Barah Kanak-kanak
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Barah Kanak-kanak


Kemaglinanan zaman kanak-kanak berbeza dengan tumor dewasa dari segi kelakuan, sifat dan tingkah laku. 

Kemaglinanan zaman kanak-kanak berbeza dengan tumor dewasa dari segi kelakuan, sifat dan tingkah laku. Sifat radiologi dan histopatologi unik kemalingnan itu memerlukan pendekatan kumpulan dengan pakar-pakar pelbagai disiplin.

Kerja Pakar Bedah Pediatrik bermula dengan diagnosis kemalignan melalui kaedah klinikal, radiologi dan ada kalanya, dia perlu melakukan biopsi tru-cut atau terbuka pada tumor itu. Bergantung kepada kemahiran Pakar Bedah Pediatrik itu, tumor-tumor besar tertentu mungkin akan diresek terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sesetengah pesakit memerlukan kemoterapi sebelum pembedahan dilakukan untuk mengecilkan tumor-tumor besar agar pembedahan kuratif dimudahkan dengan kadar morbiditi dan kematian yang rendah terhadap pesakit itu. Kemoterapi ini dilaksanakan dengan alat-alat khas yang dikenali sebagai port Kemo atau kateter vena sentral yang diletakkan secara pembedahan oleh Pakar Bedah Pediatrik.

Onkologi Pediatrik biasanya melibatkan pembedahan reseksi bagi tumor-tumor berikut:

  1. Neuroblastoma
  2. Tumor Wilms atau Nefroblastoma
  3. Hepatoblastoma
  4. Limfoma atau Limfoma Bukan Hodgkin
  5. Rabdosarkoma
  6. Kemalignan testis dan ovari
  7. Teratoma
  8. Teratoma Sakrokoksiks

Rawatan susulan jangka panjang bersama-sama ujian biokimia dan juga imbasan diperlukan untuk penilaian semula dan kanak-kanak itu dilkaji semula dan dikendalikan oleh kumpulan onkologi untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Dengan kaedah-kaedah diagnostik dan kepakaran pembedahan semasa, digabungkan dengan kemo ajuvan dan radioterapi, hasil klinikal telah diperbaik.

Protokol antarabangsa terpiawai telah memberikan sumbangan besar dalam mengurangkan ketoksikan kemoterapi dengan menyesuaikan dos dan regimen menjadi protokol dan algoritma yang tepat dan definitif bagi setiap peringkat kemaglinan.

Sungguh bersemangat dan menggembirakan apabila melihat kanak-kanak pulih, selamat dan sembuh daripada penyakit mereka yang tersembunyi itu. 

 



Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital