Tentang Kami
Berpengalaman lebih 45 tahun dalam penjagaan kesihatan
profesional, Gleneagles Hospital Pulau Pinang menawarkan perkhidmatan perubatan, penjagaan
dan sokongan pesakit yang berkualiti tinggi. Lebih 85 doktor dengan berbagai pengkhususan
perubatan disediakan bagi memastikan penjagaan kesihatan yang terbaik. Pada 2016, Gleneagles
telah menerima Mohor Emas daripada Suruhanjaya Antarabangsa Bersama (JCI) yang mengiktirafkan
standard kualiti antarabangsa bagi penjagaan pesakit dan pengurusan organisasi; yang mengakui
pencapaian standard kualiti penjagaan kesihatan antarabangsa tertinggi oleh Gleneagles Hospital
Pulau Pinang.
Dilengkapi pasukan pakar berbilang disiplin dan kemudahan teknologi yang terkini, Gleneagles Hospital Pulau Pinang merupakan salah satu hospital terkemuka di Malaysia yang menyediakan penjagaan lanjutan sehenti untuk pesakit tempatan, di samping pesakit dari negara-negara jiran. Gleneagles Hospital Pulau Pinang bertekad untuk terus berkembang dari setiap sudut, sambil mengekalkan komitmen utama kami –menyediakan penjagaan pesakit yang terbaik bagi anda dan mereka yang tersayang. Di Gleneagles Hospital Pulau Pinang, kami mengutamakan hasil klinikal, keselamatan dan keselesaan bagi pesakit kami.
![](/images/default-source/site-essentials/icon_g_hospital.png)