Pemulihan
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Pemulihan

 

Doktor pemulihan akan bekerja rapat dengan rakan sekerja perubatan dan ahli paramedik profesional yang lain untuk merangka program rawatan pemulihan dan mengkaji semula matlamat pemulihan secara tetap. Program khusus kami termasuk pemulihan neurologi, tulang belakang, pediatrik dan amputasi.

Di Hospital Gleneagles, pakar pemulihan klinikal kami akan menilaikan berbilang teknik fisioterapi rangka otot yang boleh membantu mengenal pasti masalah spesifik yang menyebabkan kesakitan dan ketakdayaan. Setiap juruterapi menggunakan protokol dan pelan rawatan bersandarkan penyelidikan yang terkini, yang dirangka secara individu dan disesuaikan menurut matlamat setiap pesakit.

Untuk memastikan rawatan anda berjalan dengan betul, semua jurufisioterapi kami akan berhubung rapat dengan anda, dan doktor-doktor anda supaya setiap kemajuan dapat dicatatkan bagi melancarkan pemulihan.

Hospital Gleneagles turut memastikan hasil dengan menggalakkan perhubungan yang rapat antara pesakit dan juruterapi. Kami menggalakkan pesakit untuk mengambil peranan aktif dalam pemulihan mereka, dan menekankan kepentingan pendidikan dan penjagaan diri, serta rutin senaman di rumah.

 

Kecederaan Ortopedik dan Pemulihan Surgeri

 

Di Hospital Gleneagles, semua jurufisioterapi dan pakar menjalinkan hubungan profesional yang rapat dengan pakar bedah ortopedik yang terkemuka di rantau ini. Setiap jurufisioterapi adalah berpengalaman untuk menangani kecederaan dan prosedur surgeri yang sepadan, menurut senarai di bawah. Mereka juga akan bekerja rapat dengan pakar bedah anda untuk mengenal pasti perkara-perkara selepas pembedahan yang penting.

- Pembedahan sendi lutut
- Pembedahan kaki dan buku lali
- Pembedahan sendi pinggul
- Pembedahan sendi bahu
- Pembedahan siku, pergelangan tangan dan tangan
- Pembedahan Tulang Belakang

 

 

Program dan Terapi Pemulihan

 

- Fisioterapi manual dan dikawal
- Peleraian tisu lembut
- Peleraian titik pencetus
- Teknik tenaga otot
- Akupunktur/penjaruman kering
- Elektroterapi
- Terapi gelombang kejutan
- Biomaklumbalas
- Strap dan pita
- Program senaman terapeutik disesuaikan
- Rawatan bagi kecederaan leher dan belakang
- Nasihat berkenaan postur dan ergonomik
- Penilaian tapak kerja
- Rawatan bagi penyakit rangka otot akut dan kronik
- Nasihat dan pendidikan bagi pesakit

 

Masalah bagi Sendi Rangka Otot

 

Hospital Gleneagles juga menawarkan pengkhususan dalam osteoartritis, penyakit degenerasi umum dan masalah spina jangka panjang pada sakit belakang dan tengkuk, selain penyakit lain dalam senarai di bawah.

- Bahu
- Pinggul
- Lutut
- Degenerasi kaf rotator
- Siku Tenis
- Sindrom Terowong Karpus
- Fasciitis Plantar
- Bursitis
- Tendinopati

 

 

Kecederaan dan Penyakit Berkaitan Sukan

Hospital Gleneagles komited untuk membantu semua pemain amatur, pemain profesional, mahupun pemain individu atau berpasukan, kembali beraksi secepat mungkin. Di Hospital Gleneagles, setiap jurufisioterapi berpengalaman luas dalam bidang ini, dan boleh mendiagnosis berbagai kecederaan termasuk ligamen koyak dan otot regang dan terseliuh. Pelan rawatan dan pemulihan yang disesuaikan akan dicadangkan, dirangka dan diubah suai bagi setiap individu yang berkenaan, dan sukan masing-masing.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital