Pembedahan Toraks
  • Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
  • Talian am
    +607 560 1000

Pembedahan Toraks

Pembedahan kardiotoraks merangkumi surgeri jantung dewasa dan pediatrik seperti graf pintasan arteri koronari, pembaikan dan penggantian injap jantung, pembedahan penyakit paru-paru dan mediastinum, dan banyak lagi. Sebagai disiplin surgeri yang spesifik, pakar bedah toraks perlu memiliki kecekapan dalam penjagaan sebelum dan selepas pembedahan yang merangkumi penyiasatan dan perancangan, pembedahan, serta pengurusan selepas pembedahan. Pilihan rawatan bagi pesakit termasuk prosedur invasif minimum, pembedahan toraks dibantu video (VATS) dan lain-lain.

Pakar Bedah Toraks di Hospital Gleneagles

Di Gleneagles, pakar bedah toraks kami adalah berpengalaman dan berkemahiran dalam menjalankan berbagai pembedahan toraks. Bergantung pada jenis penyakit dan keadaan pesakit, pembedahan invasif minimum mungkin dijalankan untuk menguruskan penyakit jantung.

Teknik invasif minimum menggunakan insisi yang lebih kecil bagi mengurangkan risiko surgeri, memendekkan penghospitalan, menambahkan keselesaan dan mencepatkan pemulihan bagi pesakit.

Yakinlah bahawa anda akan dijaga dengan baik oleh pakar bedah toraks kami yang terlatih untuk memastikan anda menerima standard penjagaan yang terkini dan hasil yang terbaik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital