Harapan dan Penyembuhan: Temui pakar Kami dalam Onkologi
Kanser merupakan sejenis penyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja – orang muda dan tua, orang kaya dan miskin serta lelaki, wanita dan kanak-kanak. Di Hospital Gleneagles Penang, kami memahami betapa terganggu dan kecewanya pesakit-pesakit
sebaik sahaja mengetahui mereka menghidapi kanser, dan kami berdedikasi untuk membantu mereka melawan penyakit ini dengan sedaya upaya kami.
Sebagai sebuah pusat onkologi terulung di Malaysia, kami mengamalkan pendekatan secara berpasukan dan holistik dalam mendiagnosis dan merawat pelbagai jenis kanser. Para pesakit kanser kami menerima manfaat daripada pasukan sub-pakar pelbagai disiplin
yang disokong dengan teknologi terkini dalam rawatan kanser. Pesakit-pesakit juga akan dijaga oleh pasukan pakar onkologi, pakar bedah dan pakar-pakar kanser lain bagi memastikan mereka menerima diagnosis perubatan, rawatan dan penjagaan mengikut
Bagaimana Kanser Terjadi?
Kanser terhasil apabila gen-gen dalam sel-sel individu yang membentuk dalam tubuh manusia mula menunjukkan perubahan berbanding sel-sel yang biasa. Tidak seperti sel-sel biasa, sel-sel kanser terpisah dan berkembang pada kadar yang pantas. Apabila keadaan ini berlaku, set arahan dalam gen sel terbabit tidak lagi berfungsi seperti biasa dan sel itu hilang fungsi normalnya.
Selain kanser, terdapat beberapa perkataan lain digunakan untuk menggambarkan kanser yang dikesan pada bahagian tubuh manusia yang berbeza. Tumor adalah ketumbuhan yang berlaku pada kedudukannya yang asal dalam tubuh manakala karsinoma merupakan sejenis kanser yang terbentuk dari sel-sel epitelium. Sarkoma pula adalah kanser yang tumbuh di tisu-tisu penghubung seperti otot manakala leukemia dan limfoma merupakan kanser yang masing-masing terhasil dari sel-sel darah dan juga limfa.
Terapi dan Pembedahan Kanser Kami
Memandangkan kanser tumbuh di pelbagai bahagian tubuh, kaedah rawatan yang berkesan merangkumi gabungan pembedahan, radioterapi, kemoterapi, terapi hormon, terapi bersasar dan imunoterapi
Dengan sokongan radiologi, radiologi intervensi dan patologi, kami menyediakan kepakaran rawatan kanser yang berikut:
Rawatan kanser yang berkesan melibatkan pendekatan pelbagai kaedah untuk memberikan kepada para pesakit peluang yang terbaik untuk terus hidup. Di Hospital Gleneagles Penang, pesakit-pesakit boleh memilih pelbagai kaedah rawatan mengikut keadaan mereka
yang unik seperti:
- Saringan Kanser
- Terapi Radiasi (menggunakan sinar tenaga dalam dos yang tinggi untuk membunuh sel kanser atau mengecutkan tumor)
- Kemoterapi (ditelan atau melalui ubat intravena)
- Terapi Bersasar (ubat yang menyasarkan secara khusus terhadap pertumbuhan tumor luar biasa)
- Imunoterapi (rawatan yang memperkukuhkan sistem imun pesakit untuk melawan kanser)
- Terapi Hormon (menggunakan rawatan perubatan untuk menyekat atau mengurangkan hormon dalam badan untuk menghentikan atau memperlahankan pertumbuhan kanser)
- Pemindahan Autologous untuk Kanser Darah
- Pembedahan Radikal & Pembedahan Invasif Minimum (MIS)
- Kemoterapi Hipertermik Intraperitoneum (HIPEC)
- Prosedur Sentinel Nodus Limfa
- Radiologi Intervensi
- Pulmonologi Intervensi
- Endoskopi Intervensi
Pakar-pakar Onkologi Kami
Hospital Gleneagles Penang mempunyai pasukan pakar rawatan kanser yang terbesar di Malaysia. Pasukan pakar pelbagai disiplin yang terdiri daripada pakar onkologi, pakar radioterapi dan pakar bedah disokong oleh barisan jururawat yang berdedikasi serta berpengalaman dan terlatih dalam menguruskan keperluan fizikal dan emosi pesakit-pesakit kanser. Selain itu, perjumpaan yang melibatkan pasukan pelbagai disiplin diadakan bagi membantu pasukan pakar melakukan kajian kes dengan lebih kerap dan saling bertukar pandangan mengenai pilihan rawatan yang terbaik untuk pesakit-pesakit kanser.
Kemudahan Rawatan dan Peralatan Kami
Untuk memberikan piawaian yang terbaik dalam diagnosis kanser, rawatan serta penjagaan kanser, kami menggunakan peralatan pengimejan dan radioterapi yang moden dalam memastikan piawaian yang terbaik untuk diagnosis perubatan, prosedur pembedahan dan juga
terapi.
Di Pusat Kanser kami, Pusat Radioterapi menempatkan dua unit pemecut linear Elekta yang membolehkan
kami menyediakan terapi kanser terkini seperti:
- Terapi Radiasi Keamatan Bermodulasi (IMRT)
- Terapi Radiasi Berpandukan Imej (IGRT)
- Terapi Volumetrik Arka Bermodulasi (VMAT)
- Terapi Radiasi Tahan Nahas Inspirasi Dalam (DIBH)
- Radiosurgeri Stereotaktik (SRS)
- Radioterapi Stereotaktik (SRT)
- Terapi Radiasi Tubuh Stereotaktik (SBRT)
Di Unit Hematologi & Rawatan Onkologi (HOTU), kami menyediakan tempat khas perundingan, wad harian, unit
pemulihan ubat kemoterapi (CDR) dan wad untuk pesakit kanser. Antara keadaan yang lazimnya dirawat di unit tersebut adalah kanser payudara, kanser usus dan saluran gastrousus, kanser ginekologi, leukemia dan limfoma serta kanser paru-paru.
Sebagai pusat rujukan kanser di bahagian utara Malaysia, Hospital Gleneagles Penang menempatkan 10 dewan pembedahan di mana dua daripadanya adalah dewan bedah digital dengan teknologi terkini yang direka untuk pembedahan laparoskopik.