About Us
  • Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
  • Talian am
    +607 560 1000

Tentang Kami

Gleneagles Hospital Medini Johor adalah hospital lanjutan terkemuka di Johor, Malaysia, yang terletak hanya 20 minit jarak memandu dari pusat pemeriksaan Tuas-Singapura, di tengah-tengah kawasan Medini Lifestyle. Gleneagles Hospital Medini Johor adalah hospital lanjutan terkemuka di Johor, Malaysia, yang terletak hanya 20 minit jarak memandu dari pusat pemeriksaan Tuas-Singapura, di tengah-tengah kawasan Medini Lifestyle.

Gleneagles Hospital Medini Johor menawarkan penggunaan teknologi dan prosedur perubatan yang paling terkini seperti:

Imbasan CT 640-hirisan - teknologi canggih yang menetapkan tanda aras bagi imbasan pada masa depan, dengan memudahkan penghasilan imej klinikal berkualiti tinggi menggunakan dos pendedahan yang amat rendah.

Pemarkahan Kalsium Koronari CT - membolehkan pengesanan awal, pengurusan dan rawatan bagi Penyakit Arteri Koronari (CAD) dengan mengesan kehadiran plak kalsium dalam arteri koronari.

MRI Kardiak - teknologi pengimejan perubatan tidak invasif yang menilaikan struktur dan fungsi kardiak, yang mana adalah penting untuk mendiagnosis dan merancangkan pembedahan bagi penyakit jantung kongenital yang rumit.

PET CT (FDG & Gallium) - yang pertama di luar Lembah Klang dengan Gallium dan yang kedua di Johor dengan FDG untuk melengkapkan Pusat Kanser hospital.

CORI - Sistem pembedahan robotik yang direka untuk membantu pakar bedah dalam melakukan prosedur ortopedik invasif minimum, terutamanya untuk pembedahan lutut dan pinggul.

ESWL - Rawatan batu karang dan batu ureter melalui pembedahan hari yang tidak invasif, dengan ketepatan yang lebih tinggi menggunakan Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL).

Linear Accelerator Elekta Synergy dilengkapidengan Catalyst HD - Sistem Radioterapi terkini dengan Terapi Sinaran 3 Dimensi (3DRT), Intensity Modulated Radiotherapy (IMRT) dan Volumetric Arc Therapy (MAT) yang memberikan penghantaran yang lebih tepat, memendekkan masa rawatan dan menurunkan dos keseluruhan sinaran.

Da Vinci Xi - Sistem Pembedahan da Vinci® ialah sistem pembedahan robotik yang menggunakan pendekatan pembedahan invasif minimum. Ia menampilkan pelbagai lengan yang boleh melakukan gerakan dan putaran di luar kemampuan semula jadi tangan manusia.

 

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital