Snek Malaysia yang Terkenal Berdasarkan Kalori
First slide First slide
Diet Seimbang

Snek Malaysia yang Terkenal Berdasarkan Kalori

19 Ogos 2022 · 12 mins read

Topics







Ketahui lebih lanjut tentang snek Malaysia yang terkenal dan kandungan kalorinya.

Penduduk Malaysia sukakan makanan dan tidak mengejutkan kerana kita ada pelbagai jenis makanan. Selain daripada hidangan biasa, penduduk Malaysia juga sukakan snek. Kebanyakan mesyuarat kita pasti ada kuih-muih, karipap atau snek-snek yang lain.

Kebiasaannya anda akan nampak penduduk Malaysia makan sekeping dua roti atau sepaket kerepek, pisang goreng, cucur udang! Kita dimanjakan dengan banyak pilihan snek.

Namun, pernahkah anda ambil kira berapa banyak kalori yang ada dalam snek kegemaran anda?

Memahami kalori

Pertama sekali, mari kita faham tentang kalori. Sama seperti satu sudu teh atau satu inci, satu kalori adalah unit ukuran.

Kalori adalah jumlah tenaga yang dihasilkan apabila badan anda memproses (mencerna dan menyerap) makanan. Semakin banyak kalori yang ada dalam sesuatu makanan, semakin banyak tenaga yang dibekalkan kepada badan anda.

Namun, apabila anda makan kalori lebih daripada yang diperlukan, badan anda menyimpan lebihan kalori dalam bentuk lemak. Makanan yang tiada lemak juga boleh mengandungi banyak kalori. Lebihan kalori dalam apa-apa bentuk akan disimpan dalam bentuk lemak.

Walaupun bukan kalori sahaja ukuran untuk menentukan betapa sihatnya sesuatu makanan itu, kalori dapat memberikan asas yang bagus.

Pengambilan kalori yang disyorkan

Mengikut Garis Panduan Diet Malaysia 2010, pengambilan kalori yang disarankan untuk orang dewasa (18-59 tahun) yang mempunyai gaya hidup sedentari adalah seperti di bawah:

  • Lelaki: 2000 kkal / hari
  • Wanita: 1500 kkal / hari

Namun, pengambilan kalori juga bergantung pada tahap aktiviti dan senaman yang anda lakukan. Satu lagi faktor penting adalah usia anda, semakin kurang kalori yang diperlukan kerana tahap aktiviti anda semakin perlahan.

Kalori dalam snek Malaysia yang terkenal

Sukar untuk menentukan nilai kalori yang tepat untuk apa saja jenis makanan kerana ia bergantung pada saiz hidangan dan saiz hidangan berbeza-beza.

Namun, jadual di bawah dapat memberikan anda satu petunjuk jumlah kalori yang berbeza dalam setiap makanan.

Kami juga membandingkan setiap snek dengan semangkuk nasi yang mengandungi 207 kalori. Perbandingan ini akan memberi anda idea visual tentang berapa banyak kalori yang telah anda makan!

No. Snek Saiz Hidangan Kkal Mangkuk Nasi yang Setara
1 Agar-agar 1 keping 37 0.18
2 Roti Kari Ayam 1 keping 204 0.99
3 Nasi pulut China (Lor Mai Kai) 1 mangkuk 422 2.04
4 Cucur udang 1 keping 144 0.70
5 Karipap 2 biji 256 1.24
6 Donat 1 keping 268 1.30
7 Popia goreng 1 keping 91 0.44
8 Roti Kaya/Kelapa 1 keping 219 1.06
9 Kuih Ang Koo 1 keping 111 0.54
10 Kuih apam balik 1 keping 282 1.36
11 Kuih koci, pulut putih 1 keping 183 0.88
12 Kuih talam seri kaya 1 keping 183 0.88
13 Kacang 6 badam / kacang gajus; 1 kacang walnut, 20 kacang tanah kecil tanpa kulit 45 0.22
14 Papadum 1 keping 26 0.12
15 Pisang goreng 1 keping 129 0.62
16 Roti kosong 1 keping 75 0.36
17 Kerepek kentang 1 keping 95 0.46
18 Keju proses 1 keping 95 0.26
19 Roti kacang merah 1 keping 223 1.08
20 Rojak (Gaya China) 1 pinggan 443 2.14
21 Rojak (Pasembur) 1 pinggan 752 3.63
22 Sandwic sardin 1 keping 71 0.34
23 Vadai 1 keping 194 0.94
24 Kek keladi 1 keping 174 0.84
25 Yau cha kueh 1 keping 292 1.41
26 Yogurt, rendah lemak 1 cawan (150g) 100 0.48

Kalori dalam Hidangan Tempatan Malaysia

No. Hidangan Saiz Hidangan Kkal
1 Mihun goreng 1 pinggan (200g) 346
2 Nasi ayam 1 pinggan (168g) 203
3 Nasi beriani 1 pinggan (245g) 448
4 Soto ayam 1 mangkuk (493g) 512
5 Nasi goreng 1 pinggan (200g) 386
6 Roti canai 1 keping (95g) 301
7 Roti telur 1 keping (135g) 356
8 Capati 1 keping (64g) 192
9 Tose 1 keping (114g) 210
10 Mi kari 1 mangkuk (544g) 702
11 Mi sup 1 mangkuk (522g) 355
12 Nasi lemak 1 pinggan (200g) 338
13
Burger keju dua lapis
Kentang goreng
Coke
1 biji (156g)
1 pek (67g)
1 gelas (250g)
365
208
104
14 Martabak 1 keping (146g) 231
15 Piza ayam, cendawan, tomato 1 potongan sederhana (187g) 400
16 Kuetiau goreng 1 pinggan (170g) 321
17 Ayam kurma Satu ketul sederhana (125g) 179

Find out more about your calorie intake at Gleneagles Hospital

If you have certain medical conditions such as diabetes and cardiovascular disease, consuming certain snacks may affect your recommended daily calorie intake and inadvertently cause complications.

Contact your doctor or the Diet Counselling Centre at your nearest Gleneagles Hospital to receive professional dietary advice from the team of qualified dietitians.

If you would like to make an appointment for health screening, please contact the health screening centre at the Gleneagles Hospital nearest to you.

Rujukan

  1. Panduan Diet Malaysia. Boleh didapati di https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/227 [Accessed 17 June 2022]

Article Tags

Suggested Artikel