Gleneagles Hospital Penang
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

KENAPA PILIH KAMI

300+
Katil
Berlesen
40+
Kepakaran
Perubatan
100+
Doktor
Pakar
300,000
Pesakit Yang Menerima
Perkhidmatan Setiap Setahun
600+
Tempat
Letak Kereta

Kepakaran Kami

Gleneagles berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda dalam rawatan perubatan yang meliputi pelbagai jenis kepakaran perubatan serta prosedur. Lihat perkhidmatan perubatan dan klinikal yang kami sediakan.
Lihat Semua Kepakaran
Onkologi
Pusat pakar onkologi perubatan di Hospital Gleneagles mengambil pendekatan holistik dalam menyediakan bantuan dan nasihat kepada pesakit tentang berbagai aspek berkaitan penjagaan kanser, termasuk pilihan rawatan, kesan sampingannya, serta perubahan gaya hidup dan penjagaan sebelum dan selepas rawatan. 
Kardiologi
Kardiologi adalah pengkhususan perubatan dalam masalah jantung, termasuk mendiagnosis dan merawat kecacatan jantung kongenital serta penyakit berkaitan jantung yang lain. Pakar kardiologi adalah doktor yang mempunyai pengkhususan dalam bidang perubatan ini.
Pembedahan Ortopedik & Trauma
Kedua-dua bidang pengkhususan ini biasanya adalah berkaitan kerana ia boleh disebabkan oleh trauma, kemalangan, kecederaan sukan, penyakit merosot, jangkitan, tumor dan masalah kongenital. Pakar ortopedik menguruskan keadaan berkaitan sistem rangka otot melalui kedua-dua kaedah pembedahan invasif dan tidak invasif, di samping kaedah bukan surgeri untuk membetulkan dan merawat masalah tersebut.
Haematologi
Ahli hematologi memiliki pengkhususan dalam pengkajian darah, organ yang membentuk darah, dan penyakit berkaitan darah seperti hemofilia dan anemia. Ahli Hematologi mendiagnosis, merawat dan menguruskan pencegahan penyakit berasaskan darah.
Pembedahan Am
Pengkhususan pembedahan ini memfokus pada organ abdomen yang merangkumi usus, esofagus, perut, usus kecil, kolon, hati, pankreas, pundi hempedu, duktus hempedu dan tiroid. Meskipun pakar bedah mungkin memiliki subkepakaran dalam satu atau lebih banyak bidang yang menggunakan berbilang kaedah seperti surgeri laparoskopik, mereka masih merangkumi pasukan pembedahan am. Pakar bedah ini memiliki kepakaran rawatan bagi masalah dan penyakit dalam sistem badan utama termasuk fungsi-fungsi kardiovaskular, pencernaan, endokrin, perkumuhan, kulit, otot, saraf, pernafasan dan rangka otot.
Perubatan Dalaman
Perubatan dalaman menawarkan program pencegahan dan rawatan penyakit yang meluas dan terperinci. Pakar dalam bidang ini menyediakan belbagai penjagaan untuk semua orang daripada golongan muda kepada golongan berumur. Ini merangkumi pemeriksaan kesihatan dan saringan yang sesuai bagi penyakit spesifik seperti hipertensi dan tumor maligna.

Doktor

Pasukan profesional doktor dan pakar yang sangat berpengalaman sedia untuk menyampaikan perundingan dan pelan rawatan yang disesuaikan dengan keperluan anda.
Cari
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital