Wujudkah diet yang sempurna?
First slide First slide
Asas Nutrisi

Wujudkah diet yang sempurna?

19 Ogos 2022 · 10 mins read

Topics



Satu diet yang 'sempurna' direka untuk anda berdasarkan keperluan pemakanan anda. Diet sempurna memastikan anda cukup khasiat dan mengurangkan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit yang berkaitan dengan diet.

Ini adalah satu soalan yang telah lama dibahaskan. Perkataan diet secara tradisional bermaksud makanan yang kita makan. Setelah sekian lama, ia bertukar menjadi mengehadkan dan mengawal jenis dan jumlah makanan yang dimakan untuk mengekalkan berat dan gaya hidup yang sihat.

Tanpa mengira definisinya, soalan itu masih sama. Wujudkah diet yang sempurna? Jawapan mudahnya adalah tiada diet yang sesuai dengan semua orang di planet ini.

Semua orang ada keperluan diet berbeza bergantung kepada umur, jantina, gaya hidup, agama, kepercayaan, keadaan kesihatan dan akses kepada pelbagai jenis makanan.

Namun, jika kita melihat secara holistik, mungkin diet 'sempurna' itu wujud.

Pendekatan holistik

Apabila kita bercakap tentang diet 'sempurna', kita perlu mendekatinya sebagai satu diet yang memenuhi keperluan tertentu setiap individu. Jika kita ambil pendekatan sains dan pecahkannya kepada menganalisis keperluan tersebut dan mungkin kita boleh mendefinisikan diet 'sempurna'.

Satu diet 'sempurna' ialah diet yang direka untuk anda berdasarkan keperluan pemakanan anda. Diet tersebut perlu memastikan anda cukup khasiat serta membantu anda hidup dan mengurangkan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit yang berkaitan dengan diet.

Terdapat beberapa prinsip yang menjadi pedoman untuk diikuti dalam pendekatan holistik diet 'sempurna.

  1. Padat dengan nutrien

    Pertama sekali, diet perlu dipenuhi semua (makronutrien) utama dan mikronutrien. Apabila kita fikir tentang nutrien atau makanan berzat, kita akan fokus pada jenis-jenis makanan tertentu. Contohnya, kita kaitkan protein dengan daging. Namun, protein juga boleh didapati daripada sumber bukan daging seperti sayur-sayuran, produk soya, kekacang dan legum.

    Kita perlu memastikan bahawa kita mendapat jumlah nutrien yang mencukupi daripada pelbagai jenis makanan.

  2. Diet yang seimbang dan sihat

    Diet yang seimbang mengandungi pelbagai jenis makanan dengan mengikut pembahagian makronutrien (karbohidrat, lemak, protein) yang sesuai dengan keperluan tenaga kita.

    Makronutrien

    Jumlah yang Disyorkan (%)

    Karbohidrat

    50-65

    Lemak

    25-30

    Protein

    10-20

    Garis Panduan Pemakanan Malaysia (MDG) juga menyarankan dua hidangan harian buah-buahan dan tiga kali hidangan harian sayur-sayuran untuk memenuhi keperluan pengambilan vitamin dan mineral perlu.

    Diet yang sihat juga perlu mengehadkan pengambilan produk makanan yang diproses dan jauh daripada lemak trans, gula tersembunyi dan natrium berlebihan.

    Makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lebih banyak nutrien. Namun, kehilangan nutrien berlaku apabila makanan disimpan melebihi ambang kesegarannya. Oleh itu, perkara terbaik ialah merancang pembelian barang dan penyimpanan makanan untuk memastikan kita sentiasa mendapat sebanyak mungkin nutrien daripada makanan segar.

  3. Pastikan diet anda mampu milik

    Kita boleh makan makanan berkualiti tinggi tanpa perlu merosakkan bajet. Semasa merancang pembelian barang, pastikan makanan yang dibeli berkualiti untuk mengurangkan jumlah wang yang diperlukan pada masa depan untuk merawat penyakit kronik.

  4. Kekal terhidrat

    Hampir 60% badan manusia dibuat daripada air. Oleh itu, air juga satu unsur penting dalam diet 'sempurna'.

    Kita perlu minum 6 hingga 8 gelas air kosong setiap hari mengikut Garis Panduan Pemakanan Malaysia 2011.

    Penghidratan yang mencukupi membantu menyingkirkan bahan buangan daripada badan kita, mengekalkan suhu normal badan, melindungi tisu dalam badan dan mengekalkan pelinciran dan pengkusyenan sendi.

Ketahui lebih lanjut tentang keperluan pemakanan anda di Hospital Gleneagles

Tiada satu rancangan diet yang sesuai untuk semua. Perkara yang sesuai untuk anda mungkin tidak sesuai untuk orang lain bergantung kepada metabolisme, kadar aktiviti, umur dan faktor-faktor lain.

Hubungi pasukan ahli diet di Hospital Gleneagles berdekatan dengan anda jika ada soalan tentang keperluan pemakanan anda dan untuk mendapatkan nasihat pemakanan profesional dalam usaha anda ke arah kesihatan yang lebih baik.

Jika anda mahu membuat janji temu untuk saringan kesihatan, sila hubungi pusat saringan kesihatan di Hospital Gleneagles yang berdekatan dengan anda


Article Tags

Suggested Artikel