About Us
  • Ambulans / Kecemasan
    +6088 518 911
  • Talian am
    +6088 518 888
BM
  • EN
  • CHI
  • ID

Tentang Kami

Gleneagles Hospital Kota Kinabalu menawarkan penjagaan kesihatan bertaraf dunia bagi pesakit antarabangsa di Sabah. Dengan kumpulan doktor dan pakar berbilang disiplin yang menyediakan berbagai perkhidmatan, Gleneagles Kota Kinabalu turut diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), yang memastikan semua pesakit menerima standard perkhidmatan dan penjagaan pesakit yang tertinggi.

Gleneagles Hospital Kota Kinabalu menawarkan penggunaan teknologi dan prosedur perubatan yang paling terkini seperti:

Pusat kardiovaskular dan paru-paru - pusat 24 jam 7 hari seminggu, yang menyediakan perkhidmatan kardiak, paru-paru dan vaskular yang menyeluruh bagi pesakit dewasa dan kanak-kanak. Pusat ini dilengkapkan dengan sebuah teater kardiak dan torasik khusus di samping unit penjagaan rapi.

Pusat otak dan saraf - pusat 24 jam 7 hari seminggu, yang dilengkapi pasukan di hospital yang bersedia untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan otak, epilepsi, gangguan tidur, strok, serta masalah leher dan tulang belakang. Pusat ini turut menawarkan Terapi Rangsangan Otak melalui Rangsangan Magnetik Transkranial berulang (rTMS).

 

 

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Pilih Hospital
Click to know more!