IHH merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan multinasional terkemuka yang komited dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan. Berpandukan aspirasi “Care. For Good.”, kami menggabungkan kecemerlangan perubatan dengan inovasi, sambil terus melangkaui batas melalui jenama dipercayai seperti Acibadem, Gleneagles, Fortis, Island Hospital, Mount Elizabeth, Pantai, Parkway dan Prince Court.
Di 10 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Turkiye, India dan Greater China, tenaga kerja kami seramai lebih 70,000 orang memberikan perkhidmatan bertaraf dunia setiap hari, merangkumi lebih daripada 140 fasiliti penjagaan kesihatan termasuk lebih 80 hospital.
Di Malaysia, IHH mengendalikan 18 hospital dengan kira-kira 3,500 katil di bawah jenama seperti Gleneagles, Island Hospital, Pantai, Prince Court dan Timberland Medical Centre. Disokong oleh perkhidmatan sampingan seperti Premier Integrated Labs, Premier Integrated Rehab serta klinik penjagaan primer di bawah Twin Towers Medical Centre, lebih 15,000 kakitangan dan 1,500 pakar kami menyediakan penjagaan menyeluruh merangkumi perkhidmatan primer, pesakit luar, hingga ke peringkat tertiari dan kuaternari, disertai dengan diagnostik dan rehabilitasi.
Bersama rakan strategik, IHH terus memacu penjagaan kesihatan berasaskan nilai, membina ekosistem yang mampan dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat. Kami komited untuk menjadi rangkaian perkhidmatan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.
www.ihhhealthcare.com