Plan Your Visit | Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
  • Ambulans / Kecemasan
    +6088 518 911
  • Talian am
    +6088 518 888

Rancang Lawatan Anda

Maklumat

Garis Panduan bagi Pelawat

Untuk kebaikan pesakit kami, pelawat kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan di ICU. Mencegah jangkitan membentuk salah satu matlamat terpenting di GKK.

Meskipun bukan semua jangkitan dapat dicegah, banyak yang dapat dielakkan dengan mematuhi perkara berikut:

- Menjaga kebersihan tangan. Kebersihan tangan mudah dijaga dengan membasuh tangan anda menggunakan sabun dan air atau dengan pensanitasi tangan berasaskan alkohol. Hospital kami dilengkapi dispenser pensanitasi tangan di koridor jalan dan di luar bilik-bilik pesakit.

- Mencegah jangkitan daripada merebak. Jika anda, keluarga atau kawan-kawan anda mengalami batuk, selesema, demam atau ruam, sila minta mereka datang melawat hanya setelah pulih.

- Jangan hantarkan bunga kepada pesakit di ICU. Ia tidak dibenarkan memandangkan ICU adalah kawasan steril yang harus dipastikan bebas daripada punca pencemaran.

Waktu Melawat

Polisi Pelawat

Wad Am/ Wad Bersalin/ Wad ICU

  • Hanya dua (2) pelawat sahaja yang dibenarkan melawat satu pesakit pada masa yang sama.
  • Masa melawat: 11.00 am – 2.00pm, 5.00pm – 8.00pm

Wad Pediatrik

  • Hanya dua (2) pelawat dengan vaksin penuh di profil MySejahtera sahaja yang dibenarkan melawat pesakit pada masa yang sama.
  • Masa melawat: 12.30 pm – 1.30pm, 7.00pm – 8.00pm

NICU

  • Ibu bapa boleh melawat pada bila-bila masa sahaja, tanpa had masa di setiap lawatan.
  • Ibu bapa yang tidak mempunyai vaksin penuh di profil MySejahtera, adalah dikehendaki untuk menjalani ujian swab COVID RTK-Antigen dengan tempoh sah 72 jam.
  • Datuk dan nenek perlu mempunyai status vaksin penuh pada profil MySejahtera untuk dibenarkan melawat, hanya satu (1) pelawat bagi setiap pesakit pada masa yang sama, dengan had masa 15 minit.
  • Masa melawat: 12.30 pm – 1.30pm, 7.00pm – 8.00pm

Pelitup muka adalah diwajibkan semasa melawat. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan melawat.

Polisi Penjaga

  • Semua penjaga mesti mempunyai vaksin penuh, asimptomatik dan negatif pada ujian RTK-Antigen.
  • Penjaga yang tidak mempunyai vaksin penuh tidak dibenarkan untuk menjaga di dalam wad. Pengecualian hanya akan diberikan bagi situasi tertentu sahaja dengan menjalani ujian RT-PCR.
  • Semua penjaga diwajibkan untuk memakai pelitup muka.

Semakan polisi ini berkuatkuasa mulai 1 November 2022 dan seterusnya. Terima kasih atas kerjasama anda.

Tempat Letak Kereta Pelawat

Pelawat di Gleneagles Kota Kinabalu (GKK) boleh meletak kereta di tempat letak kereta aras bawah atau bawah tanah.

Tempat meletak kereta diuruskan oleh Secure Parking.

Kedai-kedai
Kedai Serbaneka My Pantry
  • Tingkat Bawah
Kemasukan
  • Lobi, Tingkat Bawah
CIMB ATM
  • Tingkat Bawah

 

 

Pesakit Luar

Proses Pendaftaran
Pendaftaran

Sila lihat senarai pakar-pakar dan waktu konsultasi mereka  di sini.

Telefon atau pergi ke kaunter di bawah ini untuk mendaftar:
Kaunter utamaPerkhidmatan Pesakit Antarabangsa
ArasAras Bawah
Hubungan+6088–518 888

Perkhidmatan

Sila pastikan anda membawa dokumen ini:

  • Kad Pengenalan dan/atau Pasport

  • Dokumen Rujukan seperti surat rujukan doktor, laporan perubatan yang lepas, filem pengimejan dll.

  • Surat Jaminan (jika ada) daripada syarikat insurans anda

Jika anda perlukan perkhidmatan penterjemah, sila hubungi Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +603-4141 3763 atau +603-4141 3764.

Setelah konsultasi doktor selesai, pembayaran boleh dibuat di klinik pakar individu, lobi utama, pusat saringan, dan kaunter juruwang pesakit luar lain (tanpa ubat-ubatan) atau di Farmasi kami (dengan ubat-ubatan)

Pesakit di hospital

Proses Pendaftaran
Pendaftaran

Sila lihat senarai pakar-pakar dan waktu konsultasi mereka  di sini.

Telefon atau pergi ke kaunter di bawah ini untuk mendaftar:
Kaunter utamaPerkhidmatan Pesakit Antarabangsa
ArasAras Bawah
Hubungan+6088–518 888

Perkhidmatan

Sila pastikan anda membawa dokumen ini:

  • Kad Pengenalan dan/atau Pasport

  • Dokumen Rujukan seperti surat rujukan doktor, laporan perubatan yang lepas, filem pengimejan dll.

  • Surat Jaminan (jika ada) daripada syarikat insurans anda

Jika anda perlukan perkhidmatan penterjemah, sila hubungi Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +603-4141 3763 atau +603-4141 3764.

Setelah konsultasi doktor selesai, pembayaran boleh dibuat di klinik pakar individu, lobi utama, pusat saringan, dan kaunter juruwang pesakit luar lain (tanpa ubat-ubatan) atau di Farmasi kami (dengan ubat-ubatan)

Item untuk Dibawa

Anda hanya perlukan item-item penting seperti:

  • Baju tidur
  • Selipar
  • Alat penjagaan diri (berus gigi, ubat gigi, dll.)
Keluar hospital

Jam keluar hospital adalah antara 11.30 pg dan 3.00 ptg, Isnin hingga Sabtu. Kadar penuh akan dikenakan pada hari kemasukan, tetapi caj tidak akan dikenakan pada hari keluar, dengan syarat pesakit meninggalkan hospital sebelum 2.00 ptg.

Jika anda ingin keluar hospital pada hari Ahad atau cuti umum, kami meminta anda untuk mengaturkan pembayaran bil anda pada hari sebelumnya. Semua pembayaran akaun perlu diselesaikan sebelum anda meninggalkan hospital.

Sebelum meninggalkan hospital, dapatkan slip keluar daripada pejabat akaun, untuk diberikan kepada jururawat wad, bagi memudahkan prosedur keluar hospital.

Proses Keluar Hospital

  • Konsultan yang bertugas akan mengesahkan proses keluar anda. Tempoh menunggu bil diproses, dan preskripsi disediakan untuk pengambilan adalah kira-kira 2 1/2 jam
  • Apabila bil anda telah siap, kakitangan wad akan memberitahu anda atau ahli keluarga anda
  • Anda atau ahli keluarga anda perlu pergi ke Jabatan Akaun di Aras 6 untuk menyelesaikan bil anda. Slip keluar hospital akan dikeluarkan untuk anda
  • Anda perlu menyerahkan slip keluar ini di Kaunter Farmasi bersebelahan dengan Jabatan Akaun untuk mengambil perubatan anda
  • Pulang ke wad anda untuk mengambil barang-barang, sijil perubatan, ringkasan keluar hospital di samping keputusan pemeriksaan yang diperlukan, daripada jururawat
Insurans dan Bil
Insurans Kesihatan dan Perubatan Bergabung Antarabangsa

Jika anda ingin menggunakan polisi insurans anda untuk penjagaan kesihatan dan perubatan di Gleneagles Kota Kinabalu, hubungi wakil insurans anda untuk meminta Surat Jaminan (GL) sah yang ditujukan kepada:

Meja Perkhidmatan Insurans
Gleneagles Kota Kinabalu
Riverson@Sembulan, Blok A-1,
Lorong Riverson@Sembulan,
88100 Kota Kinabalu,Sabah, Malaysia

Setelah GL awal diperolehi, sila hantarkannya kepada kami melalui faks di +6088–518 889. Untuk bantuan lanjut tentang cara meminta Surat Jaminan (GL), sila hubungi Meja Perkhidmatan Insurans di  +6088–518 888

Pekerja Rencam

Untuk kemudahan anda, perkhidmatan rencam disediakan di pintu masuk utama hospital. Pekerja rencam kami akan mengiringi pesakit ke bilik yang ditetapkan, untuk diserahkan kepada jururawat wad.

Mereka juga boleh menjawab pertanyaan tentang konsultan dan kemudahan hospital. Pekerja rencam juga boleh mengaturkan peminjaman kerusi roda percuma pada kadar "jangka pendek, hari sama" untuk digunakan dalam kawasan hospital.

Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan teksi atau teksi premium ke mana-mana destinasi di sekitar mahupun di luar bandar, pekerja rencam kami boleh membantu anda.

Jenis bilik

Jenis-jenis Bilik

Selain dilengkapi pemandangan yang indah, bilik-bilik kami turut menawarkan hidangan yang disediakan di dapur kami sendiri. Ini ditawarkan untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik bagi pesakit kami dan tetamu mereka sepanjang penginapan mereka.

Setiap pesakit di hospital akan dihidangkan menu dengan tiga hidangan dan kopi/teh bersama hidangan ringan, setiap hari. Kopi dan teh tambahan turut disediakan apabila diminta.

Di samping hidangan bagi pesakit di hospital, kami turut menawarkan anda dan tetamu anda pilihan untuk memesan hidangan ala carte yang disenaraikan dalam menu. Pasukan Makanan dan Minuman di hospital kami turut bersedia untuk membantu meraikan apa jua acara istimewa anda. Kami boleh menyediakan hidangan untuk hari lahir dan ulang tahun anda di hospital, jika diaturkan dan diminta terlebih dahulu.

 

 

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Pilih Hospital