Kemalangan & Kecemasan (A&E): Perkhidmatan 24 Jam
Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di Hospital Gleneagles tersedia 24 jam setiap hari untuk memastikan rawatan perubatan sentiasa tersedia apabila diperlukan.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami kecemasan, hubungi ambulans atau terus ke salah satu A&E di Hospital Gleneagles terdekat untuk perkhidmatan rawatan perubatan segera. Ingat, setiap detik penting dalam situasi kecemasan.
Pasukan pakar perubatan kecemasan, jururawat dan kakitangan sokongan yang mahir bersedia untuk menyediakan penjagaan dan sokongan segera. Setibanya anda di A&E, kakitangan perubatan yang berpengalaman akan menilai keadaan anda dengan segera, melakukan triage dengan sewajarnya, dan memulakan rawatan kecemasan mengikut keperluan klinikal anda.
Sebagai hospital kecemasan dan kemalangan khusus di Malaysia, kesihatan dan keselamatan anda adalah komitmen kami yang tidak berbelah bahagi.
Pilih Hospital Gleneagles terdekat di Malaysia untuk Perkhidmatan A&E dan Ambulans
Triage & Masa Menunggu di Wad Kecemasan
Sistem triage memainkan peranan penting dalam proses pengutamaan pesakit berdasarkan tahap akut dalam persembahan klinikal mereka.
Setibanya di wad kecemasan, jururawat triage akan menilai keadaan anda dan mengkategorikan anda mengikut tahap keseriusan. Penilaian ini memastikan pesakit dalam keadaan kritikal atau mereka yang memerlukan rawatan perubatan serta-merta mendapat perhatian dan penjagaan dengan segera. Dengan pendekatan ini, kami dapat memberikan rawatan kecemasan yang tepat pada masanya dan sesuai kepada semua pesakit.
Di Hospital Gleneagles, kami mengikuti sistem triaging 5 peringkat, iaitu:
ZON MERAH
Kritikal
(Diperiksa Segera, 0-5 minit)
Keadaan kritikal yang memerlukan intervensi penyelamatan hidup segera.
- Jantung terhenti
- Kesesakan respiratori (pernafasan) teruk
- Kelecuran ekstensif
- Pesakit trauma yang tidak responsif
- Hampir lemas
- Hipotensi dengan tanda-tanda renjatan
ZON KUNING
Semi Kritikal / Risiko Tinggi
(Diperiksa Dalam Masa 15 Minit)
- Sakit abdomen akut
- Patah tulang lengan dan tangan
- Tahap kesedaran berubah tetapi tidak koma
- Kecederaan tulang belakang
- Demam >40oC
ZON HIJAU
Tidak kritikal
Sub kategori G1
(Diperiksa Dalam Masa 30 Minit)
- Asma ringan
- Cirit-birit dan/atau muntah dengan dehidrasi
- Sakit abdomen ringan
Sub kategori G2
(Diperiksa Dalam Masa 60 Minit)
- Reaksi alahan minor
- Kelecuran minor
- Jangkitan mata akut
- Demam >38oC bagi orang dewasa
Sub kategori G3
(Diperiksa Dalam Masa 90 Minit)
- Sakit tekak tanpa gejala respiratori (pernafasan)
- Infeksi saluran pernafasan atas ringan bagi orang dewasa
- Pembalutan luka dan pembukaan jahitan
- Tercucuk paku
Kami berdedikasi untuk mengoptimumkan tahap kecekapan dan mengurangkan masa menunggu untuk semua pesakit kami.
Jika anda mengalami sebarang kelewatan, para jururawat kami sentiasa bersedia untuk membantu anda dan memastikan keadaan anda dipantau.
Datang ke A&E (bersendirian atau ditemani)
- Jika boleh, minta seseorang untuk menghantar atau menemani anda.
- Bawa telefon mudah alih supaya anda boleh membuat panggilan jika keadaan anda bertambah teruk atau sekiranya anda memerlukan bantuan dalam perjalanan ke hospital kecemasan.
- Bawa dokumen penting dan berkaitan seperti kad pengenalan dan kad insurans kesihatan.
- Bawa sebarang ubat yang anda atau pesakit kerap ambil.
- Setibanya anda di A&E, pastikan anda memberikan maklumat terperinci dan tepat tentang berkenaan simptom, sejarah perubatan, dan sebab anda datang ke A&E.
Apa yang perlu dibuat semasa kecemasan
Pengetahuan tentang teknik asas pertolongan cemas boleh memberikan perbezaan yang ketara dalam situasi kritikal sebelum bantuan kecemasan perubatan profesional tiba. Ia adalah kemahiran penting dan asas yang berfungsi sebagai respons awal terhadap kecederaan, penyakit dan situasi kecemasan di mana intervensi perubatan yang diperlukan tidak tersedia.
Setiap saat penting dalam keadaan kecemasan, dan tindakan segera boleh memberikan hasil yang berkesan.
Pemberian pertolongan kecemasan yang betul boleh membantu mencegah kecederaan atau keadaan daripada bertambah teruk. Contohnya, menghentikan pendarahan, menghalang mobiliti tulang patah, atau memastikan tiada sekatan di saluran pernafasan boleh mengelakkan komplikasi. Kemahiran asas seperti mengawal pendarahan, menguruskan halangan saluran pernafasan, dan melakukan CPR boleh menjadi penting dalam menyelamatkan nyawa.
Dalam situasi yang mengancam nyawa seperti jantung terhenti, penggunaan teknik pertolongan cemas yang tepat pada masanya seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) boleh menyelamatkan nyawa. Jika anda menghadapi situasi kecemasan, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan bantuan profesional.
Berikut adalah contoh kecemasan perubatan yang kerap berlaku dan apa yang boleh anda lakukan dalam situasi tersebut semasa menunggu ketibaan ambulans.
Langkah-langkah Pertolongan Kecemasan untuk Melecur dan Lecur
Apa yang perlu dilakukan sekiranya seseorang mengalami kecederaan melecur?
Langkah 1: Tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian ketat lain dengan cepat dan perlahan-lahan sebelum kawasan yang terjejas membengkak.
Langkah 2: Pegang kawasan yang terjejas di bawah air yang sejuk dan mengalir selama 5 minit.
Langkah 3: Sebagai alternatif, luka boleh ditutup dengan kain kasa basah atau tuala selama sekurang-kurangnya 30 minit.
Langkah 4: Untuk luka bakar ringan dan melecur, paracetamol atau ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) boleh diambil untuk melegakan kesakitan.
Langkah 5: Pergi ke Kemalangan & Kecemasan (A&E) di hospital.
Langkah-langkah Pertolongan Kecemasan untuk Tercekik
Apa yang perlu dilakukan jika seorang dewasa tercekik?
Langkah 1: Panggil ambulans dengan segera.
Langkah 2: Galakkan orang tersebut batuk. Namun, jika keadaan tercekik adalah teruk, dia mungkin tidak boleh bernafas, bercakap atau batuk.
Langkah 3: Lakukan pukulan dada dengan berdiri di belakang orang tersebut. Condongkan dia sedikit ke hadapan dan berikan 5 pukulan ke bahagian atas belakang dengan hujung tangan anda.
Langkah 4: Jika orang itu masih tercekik, lakukan tujahan perut (Heimlich manoeuvre). Lingkarkan lengan anda di sekeliling pinggang orang tersebut, genggam sebelah tangan menjadi penumbuk dan letakkannya di atas bahagian pusat. Dengan tangan anda yang satu lagi, genggam penumbuk itu dan berikan tujahan ke dalam dan ke atas secara serentak.
Langkah 5: Teruskan langkah 3 dan 4 sehingga keadaan tercekik reda atau sehingga ambulans tiba. Jika orang tersebut menjadi tidak responsif, mulakan CPR.
Apa yang perlu dilakukan jika seorang kanak-kanak berumur lebih 1 tahun tercekik?
Langkah 1: Panggil ambulans dengan segera. Kanak-kanak tersebut mungkin tidak dapat bercakap, bernafas atau batuk dengan bunyi sambil memegang leher atau dada mereka.
Langkah 2: Lakukan 5 pukulan belakang dengan memukul dengan kuat bahagian belakang kanak-kanak itu di antara tulang belikat sambil memegang dalam kedudukan kepala ke bawah.
Langkah 3: Jika kanak-kanak itu masih tercekik, lakukan 5 tujahan perut (Heimlich manoeuvre). Pegang kanak-kanak itu di sekeliling pinggang dan berikan tujahan ke dalam dan ke atas secara serentak, di atas bahagian pusat.
Langkah 4: Teruskan langkah 2 dan 3 sehingga sekatan tercabut atau ambulans tiba. Jika kanak-kanak itu menjadi tidak responsif, mulakan CPR.
Apa yang perlu dilakukan jika seorang bayi tercekik?
Langkah 1: Panggil ambulans dengan segera. Bayi tersebut mungkin tidak boleh menangis, bernafas, batuk atau mengeluarkan sebarang bunyi.
Langkah 2: Lakukan 5 pukulan belakang dengan memegang bayi menghadap ke bawah di sepanjang paha anda, pastikan kedudukan kepala bayi lebih rendah daripada bahagian punggungnya. Berikan pukulan kuat ke belakang di antara bilah bahu dengan menggunakan hujung tangan anda.
Langkah 3: Jika bayi itu masih tercekik, lakukan 5 tujahan dada. Terbalikkan bayi itu supaya dia menghadap ke atas. Letakkan dua jari anda di tengah dadanya, betul-betul di bawah paras puting dan tolak ke bawah dengan kuat sehingga 5 kali.
Langkah 4: Teruskan langkah 2 dan 3 sehingga sekatan tercabut atau ambulans tiba. Jika bayi itu menjadi tidak responsif, mulakan CPR.
Baca lebih lanjut tentang CPR di Apa yang anda perlu tahu tentang CPR.
Langkah-langkah Pertolongan Kecemasan untuk Lemas
Apa yang perlu dilakukan jika menyaksikan seseorang lemas?
Langkah 1: Keluarkan mangsa dari dalam air tanpa membahayakan diri anda.
Langkah 2: Periksa mangsa untuk mendapatkan respons. Jika mangsa tiada respons, jerit meminta bantuan dan hubungi ambulans dengan segera.
Langkah 3: Berikan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas tetapi nadi dirasai. 1 nafas setiap 6 saat atau 10 nafas seminit. Periksa nadi setiap 2 minit.
Langkah 4: Mulakan CPR (resusitasi kardiopulmonari) jika tiada nadi.
- 30 mampatan : 2 nafas
- Letakkan kedua-dua tapak tangan di tengah dada, di antara bahagian puting
- 100-120 mampatan seminit
- Kedalaman mampatan kira-kira 5-6 cm
- Benarkan dada naik semula selepas setiap pemampatan
Langkah 5: Teruskan CPR sehingga bantuan kecemasan tiba untuk mengendalikan mangsa atau sehingga terdapat tanda-tanda kehidupan dan mangsa mula bernafas secara normal.
Langkah 6: Letakkan orang itu dalam kedudukan pemulihan jika dia mula memberikan respons dan bernafas secara normal. Pastikan mangsa dalam keadaan kering dan hangat jika boleh.
Hubungi bantuan kecemasan segera dalam senario berikut:
- Apabila kanak-kanak yang lemas mengalami masalah pernafasan atau telah berhenti bernafas akibat direndam atau tenggelam dalam air. Seorang kanak-kanak boleh lemas di dalam air sedalam 1 inci.
- Apabila kanak-kanak mengalami keadaan hampir lemas.
Langkah-langkah Pertolongan Kecemasan untuk Menguruskan Demam
Apa yang perlu dilakukan jika seseorang demam?
Langkah 1: Pastikan orang itu selesa. Lap badan dengan tuala basah untuk membolehkan pelesapan haba.
Langkah 2: Periksa suhu badan pesakit dengan termometer.
Langkah 3: Beri pesakit cecair seperti air atau jus cair.
Langkah 4: Hubungi ambulans atau pergi ke Kemalangan & Kecemasan (A&E) di hospital dengan segera jika pesakit mempunyai simptom berikut:
- Suhu 40°C dan ke atas
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Sakit kepala yang teruk
- Batuk berdarah
- Muntah atau sakit perut
Demam pada bayi dan kanak-kanak
Demam adalah punca kebimbangan khusus pada bayi dan kanak-kanak. Hubungi kecemasan segera jika kanak-kanak itu:
- Lebih muda daripada 3 bulan dan mempunyai suhu rektum 38°C (100.4°F) atau lebih tinggi.
- Berumur antara 3 dan 6 bulan dan mempunyai suhu rektum lebih tinggi daripada 38.9°C (102°F) atau mempunyai suhu yang lebih rendah tetapi kelihatan mudah marah, tindak balas yang perlahan atau tidak selesa.
- Berumur antara 7 dan 24 bulan dan mempunyai suhu rektum lebih tinggi daripada 38.9°C (102°F) yang berlangsung lebih lama daripada satu hari tetapi tidak menunjukkan simptom lain. Jika anak anda juga mempunyai tanda dan simptom lain, seperti hidung berair, batuk atau cirit-birit, anda boleh menghubungi kecemasan dengan lebih awal.
Demam pada kanak-kanak (> 2 tahun)
Mungkin tiada sebab untuk cemas jika anak anda demam tetapi responsif. Ini bermakna anak anda membuat hubungan mata dengan anda dan bertindak balas terhadap ekspresi muka dan suara anda. Anak anda juga mungkin minum cecair dan bermain.
Namun, bantuan kecemasan diperlukan jika anak anda:
- Lesu, keliru atau mempunyai hubungan mata yang lemah dengan
- Mudah marah, muntah berulang kali, sakit kepala yang teruk, sakit tekak, sakit perut atau simptom lain yang menyebabkan banyak ketidakselesaan.
- Demam selepas ditinggalkan dalam kereta panas. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
- Mengalami demam yang lebih lama daripada 3 hari.
- Mengalami sawan yang berkaitan dengan demam. Hubungi 999 jika sawan berlangsung lebih daripada 5 minit atau anak anda tidak pulih dengan cepat.
Minta bimbingan daripada pembekal penjagaan kesihatan anak anda dalam situasi khas, seperti kanak-kanak yang mengalami masalah sistem imun atau dengan penyakit yang sedia ada.
Ingat: Jangan berikan aspirin kepada sesiapa di bawah umur 16 tahun.
Serangan jantung vs Jantung terhenti
Ketahui perbezaan untuk membantu seseorang dalam kecemasan
Serangan jantung (Infarksi miokardium) | Jantung terhenti | |
Maksud |
|
|
Walaupun kebanyakan serangan jantung tidak mengakibatkan jantung terhenti, serangan jantung mungkin boleh menyebabkan jantung terhenti. | ||
Simptom |
|
|
Apa yang perlu dilakukan |
|
|
Buat panggilan kecemasan untuk ambulans atau terus ke Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di Hospital Gleneagles terdekat untuk mendapatkan rawatan perubatan segera. Ingat, setiap detik penting!
Langkah-langkah Pertolongan Kecemasan untuk Keracunan
Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku keracunan?
Langkah 1: Hubungi ambulans dengan segera.
Langkah 2: Periksa tempat kejadian dan orang tersebut dan cuba ketahui racun yang diambil.
Langkah 3: Cari label pada mana-mana bekas berhampiran mangsa.
Langkah 4: Jangan beri orang itu apa-apa makanan atau minuman.
Langkah 5: Basuh tangan anda dengan segera jika anda menyentuh mangsa atau bekas racun berdekatan untuk mengurangkan risiko pencemaran.
B.E.F.A.S.T untuk mengesan strok!
Bagaimana untuk mengetahui jika seseorang sedang mengalami strok. Perhatikan tanda-tanda dan gejala berikut.
Keseimbangan |
|
Mata |
|
Muka |
|
Lengan |
|
Tutur kata |
|
Masa |
|
Buat panggilan kecemasan untuk ambulans atau terus ke Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di Hospital Gleneagles terdekat untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.Ingat, setiap detik penting!
- Cedera Bakar
- Tercekik
- Lemas
- Demam
- Serangan Jantung
- Keracunan
- Strok