Rasa sakit pada puting boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan pelbagai faktor boleh menyumbang kepada keadaan ini. Walaupun puncanya mungkin biasa, ada beberapa perkara yang mungkin tidak dijangka. Penting untuk anda memberi perhatian kepada gejala anda dan mendapatkan penjagaan yang mencukupi.
Berikut adalah beberapa punca berpotensi yang menyebabkan kesakitan pada puting:
Penyebab paling biasa puting sakit ialah geseran. Boleh berlaku jika puting anda melecet pada baju atau pemakaian coli yang tidak sesuai semasa melakukan aktiviti sukan seperti berlari, meluncur atau bola keranjang. Keadaan ini dipanggil “jogger’s nipple”. Geseran pada puting boleh menyebabkan pedih, sakit menyengat, luka, kulit mungkin kering atau koyak.
Pelbagai gejala, termasuk sakit puting, boleh berlaku disebabkan kitaran haid. Kelembutan payudara dan puting sakit boleh disebabkan oleh turun naik hormon semasa senggugut, kehamilan atau menopaus.
Sakit puting juga boleh disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap sabun, losen, detergen atau bahan pakaian.
Satu perkara biasa untuk ibu yang menyusu badan untuk mengalami sakit puting. Perkara ini biasanya disebabkan oleh pelekapan atau kedudukan bayi yang tidak betul semasa menyusu.
Seriawan (jangkitan yis) atau mastitis (jangkitan pada tisu payudara) adalah jangkitan yang boleh menyebabkan puting sakit dan ketidakselesaan.
Sakit puting dan gejala lain boleh menunjukkan masalah kesihatan lain seperti kanser payudara. Ketulan di belakang puting mungkin didapati padalebih kurang separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan penyakit Paget pada puting.
Jika anda mengalami sakit puting yang berterusan, penting untuk anda berjumpa dengan doktor. Sakit puting yang berterusan boleh menjadi petanda masalah kesihatan yang lain seperti jangkitan, alahan, dermatitis atau keadaan lain yang memerlukan rawatan perubatan.
Diagnosis puting sakit biasanya melibatkan gabungan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan kadangkala ujian tambahan.
Jika anda seorang ibu yang menyusukan bayi, doktor anda mungkin menilai kedudukan dan lekapan bayi anda semasa penyusuan untuk mengenali sebarang isu yang menyumbang kepada kesakitan pada puting.
Doktor anda mungkin mengesyorkan ujian tambahan bergantung pada gejala dan sejarah perubatan anda seperti:
Jika puncanya dikenal pasti, puting sakit boleh dikurangkan dengan pilihan berikut:
Pasukan yang berdedikasi dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Hospital Gleneagles sedia untuk memberikan rundingan bagi memberikan penjagaan dan bantuan yang terbaik.
Hubungi kami untuk mengatur janji temu hari ini jika anda bimbang atau ada soalan tentang puting yang sakit. Kami menjamin penjagaan yang terbaik dan khusus untuk keperluan anda.
Wait a minute