Perkhidmatan Radiologi & Pengimejan
  • Ambulans / Kecemasan
    +6088 518 911
  • Talian am
    +6088 518 888

Perkhidmatan Radiologi & Pengimejan

Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT)

Pengimbas CT 160-keping kami menggunakan teknologi moden yang bukan sahaja memenuhi keperluan klinikal semasa, tetapi turut menetapkan standard baharu bagi masa depan. Teknologi baharu ini mampu menghasilkan imej-imej klinikal berkualiti tinggi dengan dos pendedahan amat rendah, sambil mengoptimumkan alir kerja.

Pengimbas Pengimejan Resonans (MRI)

Pengimbas MRI Tesla 1.5 kami menjamin kualiti dan kelajuan dalam MRI, dan menghasilkan imej berkualiti tinggi sambil mengurangkan waktu mengimbas sehingga 40%. Ia turut dilengkapi ciri-ciri yang menambahkan keselesaan pesakit.

Sistem X-Ray Kardiovaskular Intervensi

Sistem X-ray kardiovaskular kami menghasilkan imej-imej berkualiti tinggi yang merangkumi seluruh intervensi kardiak dan vaskular. Berbanding sistem X-ray konvensional, ia menangkap maklumat pada resolusi empat kali lebih tinggi, dengan dos X-ray yang rendah untuk membantu membuat keputusan yang lebih tepat. Ia turut dilengkapi dengan tetapan pediatrik khusus untuk menguruskan dos X-ray bagi membantu mengawal pendedahan radiasi kepada pesakit.

Sistem Radiografi/Fluoroskopi (R/F) Diagnostik

Sistem R/F kami mampu menjalankan berbagai fungsi termasuk prosedur gastrousus, iodin dan vaskular, juga radiografi standard. Ia turut menawarkan ciri-ciri pengurangan dos X-ray untuk melindungi semua orang yang berada dalam persekitaran x-ray.

Sistem Mamografi Digital

Sistem mamografi digital kami menggunakan teknologi moden untuk menjalankan saringan digital serta mamografi diagnostik, dan menghasilkan imej berkualiti tinggi sambil mengurangkan dos radiasi serta masa pendedahan pesakit. Selain membantu doktor mendiagnosis dengan ketepatan yang tinggi, ia turut dilengkapi ciri-ciri unik untuk menenangkan dan meyakinkan wanita sepanjang prosedur mamografi.

Sistem Densitometri Tulang

Sistem densitometri tulang kami membantu klinisian mengenal pasti pesakit yang berisiko mendapat osteoporosis dan/atau berisiko mendapat fraktur atau penyakit lemah badan yang lain. Dengan kejituan dan ketepatan yang cemerlang, sistem ini menghasilkan imej berkualiti tinggi untuk membantu para klinisian menilaikan kesihatan tulang bagi pesakit yang berisiko.

Untuk temu janji dan pertanyaan, hubungi kami di:

 

Cari Mengikut
Semua Kemudahan
Pusat Kecemerlangan
Perkhidmatan Klinikal & Diagnostik
Kemudahan Umum
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Pilih Hospital