Limfadenopati Serviks dalam Kalangan Kanak-kanak
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Limfadenopati Serviks dalam Kalangan Kanak-kanak


Limfadenopati serviks ialah pembesaran nodus limfa pada bahagian leher dan biasanya kurang berbahaya berbanding jangkitan virus atau bakteria. Limfadenopati serviks kerap berlaku dalam kanak-kanak.

 

Apakah itu Limfadenopati Serviks?

Limfadenopati serviks ialah pembesaran nodus limfa pada bahagian leher dan biasanya kurang berbahaya berbanding jangkitan virus atau bakteria. Limfadenopati serviks kerap berlaku dalam kanak-kanak.

 

Apakah Penyebab Limfadenopati Serviks?

Limfadenopati serviks boleh berlaku selepas jangkitan virus atau bakteria. Bakteria penyebab yang paling lazim ialah Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Jangkitan biasanya masuk melalui mulut, kulit kepala atau jangkitan pada kulit. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan pembengkakan nodus limfa, termasuk:

  • Selesema
  • Jangkitan telinga
  • Jangkitan kulit kepala
  • Sakit kerongkong akibat jangkitan bakteria
  • Bronkitis
  • Tonsilitis

 

Apakah Simptom-simptom Limfadenopati Serviks?

  • Demam
  • Penurunan berat badan
  • Pembengkakan pada leher yang berlarutan lebih dari seminggu
  • Kerap merasa sakit pada bahagian bengkak

 

Apakah Rawatan untuk Limfadenopati Serviks?

Pelbagai jenis antibiotik dan antivirus digunakan untuk merawat limfadenopati serviks dan pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Walau bagaimanapun, jika nodus limfa bengkak disebabkan oleh kanser, maka rawatan akan melibatkan:

  • Biopsi nodus limfa yang bengkak
  • Pembedahan
  • Kemoterapi
  • Terapi radiasi


Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital