Penyakit Berjangkit
  • Ambulans / Kecemasan
    +607 560 1111
  • Talian am
    +607 560 1000

Penyakit Berjangkit

Mikroorganisma patogenik seperti bakteria, virus, parasit dan fungus boleh menyebabkan penyakit berjangkit, di mana penyakit boleh merebak secara langsung atau tidak langsung daripada satu orang kepada orang yang lain. Sepsis, influenza, tuberkulosis, hepatitis adalah antara penyakit berjangkit biasa yang mengganggu populasi seluruh dunia.

Mencegah jangkitan

Untuk mengurangkan risiko jangkitan, anda dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri, cth.: membasuh tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas. Elakkan berkongsi item peribadi seperti berus gigi, sikat, pisau cukur, tuala, gelas minum dan perkakas makan. Selain itu, dapatkan vaksinasi dan amalkan seks yang selamat untuk mengurangkan risiko mendapat banyak penyakit. 

Tanda-tanda dan Simptom-simptom

Tanda-tanda dan simptom-simptom bagi penyakit berjangkit bergantung pada organisma yang menyebabkan jangkitan tersebut, tetapi demam dan lesu adalah tanda dan simptom yang paling biasa bagi penyakit berjangkit. Selain itu, tanda-tanda dan simptom-simptom umum adalah cirit-birit, pedih otot dan batuk.

Anda harus segera dapatkan rawatan perubatan jika anda:

  • Mengalami demam yang berpanjangan (melebihi 5 hari) atau tanpa sebab, dengan atau tanpa pening
  • Mengalami batuk berpanjangan (melebihi 7 hari)
  • Mengalami kesukaran bernafas
  • Mengalami masalah penglihatan secara tiba-tiba
  • Mengalami ruam atau bengkak
  • Telah digigit oleh haiwan

Divertikulitis

Divertikula adalah poket-poket kecil yang terbentuk dalam lapisan dinding usus. Jika ia dijangkiti, ia akan berkembang menjadi divertikulitis, yang biasanya disebabkan oleh kekurangan serat pemakanan dalam diet individu.

Simptom-simptom termasuk:
- Sakit abdomen teruk
- Demam
- Loya
- Lesu
- Najis berdarah/gelap

Hemoroid

Lebih dikenali sebagai buasir, hemoroid berlaku apabila vena membengkak dalam dubur dan rektum bawah anda, yang biasanya disebabkan oleh meneran semasa membuang air besar.

Simptom-simptom mungkin dikaitkan dengan:

- Benjolan atau benjolan-benjolan pada dubur yang kecil, sensitif dan/atau sakit
- Sakit, rasa gatal dan/atau tidak selesa di sekitar kawasan dubur
- Pendarahan tidak sakit semasa membuang air besar

Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)

Penyakit ini disebabkan oleh refluks asid yang kerap berulang, di mana asid perut mengalir ke atas ke arah tekak disebabkan kelonggaran tidak normal pada gegelang otot sfinkter esofagus bawah.

Simptom-simptom biasa bagi GERD termasuk:

- Pedih ulu hati selepas makan (rasa terbakar dalam dada atau tekak)
- Rasa masam dalam mulut

Anda boleh melegakan GERD dengan:

- Mengelak memakai tali pinggang atau pakaian yang mencerut perut
- Mengekalkan berat badan yang sihat
- Mengelakkan alkohol dan rokok
- Mengurangkan saiz hidangan makanan
- Mengelakkan makanan yang mencetuskan simptom-simptom GERD
- Tunggu sebentar sebelum baring selepas makan
- Meninggikan kepala dan tengkuk anda semasa tidur

Penyakit Radang Usus (IBD)

Dua punca utama IBD ialah penyakit Crohn dan kolitis ulseratif di mana kolitis ulseratif menjejaskan lapisan paling dalam usus besar dan rektum seseorang, menyebabkan keradangan kronik dan ulser atau kudis berkembang. Manakala, penyakit Crohn cenderung merangkumi pelbagai kawasan yang berbeza di seluruh saluran penghadaman, selalunya berlaku pada penghujung usus kecil (ileum) atau permulaan. Penyakit ini juga boleh menjejaskan seluruh dinding usus di mana kawasan yang terjejas boleh diselang-seli di antara bahagian kolon yang sihat.

Simptom IBD mungkin dikaitkan dengan:

- Keradangan yang dicetuskan oleh sistem imun yang terlalu aktif

- Pencetus virus atau bakteria

- Pencetus alam sekitar

- Faktor genetik

Simptom lain IBD mungkin termasuk:

- Keletihan

- Pengurangan berat

- Sakit perut

- Cirit-birit

- Pendarahan rektum bersela

Kanser Kolorektum

Lebih dikenali sebagai kanser kolon atau rektum, penyakit ini cenderung untuk berkembang apabila sel-sel dalam sesuatu kawasan mula membiak di luar kawalan.

Kebanyakan daripada kanser ini bermula sebagai polip kecil yang belum berkanser. Meskipun kebanyakan pesakit tidak menunjukkan simptom pada peringkat ini (asimptomatik), lama-kelamaan polip ini boleh menjadi kanser. Bergantung pada saiz dan kedalaman pertumbuhan kanser, prognosis mungkin berbeza dan peringkat awal biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom.

Awasi simptom-simptom kanser kolorektum ini:

- Kekejangan atau kesakitan gastrousus
- Bergas dan kembung
- Perubahan dalam membuang air besar (sembelit atau cirit-birit)
- Najis berdarah/gelap
- Hilang berat badan
- Hilang selera makan
- Rasa loya
- Muntah
- Lesu

Sindrom Rengsa Usus (IBS)

Ini adalah gangguan gastrousus kronik yang menjejaskan usus besar dan menunjukkan berbagai simptom seperti:

- Hilang selera makan
- Bergas dan/atau kembung
- Cirit-birit dan/atau sembelit dalam tempoh berjeda
- Sakit abdomen yang dilegakan dengan membuang air besar

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hantar pertanyaan kepada kami

Membuat pertanyaan
Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital