Obesity & Bariatric Surgery
  • Ambulans / Kecemasan
    +604 222 9199
  • Talian am
    +604 222 9111

Obesiti & Pembedahan Bariatrik



Apakah itu Obesiti?

Obesiti ialah pengumpulan lemak yang tidak normal atau secara berlebihan dalam badan yan menimbulkan risiko kepada kesihatan. Obesiti ialah faktor risiko utama bagi beberapa penyakit kronik termasuk diabetes, penyakit kardiovaskular dan kanser. Obesiti boleh menjejaskan kesihatan seseorang individu itu dan ada kalanya boleh membawa maut.

 

Apakah Punca Obesiti?

Obesiti berlaku apabila anda mengambil kalori lebih daripada kalori yang anda bakar melalui aktiviti seharian. Punca obesiti paling lazim berkait dengan makan berlebih-lebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Walaupun berat badan seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran, tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak mampu mengawal tingkah laku makan dan mengubah gaya hidup mereka.

 

Bagaimanakah Obesiti Diukur?

Ukuran paling lazim digunakan untuk obesiti ialah Indeks Jisim Tubuh (BMI) - satu indeks yang ringkas untuk mengklasifikasikan berat badan yang berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa. Dalam ujian BMI, berat badan seseorang itu (dalam kilogram) dibahagikan dengan kuasa dua tinggi mereka (dalam meter). Seseorang itu dianggap berlebihan berat badan apabila BMI mereka berada di antara 23-24.7 kg/ m2 dan obes apabila BMI mereka lebih daripada 27.5 kg/m2.

 

Apakah Jenis Rawatan bagi Obesiti?

Antara rawatan yang lazim bagi obesiti ialah:

  1. Perubahan Diet 
  2. Aktiviti fizikal
  3. Perubatan
  4. Pembedahan Bariatrik

Apakah itu Pembedahan Bariatrik?

Pembedahan bariatrik ialah pembedahan yang membantu seseorang menurunkan berat badan dengan membuat perubahan kepada sistem pencernaan sama ada dengan mengecilkan perut ataupun memintas sebahagian daripada usus kecil. Pembedahan bariatrik ialah pilihan bagi mereka yang mempunyai BMI lebih daripada 32 kg/m2 dengan keadaan perubatan. Untuk mengetahui sama ada anda layak menjalani pembedahan ini atau tidak, anda perlu berunding dengan kumpulan bariatrik pelbagai disiplin.

 

Apakah Jenis-jenis Pembedahan Bariatrik?

  1. Gastrektomi Lengan Laparoskopik

    Gastrektomi Lengan Laparoskopik ialah prosedur pembedahan pengurangan berat badan yang mana 70% daripada perut dibuang lalu meninggalkan perut yang kelihatan seperti tiub dan mempunyai saiz dan bentuk seperti buah pisang. Mengehadkan saiz perut anda boleh mengurangkan kuantiti makanan yang anda makan. Ini juga akan menyebabkan perubahan hormon yang membantu dalam pengurangan berat badan.

  2. Pintasan Gastrik Roux-en-Y Laparoskopik 

Dalam prosedur Pintasan Gastrik Laparoskopik, kantung perut kecil dihasilkan dan memintas sebahagian daripada usus kecil. Perut yang selebihnya masih berfungsi dan masih bersambung dengan usus. Pembedahan ini menyebabkan perubahan hormon yang akan membawa kepada pengawalan gula darah dalam kalangan pesakit diabetes yang lebih baik selain penambahbaikan metabolisma lain.

 

Adakah Prosedur Tanpa Pembedahan bagi Merawat Obesiti?

Prosedur tanpa pembedahan bagi merawat obesiti adalah dengan memasukkan belon intragastrik. Belon intragastrik ialah alat pengurangan berat badan boleh kembung yang diletakkan di dalam perut pesakit yang berlebihan berat badan atau obes buat sementara waktu. Alat ini membantu dalam mengurangkan berat badan jika diet dan senaman tidak berjaya dan pembedahan bukan pilihan pesakit. Alat ini dimasukkan ke dalam perut melalui endoskopi dan boleh dilaksanakan sebagai pembedahan jagaan sehari.  Belon itu mengehadkan kuantiti makanan yang boleh ditampung oleh perut dan kemudiannya menimbulkan rasa kenyang lebih lama.

 

Siapakah Ahli-ahli Kumpulan Bariatrik?

Di Hospital Gleneagles Pulau Pinang, kami mempunyai Kumpulan Bariatrik Pelbagai Displin yang merangkumi pakar-pakar kesihatan seperti doktor, jururawat, ahli fisioterapi, pakar diet dan ahli farmasi yang berdedikasi untuk memastikan kejayaan rawatan dan kesihatan pesakit sepanjang perjalanannya dalam mengurangkan berat badan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pasukan Bariatrik di penangweightlossclinic@gmail.com.



Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Pilih Hospital