Untuk kebaikan pesakit kami, pelawat kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan di ICU. Di GHJ, kami turut mengutamakan pencegahan jangkitan. Meskipun bukan semua jangkitan dapat dicegah, banyak yang dapat dielakkan dengan mematuhi perkara berikut:
Menjaga kebersihan tangan. Kebersihan tangan mudah dijaga dengan membasuh tangan anda menggunakan sabun dan air atau dengan pensanitasi tangan berasaskan alkohol. Hospital kami dilengkapi dispenser pensanitasi tangan di koridor jalan dan di luar bilik-bilik pesakit.
Mencegah jangkitan daripada merebak. Jika anda, keluarga atau kawan-kawan anda mengalami batuk, selesema, demam atau ruam, sila minta mereka datang melawat hanya setelah pulih.
Jangan hantarkan bunga kepada pesakit di ICU. Ia tidak dibenarkan memandangkan ICU adalah kawasan steril yang harus dipastikan bebas daripada punca pencemaran.
Waktu Melawat
Wad Perubatan
Waktu melawat: 12 tengah hari – 2 petang & 6 petang – 8 malam
Hanya 2 orang pelawat dibenarkan untuk melawat pada satu-satu masa.
Hanya pelawat yang telah lengkap divaksin mengikut kepada ketetapan MySejahtera dibenarkan untuk melawat.
Saringan COVID-19 adalah tidak diwajibkan.
Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan untuk melawat.
Penggunaan pelitup muka diwajibkan sepanjang masa di dalam kawasan hospital.
Wad Kritikal (ICU & HDU)
Waktu melawat: 6 petang – 8 malam
Hanya seorang pelawat dibenarkan untuk melawat pada satu-satu masa.
Waktu melawat dihadkan kepada 15minit setiap sesi.
Hanya pelawat yang telah lengkap divaksin mengikut kepada ketetapan MySejahtera dibenarkan untuk melawat.
Saringan COVID-19 adalah tidak diwajibkan.
Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan untuk melawat.
Penggunaan pelitup muka diwajibkan sepanjang masa di dalam kawasan hospital
Tempat Letak Kereta Pelawat
Pelawat ke Gleneagles Hospital Johor boleh meletak kereta mereka di hadapan lobi hospital dan tempat letak kereta terbuka di belakang hospital. Kami mempunyai 316 tempat letak kereta untuk kemudahan pesakit dan pelawat kami.
Kedai-kedai
Results Found
CIMB Bank
Tingkat Bawah
H Gourmet
Tingkat Bawah
The Coffee Bean & Tea Leaf
Tingkat Bawah
Farmasi
Tingkat Bawah
7-Eleven
Tingkat Bawah
Flexzoom Optometrist
Tingkat Bawah
Dome's Cafe
Tingkat Bawah
O’Briens Irish Sandwich Cafe
Tingkat Bawah
D' Daun
Tingkat Bawah
Pesakit Luar
Proses Pendaftaran
Pendaftaran
Sila lihat senarai pakar-pakar dan waktu konsultasi mereka di sini.
Telefon atau pergi ke kaunter di bawah ini untuk mendaftar:
Dokumen Rujukan seperti surat rujukan doktor, laporan perubatan yang lepas, filem pengimejan dll.
Surat Jaminan (jika ada) daripada syarikat insurans anda
Jika anda perlukan perkhidmatan penterjemah, sila hubungi Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +607 560 1000.
Setelah konsultasi doktor selesai, pembayaran boleh dibuat di klinik pakar individu, lobi utama, pusat saringan, dan kaunter juruwang pesakit luar lain (tanpa ubat-ubatan) atau di Farmasi kami (dengan ubat-ubatan)
Pesakit di hospital
Proses Pendaftaran
Pendaftaran
Sila lihat senarai pakar-pakar dan waktu konsultasi mereka di sini.
Telefon atau pergi ke kaunter di bawah ini untuk mendaftar:
Dokumen Rujukan seperti surat rujukan doktor, laporan perubatan yang lepas, filem pengimejan dll.
Surat Jaminan (jika ada) daripada syarikat insurans anda
Jika anda perlukan perkhidmatan penterjemah, sila hubungi Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +607 560 1000.
Setelah konsultasi doktor selesai, pembayaran boleh dibuat di klinik pakar individu, lobi utama, pusat saringan, dan kaunter juruwang pesakit luar lain (tanpa ubat-ubatan) atau di Farmasi kami (dengan ubat-ubatan)
Item untuk Dibawa
Anda hanya perlukan item-item penting seperti:
Baju tidur
Selipar
Alat penjagaan diri (berus gigi, ubat gigi, dll.)
Keluar hospital
Jam keluar hospital adalah antara 11.30 pg dan 3.00 ptg, Isnin hingga Sabtu. Kadar penuh akan dikenakan pada hari kemasukan, tetapi caj tidak akan dikenakan pada hari keluar, dengan syarat pesakit meninggalkan hospital sebelum 2.00 ptg.
Jika anda ingin keluar hospital pada hari Ahad atau cuti umum, kami meminta anda untuk mengaturkan pembayaran bil anda pada hari sebelumnya. Semua pembayaran akaun perlu diselesaikan sebelum anda meninggalkan hospital.
Semua pembayaran akaun perlu diselesaikan sebelum anda meninggalkan hospital.
Sebelum meninggalkan hospital, dapatkan slip keluar daripada pejabat akaun, untuk diberikan kepada jururawat wad, bagi memudahkan prosedur keluar hospital.
Proses Keluar Hospital
Konsultan yang bertugas akan mengesahkan proses keluar anda. Tempoh menunggu bil diproses, dan preskripsi disediakan untuk pengambilan adalah kira-kira 2 1/2 jam
Apabila bil anda telah siap, kakitangan wad akan memberitahu anda atau ahli keluarga anda
Anda atau ahli keluarga anda perlu pergi ke Jabatan Akaun di Aras 6 untuk menyelesaikan bil anda. Slip keluar hospital akan dikeluarkan untuk anda
Slip keluar hospital akan dikeluarkan untuk anda
Anda perlu menyerahkan slip keluar ini di Kaunter Farmasi bersebelahan dengan Jabatan Akaun untuk mengambil perubatan anda
Pulang ke wad anda untuk mengambil barang-barang, sijil perubatan, ringkasan keluar hospital di samping keputusan pemeriksaan yang diperlukan, daripada jururawat
Insurans dan Pengebilan
Insurans Kesihatan dan Perubatan Bergabung Antarabangsa
Senarai syarikat insurans yang diterima di Gleneagles
Johor:
Senarai abjad
Syarikat insurans
A
AIA
AIG Travel Guard AIA Public Takaful
Asia Assistance ASP Medical Group
AA International Allianz
C
Compumed
E
Emergency Assistance Japan
Etiqa
G
Great Eastern Takaful
Great Eastern
H
Hong Leong Assurance
I
IHM
IHP
International Assistance
IHPInternational SOS
M
Mediexpress
Mi-Care
P
PMCare
Prudential
S
SEL Care
W
Wellbe
Jika anda ingin menggunakan polisi insurans anda untuk penjagaan
kesihatan dan perubatan di Gleneagles Johor, hubungi wakil
insurans anda dan minta Surat Jaminan (GL) sah yang ditujukan
kepada:
Perkhidmatan Insurans Gleneagles Johor No.
2, Jalan Medini Utara 4, Medini Iskandar, 79250,
Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim.
Untuk bantuan lanjut tentang cara meminta Surat Jaminan (GL), sila hubungi Perkhidmatan Insurans di +07-560 1000 e-mel kepada kami di [email protected]
Pekerja Rencam
Untuk kemudahan anda, perkhidmatan rencam disediakan di pintu masuk utama hospital. Pekerja rencam kami akan mengiringi pesakit ke bilik yang ditetapkan, untuk diserahkan kepada jururawat wad. Mereka juga boleh menjawab pertanyaan tentang konsultan dan kemudahan hospital.
Pekerja rencam juga boleh mengaturkan peminjaman kerusi roda percuma pada kadar "jangka pendek, hari sama" untuk digunakan dalam kawasan hospital. Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan teksi atau teksi premium ke mana-mana destinasi di sekitar mahupun di luar bandar, pekerja rencam kami boleh membantu anda.
Pemakanan memainkan peranan penting dalam pemulihan dan kami berhasrat untuk membantu pesakit mencapai pemulihan yang lancar dan cepat. Pesakit boleh memilih daripada menu makanan yang sihat dan lazat di bilik mereka yang selesa berdasarkan sekatan diet mereka.
Hospital Gleneagles telah melancarkan menu khas yang mengutamakan keselesaan dan makanan berkhasiat untuk pesakit. Menu baharu ini menampilkan hidangan yang diatur secara eksklusif dengan kerjasama cef selebriti dan restoran Dato' Fazley Yaakob. Semua hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan sumber tempatan oleh cef dalaman di Hospital Gleneagles.
Laksa Negeri Sembilan
Laksa Negeri Sembilan
Beringin Pandan Rice
Laksa Negeri Sembilan
Noodles in Negeri Sembilan-inspired broth
Beringin Pandan Rice
Johor-style aromatic rice, served with chicken rendang, and freshly pickled vegetables