Pengimejan
  • Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
  • Talian am
    +603 4141 3000

Pengimejan

Jabatan Pengimejan terletak di Aras Bawah, Blok A. Kami menyediakan berbagai perkhidmatan radiografi dan menggunakan peralatan moden.

Radiografi Umum

Pemeriksaan ini menggunakan X-ray untuk menangkap imej mana-mana bahagian badan seperti foto. X-ray akan melalui badan dan ditangkap pada filem. Peralatan ini boleh digunakan secara statik atau bergerak, yang membolehkan X-ray dijalankan di tepi katil.

Pemeriksaan Ultrabunyi

Teknik pengimejan ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi bagi menghasilkan imej organ dalaman dan struktur badan. Ia tidak menggunakan X-ray.

Imbasan Tomografi Berkomputer (Imbasan C.T.)

Imbasan C.T. membolehkan pemeriksaan anatomi dijalankan bagi mendapatkan imej keratan lintang badan yang menyeluruh, seperti pada kepala, dada, abdomen dan spina. Imbasan C.T. adalah prosedur x-ray yang dipertingkatkan melalui komputer. Ia menyediakan pandangan dua atau tiga dimensi (dirujuk sebagai hirisan atau keratan lintang) bagi bahagian badan yang tertentu .

Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)

Sistem MRI menggunakan magnet dengan sistem konduksi medan tinggi dan denyutan frekuensi radio untuk memeriksa organ dalaman badan. Teknik ini adalah teknik utama yang digunakan untuk pengimejan otak, spina (Sistem Saraf Pusat) dan kawasan rangka otot. Prosedur ini tidak melibatkan radiasi. Sistem 3T MRI yang terkini di Gleneagles Kuala Lumpur membolehkan kami menjalankan lebih banyak kajian neurologi dan menyediakan lebih banyak prosedur kurang invasif bagi pesakit kami. Peranti/keadaan yang tersenarai di bawah boleh menghalang anda daripada menjalani MRI. Jika anda menggunakan mana-mana peranti ini, pastikan doktor dan kakitangan MRI diberitahu. Sila bertanya jika anda mempunyai sebarang keraguan atau soalan.

  • Perentak Jantung
  • Injap jantung tiruan
  • Perangsang neuro
  • Klip metalik yang digunakan dalam surgeri otak
  • Implan alat bantu dengar
  • Implan logam
  • Serpihan logam dalam badan anda
  • Serpihan logam dalam mata anda
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim
  • Klaustrofobia
  •  

    Fluoroskopi

    Fluoroskopi adalah kaedah pengimejan bagi pergerakan mana-mana bahagian atau organ badan. Sinar X-ray berterusan akan melalui bahagian badan yang diperiksa, dan dipancarkan ke monitor seakan TV agar bahagian badan tersebut dan pergerakannya dapat dilihat dengan jelas. Imej ini boleh ditangkap pada salinan keras.

    Angiografi

    Angiografi merawat saluran darah dengan menyuntikkan pewarna radiolegap ke dalam saluran melalui tiub bentuk khas bernama kateter, dan mengambil imej-imej X-ray dengan cepat secara berturut-turut. Saluran dan tumor tidak normal boleh dikaji dengan cara ini. Saluran yang terbentuk secara tidak normal (malformasi) seperti saluran stenotik dan aneurisme adalah contoh penyakit saluran darah.

    Radiologi Intervensi Bukan Vaskular

    Peranan radiologi intervensi bukan vaskular kini semakin diutamakan dalam kerja seharian jabatan. Trend ini dijangka berterusan seiring dengan perkembangan semasa dalam pengurusan pesakit. "Teknik invasif minimum" ini digunakan untuk merawat keadaan-keadaan seperti penyaliran abses, sistem kencing tersekat dan saluran biliari. Pakar radiologi menjalankan prosedur ini dengan menggunakan X-ray, ultrabunyi atau C.T. untuk memandu mereka.

    Mamografi

    Pemeriksaan ini menggunakan dos X-ray yang rendah bagi menghasilkan imej dalaman payudara. Ia biasanya digunakan dalam saringan kanser payudara untuk mengesan tumor.

    Densitometri Mineral Tulang

    Densitometri tulang adalah teknologi X-ray yang digunakan untuk mengukur kehilangan tulang. Pemeriksaan ini paling kerap digunakan untuk mendiagnosis osteoporosis, iaitu keadaan yang menghilangkan kalsium secara beransur-ansur. Ia juga digunakan untuk mengesan perubahan berstruktur yang boleh menipiskan tulang, menjadikannya lebih rapuh dan lebih mudah patah. Ujian ini juga berkesan untuk mengawasi kesan daripada rawatan bagi osteoporosis dan lain-lain penyakit yang menyebabkan kehilangan tulang.

     

    Cari Mengikut
    Semua Kemudahan
    Perkhidmatan Klinikal Utama
    Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
    Kemudahan Umum
    Hubungan kecemasan
    Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
    Ambulans / Kecemasan
    +603 4141 3018
    Pilih Hospital