Gleneagles Hospital Johor adalah hospital lanjutan terkemuka di Johor,
Malaysia, yang terletak hanya 20 minit jarak memandu dari pusat pemeriksaan Tuas-Singapura, di
tengah-tengah kawasan Medini Lifestyle. Gleneagles Hospital Medini
Johor adalah hospital lanjutan terkemuka di Johor, Malaysia, yang terletak hanya 20 minit jarak
memandu dari pusat pemeriksaan Tuas-Singapura, di tengah-tengah kawasan Medini Lifestyle.
Gleneagles Hospital Johor menawarkan penggunaan teknologi dan prosedur perubatan yang paling
terkini seperti:
Imbasan CT 640-hirisan - teknologi canggih yang menetapkan tanda aras bagi imbasan
pada masa depan, dengan memudahkan penghasilan imej klinikal berkualiti tinggi menggunakan dos
pendedahan yang amat rendah.
Pemarkahan Kalsium Koronari CT - membolehkan pengesanan awal, pengurusan dan rawatan
bagi Penyakit Arteri Koronari (CAD) dengan mengesan kehadiran plak kalsium dalam arteri koronari.
MRI Kardiak - teknologi pengimejan perubatan tidak invasif yang menilaikan struktur
dan fungsi kardiak, yang mana adalah penting untuk mendiagnosis dan merancangkan pembedahan bagi
penyakit jantung kongenital yang rumit.
PET CT (FDG & Gallium) - yang pertama di luar Lembah Klang dengan Gallium dan yang kedua di
Johor dengan FDG untuk melengkapkan Pusat Kanser hospital.
CORI - Sistem pembedahan robotik yang direka untuk membantu pakar bedah dalam melakukan prosedur
ortopedik invasif minimum, terutamanya untuk pembedahan lutut dan pinggul.
ESWL - Rawatan batu karang dan batu ureter melalui pembedahan hari yang tidak invasif, dengan
ketepatan yang lebih tinggi menggunakan Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL).
Linear Accelerator Elekta Synergy dilengkapidengan
Catalyst HD - Sistem Radioterapi terkini dengan Terapi Sinaran 3 Dimensi (3DRT), Intensity
Modulated Radiotherapy (IMRT) dan Volumetric Arc Therapy (MAT) yang memberikan penghantaran yang lebih tepat,
memendekkan masa rawatan dan menurunkan dos keseluruhan sinaran.
Da Vinci Xi - Sistem Pembedahan da Vinci® ialah sistem pembedahan robotik yang menggunakan
pendekatan pembedahan invasif minimum. Ia menampilkan pelbagai lengan yang boleh melakukan gerakan dan putaran
di luar kemampuan semula jadi tangan manusia.
Mengenai IHH Healthcare
IHH merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan multinasional terkemuka yang komited dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan. Berpandukan aspirasi “Care. For Good.”, kami menggabungkan kecemerlangan perubatan dengan inovasi, sambil terus melangkaui batas melalui jenama dipercayai seperti Acibadem, Gleneagles, Fortis, Island Hospital, Mount Elizabeth, Pantai, Parkway dan Prince Court.
Di 10 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Turkiye, India dan Greater China, tenaga kerja kami seramai lebih 76,000 orang memberikan perkhidmatan bertaraf dunia setiap hari, merangkumi lebih daripada 190 fasiliti penjagaan kesihatan termasuk lebih 89 hospital.
Di Malaysia, IHH mengendalikan 18 hospital dengan kira-kira 3,600 katil di bawah jenama seperti Gleneagles, Island Hospital, Pantai, Prince Court dan Timberland Medical Centre. Disokong oleh perkhidmatan sampingan seperti Premier Integrated Labs, Premier Integrated Rehab serta klinik penjagaan primer di bawah Twin Towers Medical Centre, lebih 15,000 kakitangan dan 2,000 pakar kami menyediakan penjagaan menyeluruh merangkumi perkhidmatan primer, pesakit luar, hingga ke peringkat tertiari dan kuaternari, disertai dengan diagnostik dan rehabilitasi.
Bersama rakan strategik, IHH terus memacu penjagaan kesihatan berasaskan nilai, membina ekosistem yang mampan dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat. Kami komited untuk menjadi rangkaian perkhidmatan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.
www.ihhhealthcare.com