Paediatrics
  • Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
  • Talian am
    +607 560 1000

Pediatrik

Pakar pediatrik menguruskan penjagaan bayi, kanak-kanak dan remaja. Pakar pediatrik adalah penjaga utama yang menjaga kanak-kanak sejak mereka dilahirkan, termasuk kesihatan, pertumbuhan serta kesejahteraan umum mereka, selain memberikan inokulasi dan vaksinasi yang diperlukan.

Perkhidmatan Pakar Pediatrik Kami Termasuk Tetapi Tidak Dihadkan Kepada:

- Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD)

Asma dan alergi kanak-kanak

-Jangkitan saluran kencing

-Penyakit tangan, kaki dan mulut (kanak-kanak)

-Ginjal bengkak (hidronefrosis)

-Pneumonia (kanak-kanak)

-Jangkitan kanak-kanak yang biasa

-ENT Pediatrik (Telinga, Hidung & Tekak)

-Rinitis alergi

-Ujian Audiologi

-Penilaian Pendengaran

Penyakit Kanak-kanak Yang Biasa

Bronkitis

Jika anak atau bayi anda mengalami hidung tersumbat, batuk kering berpanjangan, sukar bernafas dan demam, mereka mungkin dijangkiti salah satu jangkitan saluran pernafasan yang paling biasa – bronkitis.

Mata Melekit

Lelehan melekit pada sudut mata atau bulu mata bayi baru lahir dan kanak-kanak kecil adalah perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan kerana duktus air mata mereka masih sedang berkembang.

Konjunktivitis

Jika mata bayi atau anak anda meradang, ini mungkin menandakan sakit berjangkit yang disebabkan bakteria atau virus. Lelehan kuning berpunca daripada bakteria, dan lelehan melekit dan jernih berpunca daripada virus. Mata mereka mungkin membengkak, rasa pedih, merah dan gatal dengan kelopak mata melekit dan berair lebih banyak daripada biasa.

Sakit perut & Cirit-birit

 

Kadang-kadang, kanak-kanak membuang air besar yang cair, tetapi jika anak anda membuang air besar yang cair secara kerap, ini mungkin menandakan cirit-birit. Mereka mungkin mempunyai alergi makanan tetapi biasanya ini disebabkan oleh jangkitan atau sakit perut. Dikenali sebagai gastroenteritis, punca paling biasa bagi keadaan ini adalah virus, seperti rotavirus. Cirit-birit dan muntah mungkin lebih teruk bagi kanak-kanak, terutamanya bayi kerana mereka mudah kehilangan air daripada badan dan boleh mengalami dehidrasi.

Dapatkan bantuan jika:
- Anak anda telah membuang air besar cair melebihi enam kali
- Anak anda muntah sebanyak tiga kali atau lebih banyak dalam masa 24 jam
- Anak anda sukar minum air sekurang-kurangnya selama 8 jam
- Anak anda lemah, meragam, dan tiada selera makan
- Anak anda sakit perut
- Anak anda pening dan/atau sakit tengkuk

 

Batuk & Selesema

 

Selesema mungkin dianggap sebagai sakit biasa, tetapi ia boleh melemahkan badan. Jika saluran pernafasan kanak-kanak dijangkiti virus yang ringan, ia masih perlu diawasi. Simptom-simptom termasuk hidung tersumbat, bersin dan sakit tekak, batuk dan demam, dan anak anda mungkin meragam dan cerewet makan.

Dapatkan bantuan jika:
- Simptom berlanjutan melebihi 10 hari
- Anak anda mengalami ruam dan demam
- Anak anda sukar untuk berjaga atau berinteraksi
- Anak anda sukar untuk bernafas

 

Cacar air

 

Cacar air adalah penyakit ringan yang menyerang kebanyakan kanak-kanak. Risiko bertambah tinggi bagi kanak-kanak lebih tua dan orang dewasa yang mendapat cacar air lebih lambat.

Dapatkan bantuan jika:
-Penghidap cacar air adalah wanita yang hamil
-Penghidap cacar air adalah bayi
-Penghidap cacar air mempunyai sistem imun yang lemah

Perlu diperhatikan bahawa cacar air boleh berjangkit kepada orang lain dalam kira-kira 2 hari, sebelum sebarang simptom muncul. Jikalau anak anda diserang cacar air, jauhkan mereka daripada orang lain.

 

Sembelit

Bagi semua kanak-kanak dalam semua peringkat umur, najis yang keras dan sukar membuang air besar adalah perkara biasa. Lan-lain tanda bagi sembelit termasuk sakit abdomen yang berpanjangan.

Asma

Sebagai masalah kesihatan jangka panjang yang biasa, keterukan simptom-simptom asma mungkin berubah menurut keadaan anak anda. Saluran udara mereka akan diganggu oleh simptom-simptom yang teruk secara tiba-tiba seperti susah bernafas, berdehit dan sesak nafas.

Jangkitan Telinga

 

Jangkitan telinga dalam bayi dan kanak-kanak, adalah perkara biasa yang berpunca daripada virus selepas selesema. Anak anda mungkin akan rasa sakit, demam, dan menggosok atau menarik telinga mereka. Bayi kecil tidak boleh mengatakan punca kesakitan mereka dan hanya akan bertindak balas dengan meragam atau menangis.

Dapatkan bantuan jika:
- Simptom berlanjutan melebihi 4 hari
-Kesakitan bertambah teruk
-Anak anda demam dengan suhu badan tinggi
-Anak anda sukar untuk bernafas

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital
Click to know more!