Tentang Kami

Hospital Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) adalah salah sebuah hospital swasta terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur dan mempunyai 376 buah katil yang menawarkan suasana selesa kepada pesakit berserta rawatan perubatan yang cemerlang. GKL yang merupakan sebahagian daripada IHH Healthcare telah berkembang maju di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan perubatan yang professional kepada pesakit tempatan dan antarabangsa yang disegani dan bereputasi tinggi.
Sejak tahun 1996, GKL telah menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dilengkapi dengan kakitangan yang mesra dan professional. Dalam usaha kami untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan rawatan pesakit yang cemerlang kepada komuniti, kayu ukur kami adalah apabila kami telah diiktiraf dalam bentuk anugerah dan akreditasi oleh institusi pihak ketiga. GKL merupakah antara hospital swasta pertama di Malaysia yang mendapat akreditasi dari Joint Commission International (JCI), Amerika; dan akreditasi tempatan oleh Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Dalam pada itu, anugerah lain yang dapat membuktikan kualiti penjagaan di GKL termasuk:
- Hospital Terbaik di Malaysia oleh GlobalHealth Asia-Pasifik 2023
- Pembekal Perkhidmatan Penjagaan Pelanggan tahun ini di Asia-Pasifik oleh GlobalHealth Asia-Pasifik 2023
- Pembekal Perkhidmatan Endokrinologi tahun ini di Asia-Pasifik oleh GlobalHealth Asia-Pasifik 2023
- Pembekal Perkhidmatan Gastroenterologi tahun ini di Asia-Pasifik oleh GlobalHealth Asia-Pasifik 2023
- Pembekal Perkhidmatan ICU tahun ini di Asia-Pasifik oleh GlobalHealth Asia-Pasifik 2023
- Pembekal Perkhidmatan Neurologi tahun ini di Asia-Pasifik oleh GlobalHealth Asia-Pasifik 2023
- Pembekal Perkhidmatan Penjagaan Prostat tahun ini di Asia-Pasifik oleh GlobalHealth Asia-Pasifik 2023
GKL mencapai piawaian tersebut dengan sentiasa menaik taraf kemudahan hospital dan melabur dalam teknologi terkini yang membezakan kami daripada hospital yang lain. GKL terus komited dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang selamat dan berkualiti. GKL amat berbangga mempunyai pasukan yang terdiri daripada pakar perubatan, perunding, dan jururawat yang berkelayakan dan berpengalaman dimana mereka sentiasa bekerja keras bagi memberikan pengalaman yang terbaik kepada pesakit.
GKL juga menempatkan beberapa teknologi dan prosedur perubatan yang canggih seperti:
Radiosurgeri Pisau Gamma - Satu kejayaan dalam bidang perubatan; sebagai cara untuk merawat bukan sahaja tumor otak tetapi juga kecacatan vaskular dan gangguan fungsi melalui cara invasif minimum. Prosedur rawatan adalah mudah, tidak menyakitkan, dan memberikan hasil yang lebih baik berbanding pembedahan otak tradisional.
Sistem Pembedahan da Vinci Si - Platform pembedahan yang direka untuk membolehkan pembedahan kompleks dengan menggunakan kaedah invasif yang minimum. Dijanakan dengan teknologi robotik, sistem pembedahan da Vinci Si membantu pakar bedah untuk melakukan pembedahan yang rumit dengan penuh ketelitian.
Muat turun Risalah E-Korporat kami di sini: https://online.flippingbook.com/view/176133662/
