Perkhidmatan Bersalin
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Perkhidmatan Bersalin

Perkhidmatan Penjagaan Bersalin Berkualiti di GKL

Kami berdedikasi dalam membantu ibu yang mengandung dari awal proses kehamilan. Diketuai kumpulan konsultan berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik, pasukan perkhidmatan bersalin di Gleneagles Kuala Lumpur komited untuk menyediakan penjagaan yang selamat dan berkualiti bagi semua pesakit.

Jururawat kami yang mesra, berpengalaman dan terlatih dalam penjagaan neonatal, perbidanan serta penyusuan, menyediakan rawatan yang optimum bagi bayi baru lahir. 

Bahagian Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik kami sentiasa menyediakan perkhidmatan dan penjagaan yang berkualiti dan diyakini:


Salah satu kelebihan di Gleneagles Kuala Lumpur adalah bilik dan kemudahan bersalin kami. Setelah dinaik taraf, empat bilik bersalin kami kini menyediakan lebih privasi dalam ruang yang luas, selesa, dan sesuai. Kebanyakan kemudahan telah dibina dalam bilik untuk menambahkan keselesaannya. Setiap bilik dilengkapkan dengan bilik air, sofa dan kerusi beralas tangan untuk kegunaan peneman pesakit.

Bilik kanak-kanak terletak di tingkat yang sama dengan wad bersalin. Para ibu boleh meminta untuk berkongsi bilik bagi memudahkan proses menyusu badan. Bantuan penyusuan turut disediakan bagi ibu-ibu baharu. Hospital ini diuruskan oleh kakitangan yang berpengalaman dan berkelayakan untuk menangani komplikasi dan kecemasan yang timbul.

Penjagaan Pediatrik khusus selepas bersalin

Menyambut kelahiran bayi adalah pengalaman yang istimewa. Pasukan pakar Pediatrik kami yang berdedikasi dan berkemahiran tinggi sentiasa bersedia untuk menyediakan penjagaan perubatan, pembedahan dan pemulihan yang terbaik bagi bayi dan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.

Memandangkan setiap anak mempunyai keperluan yang berbeza, kami menyediakan 8 orang konsultan Pediatrik yang menggunakan teknologi moden dalam penjagaan rapi neonatal, pediatrik umum dan perubatan tingkah laku bagi memastikan setiap anak mendapat rawatan dan penjagaan yang diperlukan, untuk membantu memudahkan perjalanan anda sebagai ibu bapa.

Setiap bayi yang dilahirkan di Gleneagles Kuala Lumpur layak menerima manfaat yang berikut:


 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Perkhidmatan Klinikal Utama
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Pilih Hospital