Pusat Penjagaan Payudara GKL terletak di aras 1 bangunan baharu GKL, dan menawarkan konsultasi, rawatan, penjagaan, kaunseling dan pemulihan berkenaan penjagaan payudara. GKL memahami keperluan ramai pesakit yang sensitif terhadap topik penjagaan payudara.
Pusat Penjagaan Payudara menyediakan tempat yang selamat untuk pelawat dan pesakit menangani masalah kesihatan mereka secara terbuka sambil mendapatkan nasihat, penjagaan dan pemulihan daripada kakitangan profesional yang memahami dan bersedia untuk menjaga
sensitiviti mereka.
Bilik konsultasi Pusat Penjagaan Payudara yang dilengkapkan dengan Penatap X-Ray serta Sistem Komunikasi dan Arkib Gambar (PACS) menjadikannya pusat sehenti yang sesuai bagi membincangkan keadaan pesakit secara selesa dan menyeluruh. Pusat Penjagaan Payudara
ini turut dilengkapi dengan pengimbas ultrabunyi dan peralatan mamografi untuk menyediakan diagnostik penjagaan payudara yang lengkap. Peralatan resusitasi disediakan untuk memastikan tindakan pantas boleh diambil pada bila-bila masa.
Demi keselesaan dan kemudahan anda, Pusat Penjagaan Payudara menawarkan Wi-Fi percuma, tandas untuk pesakit dengan pergerakan terhad, serta akses mudah ke Farmasi, Medi-Feet dan kedai-kedai F&B.
Perkhidmatan, Prosedur & Pasukan Kami
Prosedur yang kami tawarkan merangkumi: |
---|
|
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi | +603-4141 3664 or +603-4141 3665 |
Lokasi Pusat Rawatan Payudara: | Tingkat 1, Blok B Gleneagles Kuala Lumpur |