Reumatologi
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Reumatologi

Reumatologi ialah sub kepakaran perubatan yang tertumpu pada sendi, tisu lembut, gangguan tisu penghubung dan penyakit autoimun sistemik seperti artritis reumatoid, artritis psoriatik, ankylosing spondylitis (penyakit radang sendi), gout, penyakit sendi degeneratif, lupus eritematosus sistemik, sklerosis sistemik dan vaskulitis.

Pakar reumatologi adalah perunding yang pakar dalam pengurusan penyakit reumatik.

Jenis penyakit reumatik

  1. Artritis Reumatoid (RA)

    Artritis reumatoid (RA) ialah penyakit radang dan autoimun kronik (sistem imun anda menyerang sel-sel sihat dalam sendi anda secara tidak sengaja).

    Gejala termasuk:

    • Sendi kecil (kaki, tangan dan pergelangan tangan) di kedua-dua belah badan biasanya bengkak, kaku dan sakit
    • Ia mungkin melibatkan sendi yang lebih besar
    • Kekakuan bertambah teruk pada waktu pagi dan selepas tempoh tidak aktif
    • Keletihan
    • Kurang selera makan
    • Demam
  2. Artritis Psoriatik (PsA)

    PsA ialah sejenis artritis radang kronik yang berkaitan dengan psoriasis (penyakit kulit kronik yang dicirikan oleh kemunculan tompok-tompok merah dan bersisik pada kulit). Penyakit ini boleh menjejaskan sendi kecil atau besar.

    Gejala termasuk:

    • Sendi bengkak dan sakit
    • Kekakuan sendi 
    • Sakit belakang
    • Ruam kulit
    • Warna dan tekstur kuku berubah
    • Keletihan
  3. Ankylosing Spondylitis (AS)

    Penyakit autoimun ini menjejaskan sendi sacroiliac dan tulang belakang. 

    Gejala termasuk:

    • Sakit belakang rendah yang bermula secara beransuran dan bertambah buruk pada waktu malam
    • Kekakuan sendi punggung dan tulang belakang pada waktu pagi
    • Sakit menjalar ke bahagian pinggul dan punggung 
    • Sakit dan bengkak pada pinggul, bahu dan sendi lain
    • Keletihan
  4. Gout

    Gout berkembang akibat pengumpulan kristal asid urik dalam sendi. Ia biasanya menjejaskan sendi ibu jari kaki pada mulanya.

    Gejala termasuk:

    • Sakit secara tiba-tiba dan kuat pada sendi seperti ibu jari kaki, lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari
    • Sendi merah dan bengkak
    • Kekakuan sendi
  5. Osteoartritis

    Osteoartritis, iaitu penyakit sendi degeneratif, adalah jenis artritis yang paling kerap ditemui. Ia dicirikan oleh kerosakan tulang rawan yang merupakan tisu yang melindungi hujung tulang di setiap sendi. Ia berlaku terutamanya di lutut, pinggul, dan jari.

    Gejala termasuk:

    • Sakit sendi semasa bergerak yang bertambah teruk pada penghujung hari
    • Timbul pengeseran dan bunyi keretakan (pop) semasa sendi digerakkan
    • Ketidakstabilan sendi
    • Kekakuan sendi
    • Menghadkan pergerakan sendi
  6. Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

    SLE ialah penyakit autoimun kronik di mana sistem imun menyerang tisunya sendiri, lalu menyebabkan keradangan berleluasa dan kerosakan tisu pada organ yang terjejas.

    Gejala termasuk:

    • Ruam kulit, terutamanya ruam berbentuk rama-rama di seluruh muka
    • Sakit sendi 
    • Fotosensitiviti (sensitiviti kepada cahaya)
    • Ulser mulut
    • Demam
    • Keletihan
    • Hilang selera makan/berat badan menurun
    • Fenomena Raynaud - jari tangan dan kaki menjadi putih/pucat atau biru apabila terdedah kepada suhu sejuk
    • Sakit dada
    • Sesak nafas
    • Sakit perut
    • Sakit kepala
    • Kekeliruan
    • Sawan
    • Masalah buah pinggang (protein berlebihan dalam air kencing)
    • Pembekuan darah di kaki, paru-paru atau otak
    • Kiraan sel darah yang abnormal seperti anemia, sel darah putih rendah atau kiraan platelet
  7. Sklerosis sistemik

    Sklerosis sistemik ialah gangguan tisu penghubung yang jarang ditemui yang boleh menjejaskan organ, saluran darah dan kulit anda.

    Gejala termasuk:

    • Jari bengkak
    • Kulit berkilat
    • Penebalan kulit
    • Sakit sendi
    • Kekakuan sendi
    • Fenomena Raynaud - jari tangan dan kaki menjadi putih/pucat atau biru apabila terdedah kepada suhu sejuk
    • Telangiectasia - saluran darah berkembang dan kelihatan pada permukaan kulit
    • Sakit tekak semasa menelan (odynophagia)
    • Kesukaran menelan (disfagia)
    • Sesak nafas
    • Cirit-birit
    • Masalah buah pinggang (protein berlebihan dalam air kencing)
  8. Miopati inflamasi idiopatik (IIM)

    Miopati inflamasi idiopatik (IIM) adalah sekumpulan penyakit autoimun yang jarang ditemui yang menyebabkan keradangan dan kelemahan pada otot badan.

    Gejala termasuk:

    • Kelemahan dan kesakitan otot
    • Keletihan
    • Kesukaran dengan pergerakan
    • Kesukaran menelan
    • Sesak nafas
    • Ruam kulit
  9. Sindrom Sjogren

    Sindrom Sjogren ialah penyakit autoimun yang menjejaskan kelenjar yang menghasilkan kelembapan badan (kelenjar air liur dan air mata).

    Gejala termasuk:

    • Mata kering
    • Mulut kering
    • Kulit kering
    • Kekeringan faraj
    • Keletihan 
    • Kesukaran menelan
    • Sakit sendi 
    • Bengkak di antara telinga dan rahang (kelenjar air liur bengkak)
  10. Vaskulitis

    Vaskulitis adalah sekumpulan penyakit autoimun yang jarang ditemui yang menyebabkan keradangan saluran darah. Ia boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan, termasuk kulit, buah pinggang, paru-paru dan sistem saraf.

    Tanda dan gejala vaskulitis bergantung pada jenis dan tahap keterukan penyakit. 

    Gejala biasa termasuk:

    • Demam
    • Pengurangan berat
    • Hilang selera makan
    • Keletihan 
    • Sakit badan
    • Ruam kulit
    • Sakit sendi
    • Kerosakan organ

Diagnosis penyakit reumatik

Diagnosis dibuat berdasarkan pengambilan sejarah pesakit, semakan simptom, pemeriksaan fizikal yang menyeluruh dan pelbagai penyiasatan lain.

Ujian yang mungkin diminta oleh doktor:

  • Modaliti pengimejan: X-ray, imbasan tomografi berkomputer (CT), pengimejan resonans magnetik (MRI), ultrasound muskuloskeletal dan imbasan absorptiometry x-ray dwi-tenaga (DEXA)
  • Aspirasi sendi: proses penghisapan cairan dari sendi
  • Ujian darah : Faktor reumatoid (RF), antibodi peptida anti-citrullinated (ACPA), antibodi antinuklear (ANA), antibodi antifosfolipid, HLA B27
  • Biopsi tisu 

Pilihan rawatan penyakit reumatik

Pilihan rawatan adalah berbeza mengikut jenis penyakit reumatik. Pilihan rawatan termasuk:

  • Ubat antireumatik pengubahsuai penyakit
  • Agen tindak balas biologi
  • Ubat imunosupresif
  • Analgesik: Paracetamol, ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs)
  • Kortikosteroid 
  • Terapi fizikal dan pekerjaan
  • Pembedahan
  • Pengubahsuaian gaya hidup

Pakar Rheumatologi di Hospital Gleneagles

Berunding dengan doktor pakar kami untuk matlumat yang lebih lanjut tentang penyakit berkaitan dengan sendi. Doktor pakar yang prihatin dan dilengkapi dengan pelbagai disiplin sedia untuk memberikan nasihat pakar dan penjagaan yang terbaik. Hubungi kami sekarang untuk meningkatkan kualiti hidup dan tahap kesihatan anda.

Kumpulan pakar kami sedia membantu anda dengan persoalan berkaitan dan mencadangkan pelan perubatan yang sesuai mengikut keperluan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital