatan bukan pembedahan bagi penyakit yang ganjil atau serius. Pakar-pakar dalam sektor ini biasanya dirujuk sebagai doktor. Disebabkan pesakit dalam sektor ini memerlukan pemeriksaan yang rumit, doktor biasanya akan menumpukan amalan perubatan mereka kepada satu sistem organ atau bidang perubatan yang tertentu.
Perubatan Dalaman
Perubatan dalaman menawarkan program pencegahan dan rawatan penyakit yang meluas dan terperinci. Pakar dalam bidang ini menyediakan belbagai penjagaan untuk semua orang daripada golongan muda kepada golongan berumur. Ini merangkumi pemeriksaan kesihatan dan saringan yang sesuai bagi penyakit spesifik seperti hipertensi dan tumor maligna.
Psikiatri
Psikiatri adalah pengkhususan perubatan yang mengkaji dan merawat gangguan mental yang merangkumi tingkah laku, kognitif dan persepsi penuh. Antara penyakit biasa yang dirawat oleh Psikiatri termasuk skizofrenia, gangguan bipolar dan juga gangguan stres pasca trauma (PTSD).
Psikologi
Ahli psikologi mendiagnosis dan merawat gangguan emosi dan mental dalam pesakit. Ahli psikologi yang terlatih biasanya akan menganalisis, menyelidik serta menilaikan personaliti pesakit sebelum rawatan diberikan melalui berbagai kaedah psikologi seperti kaunseling, psikoterapi dan relaksasi.
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital
Click to know more!