Jabatan Kecemasan Hospital Gleneagles beroperasi 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecederaan atau kecemasan perubatan. Pasukan doktor dan jururawat di Jabatan Kecemasan telah dilatih secara khusus untuk mengurus situasi kecemasan. Situasi kecemasan akan segera dinilai menggunakan sistem klasifikasi (triage). Kes-kes yang paling teruk dengan keadaan yang mengancam nyawa akan menjadi keutamaan serta diikuti oleh kategori klasifikasi lain yang sewajarnya dan bergantung pada bilangan pesakit di Jabatan Kecemasan.
Selain pasukan doktor yang akan menilai dan mengurus kes anda, ada juga doktor pakar berbilang disiplin yang turut bersedia untuk mengendalikan keadaan perubatan yang rumit.
Sistem klasifikasi adalah untuk mengkategorikan pesakit berdasarkan keperluan mendesak dan bilangan sumber yang diperlukan.
Gambaran keseluruhan kategori klasifikasi:
*Dehidrasi Teruk
*Cirit-birit Teruk Dengan Muntah
*Tanda Sepsis
*Suhu Dewasa 39.5°c *Suhu Kanak-kanak 38.5°c
Wait a minute
Wait a minute