Cancer Centre
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Pusat Kanser

Kanser adalah penyakit serius yang berbahaya dan mengancam nyawa, dan boleh menyerang semua orang – muda dan tua, kaya dan miskin, lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kami bertekad untuk membantu anda melawan penyakit ini sebaik mungkin kerana kami memahami kesusahan dan kebimbangan anda atau mereka yang tersayang jika didiagnosis dengan kanser. Sebagai salah satu punca utama kematian di negara maju dan negara membangun, kanser perlu diuruskan melalui penjagaan pesakit yang tepat dan rapi. Perkembangan dalam sains perubatan telah memperbaiki prognosis bagi pesakit kanser, terutamanya jika penyakit tersebut dikesan pada peringkat awal. Terapi disasarkan juga dapat membantu mencegah kanser daripada merebak ke seluruh badan.

Sebagai pusat onkologi terkemuka di rantau ini, kami mengambil pendekatan berkumpulan dalam mendiagnosis dan merawat kanser. Pesakit kami dapat memanfaatkan perkhidmatan berbilang disiplin daripada pakar-pakar kami, yang menggunakan teknologi terkini dalam rawatan kanser.

Bagaimanakah Kanser Terjadi?

Kanser terjadi apabila arahan gen dalam sel-sel individu yang membentuk badan manusia mula menyimpang daripada arahan bagi sel-sel normal. Bukan seperti sel-sel normal, sel-sel berkanser akan membahagi dan membiak dengan cepat. Apabila ini berlaku, arahan dalam gen-gen sel tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya, dan sel akan kehilangan fungsi biasanya.

Selain daripada perkataan kanser, beberapa terma lain digunakan bagi kanser yang berlaku dalam bahagian badan yang berlainan. Tumor adalah ketumbuhan yang terbentuk di tapak asal dalam badan, sementara karsinoma adalah sejenis kanser kulit. Sarkoma adalah jenis kanser yang terbentuk dalam tisu-tisu penghubung seperti otot, sementara kanser leukemia dan limfoma, masing-masing berpunca daripada sel darah dan sel limfa.

 

Terapi Kanser Kami dan Pembedahan

Kanser berlaku di berbilang tapak pada seluruh badan, dan rawatan yang berkesan memerlukan gabungan onkologi klinikal, radioterapi, dan hemato-onkologi (kajian saintifik tentang kanser yang melibatkan darah atau tisu badan yang menghasilkan darah).

Kami menggunakan radiologi, radiologi intervensi, dan patologi, untuk menyediakan rawatan kanser yang berikut:

  • Terapi dan Pembedahan Kanser Payudara
  • Rawatan dan Pembedahan Kanser Kolorektum
  • Onkologi Ginekologi (spesifik bagi wanita)
  • Pembedahan saraf (kanser otak)
  • Onkologi Pembedahan
  • Onkologi Ortopedik (kanser rangka otot)
  • Urologi (kanser pundi dan saluran kencing)
  • Ubat Dada (kanser paru-paru)
  • Gastroenterologi (kanser perut, usus dan bahagian salur pencernaan yang lain)
  • Hepatologi (kanser hati)
  • Nefrologi (kanser ginjal)
  • Barah kanak-kanak
  •  

     

    Terapi Kanser Kami dan Pembedahan

    Rawatan kanser yang berkesan merangkumi berbilang kaedah bagi memberikan pesakit peluang yang terbaik untuk terus hidup. Di Hospital Gleneagles Pulau Pinang, pesakit boleh memilih daripada pelbagai pilihan rawatan yang akan disesuaikan dengan keperluan mereka, termasuk:

    • Saringan Kanser
    • Terapi Radiasi
    • Kemoterapi
    • Terapi Disasarkan
    • Imunoterapi
    • Terapi Hormon
    • Pemindahan Sel Tunjang Autologus
    • Kemoterapi Intraperitoneum Hipertermik (HIPEC)
    • Pembedahan Radikal
    • Prosedur Nodus Limfa Sentinel
    • Intervensi Radiologi
    • Intervensi Pulmonologi
    • Pembedahan Radikal & Pembedahan Invasif Minimum (MIS)
    • Intervensi Endoskopi

     

    Pakar Onkologi Kami

    Sebagai salah satu pusat rawatan kanser terkemuka di rantau ini, Gleneagles Pulau Pinang dilengkapi salah satu pasukan pakar kanser yang terbesar di Utara Malaysia. Pasukan berbilang disiplin kami merangkumi 16 ahli onkologi, ahli radioterapi, ahli urologi dan pakar bedah saraf yang dibantu oleh jururawat yang berpengalaman dan terlatih dalam menguruskan keperluan fizikal dan emosi pesakit kanser kami dengan penuh sensitiviti.

     

    Kemudahan dan Peralatan Rawatan Kami

    Untuk memastikan standard tertinggi dalam mendiagnosis, merawat dan menjaga pesakit kanser, Gleneagles Pulau Pinang menggunakan peralatan pengimejan dan radioterapi yang moden, bagi menyediakan diagnosis perubatan, prosedur pembedahan dan terapi yang terbaik untuk anda dan mereka yang tersayang.

    Pusat Kanser kami menempatkan Pusat Radioterapi yang dilengkapi dengan Pencepat Linear Sinergi Elekta. Penggunaan teknologi jarak gelombang sinaran berbilang membolehkan kami menyediakan terapi yang berikut:

  • Terapi Radiasi Keamatan Termodulat (IMRT)
  • Terapi Radiasi Dipandu Imej (IGRT)
  • Terapi Arkus Isipadu Termodulat (VMAT)
  • Radiosurgeri Stereotaktik (SRS)
  • Radioterapi Stereotaktik (SRT)
  • Terapi Sinaran Badan Stereotaktik (SBRT)
  •  

    Selain itu, pesakit juga akan dirawat di Unit Rawatan Hematologi & Onkologi khusus. Antara keadaan biasa yang dirawat di pusat kami termasuk kanser payudara, kanser kolon dan saluran gastrousus, kanser ginekologi, leukemia dan limfoma, serta kanser paru-paru.

     

    Cari Mengikut
    Semua Kemudahan
    Pusat Kecemerlangan
    Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
    Kemudahan Umum
    Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik

    Diagnostik Gastrousus

    Diagnostik Kardiovaskular

    ESWL / Pusat Rawatan Batu

    Makmal Neurofisiologi

    Kemudahan Umum

    Bilik Bersalin & Bilik Kanak-kanak

    ESWL / Pusat Rawatan Batu

    Klinik Pediatrik Malam Harian

    Makmal (termasuk perkhidmatan bank darah)

    Makmal Katerisasi Kardiak

    Pusat Hemodialisis

    Pusat Pesakit Antarabangsa

    Teater Pembedahan (termasuk dua teater pembedahan digital)

    Unit Diagnostik Kardiak

    Unit Penjagaan Rapi / Unit Penjagaan Koronari

    Hubungan kecemasan
    Gleneagles Hospital Penang
    Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
    Pilih Hospital