Endokrinologi
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Endokrinologi

Sistem endokrin merangkumi kumpulan kelenjar yang rumit, yang mengawal hormon individu yang digunakan untuk pembiakan, metabolisme, pertumbuhan dan perkembangan. Kelenjar-kelenjar ini termasuk tiroid, paratiroid, pankreas, ovari, testis, adrenal, pituitari dan hipotalamus. 

Tiga Jenis Diabetis

Gestasi

Diabetes jenis ini menyerang sesetengah wanita hamil, yang biasanya akan hilang selepas mereka bersalin. Kira-kira separuh daripada wanita yang mendapat diabetes gestasi, berisiko lebih tinggi untuk mengalami diabets jenis 2 pada kemudian hari.

Jenis 2

Jenis diabetes yang paling biasa dalam dunia adalah diabetes jenis 2, yang merangkumi lebih daripada 90% pesakit diabetes. Meskipun pengeluaran insulin kurang terjejas, badan pesakit masih tidak dapat menggunakannya dengan betul. Punca bagi diabetes jenis 2 juga belum diketahui tetapi ia paling kerap didapati dalam pesakit berumur 40 tahun ke atas, dengan berat belebihan atau obes, dan yang mempunyai sejarah keluarga bagi diabetes. Mereka yang mengalami diabetes gestasi semasa hamil juga cenderung untuk mendapat diabetes jenis ini.

Jenis 1

Mereka yang mendapat diabetes jenis ini biasanya berumur kurang daripada 30 tahun. Diabetes jenis 1 lebih kerap didiagnosis dalam kanak-kanak, dan ia mengurangkan atau menghentikan pengeluaran insulin. Ini akan mengekalkan gula dalam darah, dan mencegahnya memasuki sel-sel untuk dijadikan tenaga. Punca utamanya belum diketahui tetapi, kebanyakan pakar mengaitkannya kepada virus yang merosakkan pankreas, respons imun automatik yang terlebih aktif, dan juga stres.

Penyakit Endokrinologi

Pakar endokrinologi di Gleneagles memiliki pengkhususan dalam merawat penyakit seperti diabetes, hipertiroidisme dan hipotiroidisme, masalah metabolik, menopaus, osteoporosis, hipertensi, masalah kolesterol dan banyak lagi.

Pengkhususan diabetes

Hospital Gleneagles memastikan penjagaan berkualiti tinggi bagi pesakit diabetes, yang merupakan satu masalah kesihatan terbesar di Asia Tenggara. Kami membantu setiap pesakit dalam semua kategori diabetes, untuk mengawal keadaan mereka dengan mudah, melalui kaedah berbilang peringkat, penilaian, pengurusan dan pendidikan.

Pilihan Rawatan

Rawatan adalah berbeza bagi setiap jenis masalah endokrin yang berlainan. Pakar kami akan merangka pelan rawatan yang memenuhi keperluan dan gaya hidup anda, bersama-sama dengan anda dan keluarga anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital
Click to know more!