Topics
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, 4 daripada 10 orang atau 8 juta orang dewasa di Malaysia telah meningkatkan tahap jumlah kolesterol.
Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa 1 daripada 4 orang ini tidak sedar bahawa mereka mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi (kolesterol tinggi) kerana keadaan ini biasanya asimptomatik.
Tentang kolesterol
Kolesterol ialah sejenis bahan lemak yang terdapat dalam darah anda. Kolesterol adalah komponen penting dalam membina sel dan menghasilkan vitamin serta hormon. Kolesterol biasanya dihasilkan di dalam hati dan boleh didapati daripada diet kita juga.
Kolesterol tinggi juga dikenali sebagai hiperkolesterolemia atau hiperlipidemia. Tahap kolesterol yang tinggi boleh menghasilkan mendapan lemak atau plak dalam salur darah.
Mendapan ini semakin banyak, menyebabkan darah yang tidak mencukupi mengalir ke arteri. Kadangkala, mendapan itu boleh membentuk ketulan yang menyekat aliran darah yang menyebabkan serangan jantung atau strok.
Jenis-jenis kolesterol
Badan kita memerlukan kolesterol untuk berfungsi dan ia dibawa oleh darah melalui lipoprotein. Terdapat dua jenis lipoprotein yang menentukan tahap kolesterol kita:
- HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi)
- Juga dikenali sebagai kolesterol "baik"
- HDL membawa kolesterol dari sel-sel ke hati
- Kolesterol ini kemudiannya akan diproses oleh hati dan dikeluarkan dari badan anda sebagai bahan kumuh
- Tahap HDL yang lebih tinggi adalah lebih baik kerana ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
- LDL (lipoprotein berketumpatan rendah)
- Juga dikenali sebagai kolesterol "jahat"
- LDL membawa kolesterol ke sel-sel melalui peredaran darah
- Tahap kolesterol LDL yang tinggi dalam darah kita meningkatkan risiko pengumpulan plak dalam dinding arteri (proses ini dipanggil aterosklerosis) yang menyebabkan sakit jantung dan strok
Mengenal pasti tahap kolesterol
Tahap kolesterol kita boleh dikenal pasti dengan penilaian profil lipid melalui ujian darah. Ini merupakan alat untuk mengukur tahap pelbagai jenis lemak (kolesterol dan trigliserida) dalam darah kita dan mengesan keabnormalan tahap itu.
Parameter profil lipid termasuklah:
- Kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)
- Kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)
- Trigliserida
- Jumlah kolesterol
Parameter | Butiran |
Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) kolesterol (LDL-C) |
Nota: Tahap LDL yang lebih rendah adalah lebih baik |
Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) kolesterol (HDL-C) |
Nota: Tahap HDL yang lebih tinggi adalah lebih baik |
Trigliserida (TG) |
Nota: Tahap trigliserida yang lebih rendah adalah lebih baik |
Jumlah kolesterol (TC) |
Nota: Tahap jumlah kolesterol yang lebih rendah adalah lebih baik |
Mitos berkaitan kolesterol
Terdapat banyak maklumat salah berkenaan kolesterol. Mitos atau salah faham yang biasa berlaku disenaraikan di bawah.
- Mitos: Semua kolesterol tidak baik untuk kita.
Fakta: LDL (lipoprotein berketumpatan rendah) dirujuk oleh orang ramai sebagai kolesterol "jahat". Terdapat risiko tinggi untuk mendapat strok dan sakit jantung jika badan kita membawa sejumlah besar kolesterol LDL.
Kolesterol "baik" atau dipanggil HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi) menghantar kolesterol ke hati. Ia mengeluarkan kolesterol dari badan kita. Berbanding dengan LDL, kolesterol HDL mempunyai kesan yang bertentangan. Ia mengurangkan risiko mendapat strok dan sakit jantung.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan tahap HDL sambil merendahkan tahap LDL.
- Mitos: Kita mengalami simptom apabila tahap kolesterol semakin tinggi.
Fakta: Selalunya, individu berkolesterol tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau simptom. Kita mungkin tidak tahu yang kita mempunyai tahap kolesterol tidak sihat sehinggalah ia sudah terlambat.
Kita perlu periksa tahap kolesterol secara kerap (seperti dinasihatkan oleh doktor), terutamanya jika tahap kolesterol tidak berada dalam julat yang dicadangkan.
- Mitos: Memakan makanan berkolesterol tinggi akan meningkatkan tahap kolesterol saya.
Fakta: Walaupun ia kedengaran logik, mengambil makanan berkolesterol tinggi tidak meningkatkan tahap kolesterol secara terus.
Badan kita menghasilkan kolesterol yang diperlukan secara semula jadi, terutamanya dalam hati, ketika kita sedang tidur. Namun, memakan makanan berkolesterol tinggi meningkatkan pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu itu yang menyebabkan peningkatan tahap kolesterol kita.
- Mitos: Sudah ditakdirkan! Tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk mengubah tahap kolesterol
kita.
Fakta: Walaupun sesetengah masalah kolesterol boleh didapati secara keturunan, kita masih boleh mengawal tahap kolesterol kita. Diet yang sihat dengan tabiat pemakanan yang baik dan kerap bersenam adalah satu cara yang paling mudah untuk mengawal tahap kolesterol anda.
Ketahui lebih lanjut tentang pengurusan tahap kolesterol anda di Hospital Gleneagles
Untuk memahami kolesterol dengan lebih baik dan pengurusan tahap kolesterol anda, hubungi doktor anda atau Pusat Kaunseling Diet di Hospital Gleneagles berdekatan anda untuk mendapatkan nasihat pemakanan profesional daripada pasukan pakar diet yang berkelayakan.
Jika anda mahu membuat janji temu untuk saringan kesihatan, sila hubungi pusat saringan kesihatan di Hospital Gleneagles yang berdekatan dengan anda.
Rujukan
- Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019. Boleh didapati di https://iptk.moh.gov.my/images/technical_report/2020/4_Infographic_Booklet_NHMS_2019_-_English.pdf [Accessed on 6 August 2022]
- Noncommunicable diseases: Risk factors. Boleh didapati di https://www.who.int/data/gho/data/themes/topics/topic-details/GHO/ncd-risk-factors [Accessed on 6 August 2022]
- Lipid Profile. Boleh didapati di http://www.myhealth.gov.my/en/lipid-profile-2/ [Accessed on 6 August 2022]
- Cholesterol Myths and Facts. Boleh didapati di https://www.cdc.gov/cholesterol/myths_facts.htm [Accessed on 6 August 2022]