Medical Specialties
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111
Filter by
Or
Cari Mengikut
P
Pediatrik
Pakar pediatrik menguruskan penjagaan bayi, kanak-kanak dan remaja. Pakar pediatrik adalah penjaga utama yang menjaga kanak-kanak sejak mereka dilahirkan, termasuk kesihatan, pertumbuhan serta kesejahteraan umum mereka, selain memberikan inokulasi dan vaksinasi yang diperlukan.
Pembedahan Am
Pengkhususan pembedahan ini memfokus pada organ abdomen yang merangkumi usus, esofagus, perut, usus kecil, kolon, hati, pankreas, pundi hempedu, duktus hempedu dan tiroid. Meskipun pakar bedah mungkin memiliki subkepakaran dalam satu atau lebih banyak bidang yang menggunakan berbilang kaedah seperti surgeri laparoskopik, mereka masih merangkumi pasukan pembedahan am. Pakar bedah ini memiliki kepakaran rawatan bagi masalah dan penyakit dalam sistem badan utama termasuk fungsi-fungsi kardiovaskular, pencernaan, endokrin, perkumuhan, kulit, otot, saraf, pernafasan dan rangka otot.
Pembedahan Bariatrik
Pembedahan bariatrik boleh mengubah kehidupan seseorang – khususnya jika dilakukan untuk menangani isu obesiti yang sudah lama. Namun, ia bukannya penawar yang ajaib kerana pesakit perlu mengubah gaya hidup mereka bagi membantu mengekalkan penyusutan berat mereka. Enam hingga dua belas bulan selepas prosedur adalah waktu paling penting di mana pesakit perlu menyesuaikan diri dengan pengambilan kalori baharu mereka dan mengekalkan mahupun menambahkan penyusutan berat mereka. Pesakit juga perlu mengamalkan rutin senaman bagi menggalakkan keberkesanan pembedahan ini.
Pembedahan Endokrin
Pembedahan endokrin merujuk kepada pembedahan pada satu atau lebih banyak kelenjar dalam sistem endokrin. Terdapat banyak lagi kelenjar endokrin dan pakar bedah berlainan memiliki pengkhususan dalam setiap satu daripadanya. Pakar bedah endokrin bekerja rapat dengan rakan sekerja perubatan mereka, pakar endokrinologi, dan doktor yang menjalankan diagnosis dan penyiasatan awal bagi pesakit dengan masalah endokrin seperti diabetes.
Pembedahan Hepatobiliari
Surgeri ini adalah cara yang paling berkesan untuk merawat tumor duktus pada hati dan hempedu dan turut membantu merawat simptom-simptom 
Pembedahan Kardiotoraks
Perkhidmatan ini melibatkan rawatan surgeri oleh pakar bedah bagi penyakit yang menjejaskan organ dalam toraks (dada), yang merangkumi penyakit dan masalah lain berkaitan jantung dan paru-paru. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada pembedahan pintasan jantung dan surgeri jantung terbuka.
Pembedahan Kepala dan Leher
Pembedahan Kolorektum

Penyakit kolon dan rektum merangkumi berbagai keadaan benigna dan maligna berlainan yang melibatkan saluran gastrousus bawah, seperti usus kecil, kolon, rektum dan dubur. 

Kanser kolorektum, kolitis berulser, penyakit divertikular, hemoroid, fisur dalam dubur, penyakit Crohn, dan sindrom rengsa usus (IBS) adalah beberapa penyakit kolon dan rektum biasa yang dirawat oleh kumpulan doktor kami. 

Pembedahan Laparoskopik
Pembedahan laparoskopik, atau pembedahan lubang kunci, adalah prosedur pembedahan invasif minimum yang membolehkan pakar bedah mengakses organ dalaman melalui 3-4 insisi sekecil lubang butang. 
Pembedahan Ortopedik & Trauma
Kedua-dua bidang pengkhususan ini biasanya adalah berkaitan kerana ia boleh disebabkan oleh trauma, kemalangan, kecederaan sukan, penyakit merosot, jangkitan, tumor dan masalah kongenital. Pakar ortopedik menguruskan keadaan berkaitan sistem rangka otot melalui kedua-dua kaedah pembedahan invasif dan tidak invasif, di samping kaedah bukan surgeri untuk membetulkan dan merawat masalah tersebut.
Pembedahan Payudara
Pakar bedah am di Hospital Gleneagles berkeupayaan dan arif dalam menyediakan rawatan bagi pesakit dengan penyakit berkaitan payudara. Pembedahan payudara biasanya melibatkan pembuangan gumpalan berkanser dan benigna, serta ketumbuhan asing lain dan prostesis perubatan.

 

Pembedahan Pediatrik
Pembedahan pediatrik adalah subkepakaran perubatan yang melibatkan pembedahan janin, bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa muda.  
Pembedahan Pembentukan Plastik
Selain manfaat kosmetik, pengkhususan perubatan dalam pembedahan plastik turut digunakan untuk membetulkan dan memulihkan bentuk serta fungsi bahagian badan melalui prosedur seperti graf kulit untuk kebakaran, dan pembedahan rekonstruksi bagi tangan.
Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
Pakar telinga, hidung dan kerongkong (ENT) mendiagnosis dan merawat penyakit berkaitan kepala dan leher, yang merangkumi penyakit dan masalah telinga, hidung dan kerongkong di samping alergi, dan kedua-dua surgeri plastik dan surgeri rekonstruksi wajah.
Pembedahan Toraks
Pembedahan kardiotoraks merangkumi surgeri jantung dewasa dan pediatrik seperti graf pintasan arteri koronari, pembaikan dan penggantian injap jantung, pembedahan penyakit paru-paru dan mediastinum, dan banyak lagi. 
Pembedahan Vitreo Retina
Pembedahan vitreo retina adalah pembedahan mata yang melibatkan retina (lapisan peka cahaya), makula dan bendalir vitreus. 
Perubatan Am
Perubatan Am adalah berkaitan dengan diagnosis, pengurusan dan rawatan bukan pembedahan bagi penyakit yang ganjil atau serius. Pakar-pakar dalam sektor ini biasanya dirujuk sebagai doktor. Disebabkan pesakit dalam sektor ini memerlukan pemeriksaan yang rumit, doktor biasanya akan menumpukan amalan perubatan mereka kepada satu sistem organ atau bidang perubatan yang tertentu.
Perubatan Dalaman
Perubatan dalaman menawarkan program pencegahan dan rawatan penyakit yang meluas dan terperinci. Pakar dalam bidang ini menyediakan belbagai penjagaan untuk semua orang daripada golongan muda kepada golongan berumur. Ini merangkumi pemeriksaan kesihatan dan saringan yang sesuai bagi penyakit spesifik seperti hipertensi dan tumor maligna.
Psikiatri
Psikiatri adalah pengkhususan perubatan yang mengkaji dan merawat gangguan mental yang merangkumi tingkah laku, kognitif dan persepsi penuh. Antara penyakit biasa yang dirawat oleh Psikiatri termasuk skizofrenia, gangguan bipolar dan juga gangguan stres pasca trauma (PTSD).
Psikologi
Ahli psikologi mendiagnosis dan merawat gangguan emosi dan mental dalam pesakit. Ahli psikologi yang terlatih biasanya akan menganalisis, menyelidik serta menilaikan personaliti pesakit sebelum rawatan diberikan melalui berbagai kaedah psikologi seperti kaunseling, psikoterapi dan relaksasi.
Psychotherapy
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital