Pelawat yang dihormati,
Untuk melindungi pesakit dan petugas kesihatan kami, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur mengamalkan dasar pelawat yang berikut:
Kami menghargai kerjasama anda untuk mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pesakit, pelawat dan petugas kesihatan kami.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Untuk kemudahan pelawat kami, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan tempat letak kereta:
Blok A: Tempat Letak Kenderaan Bertingkat
Blok B: Tempat Letak Kereta Bawah Tanah
Kemudahan Tempat Letak Kereta Berdekatan:
Tempat Letak Kereta Terbuka 1:
Terletak di sepanjang Jalan Ampang dan bersebelahan Blok Pejabat Perubatan (MOB). Mesin Pembayaran Ticket terletak berhampiran pintu keluar tempat letak kereta.
Tempat Letak Kereta Terbuka 2:
Terletak bersebelahan dengan Kedutaan Korea. Mesin Pembayaran Ticket terletak berhampiran pintu masuk tempat letak kereta.
Untuk kemudahan pelawat kami, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan tempat letak kereta:
Blok A: Tempat Letak Kenderaan Bertingkat
Blok B: Tempat Letak Kereta Bawah Tanah
Kemudahan Tempat Letak Kereta Berdekatan:
Tempat Letak Kereta Terbuka 1:
Terletak di sepanjang Jalan Ampang dan bersebelahan Blok Pejabat Perubatan (MOB). Mesin Pembayaran Ticket terletak berhampiran pintu keluar tempat letak kereta.
Tempat Letak Kereta Terbuka 2:
Terletak bersebelahan dengan Kedutaan Korea. Mesin Pembayaran Ticket terletak berhampiran pintu masuk tempat letak kereta.
Untuk memastikan keselamatan semua pelanggan, kami menawarkan perkhidmatan ulang-alik ke tempat letak kereta untuk kemudahan dan keselesaan semua.
Perkhidmatan ulang-alik disediakan pada waktu berikut:
Isnin hingga Jumaat: 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Sabtu: 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari
Sila hubungi Duta Perkhidmatan kami di lokasi berikut jika anda memerlukan perkhidmatan ulang- alik:
Blok A: Kaunter Perkhidmatan di Lobi Utama
Blok B: Kaunter Perkhidmatan di Lobi Utama
Perkhidmatan valet disediakan di pintu masuk utama Blok A & Blok B. Caj RM 25 dikenakan setiap kali masuk, setiap hari.
Isnin – Sabtu : 7 pg – 7 mlm
PROSES LAWATAN BAGI PESAKIT LUAR
No | Kaunter | Aras | Bangunan | Butiran |
1 | Kaunter Perkhidmatan Korporat | Aras Bawah | Bilik Konsultasi Perubatan (MOB) | Untuk pesakit dengan GL sahaja |
2 | Klinik Pakar Individu | Aras 1 - Aras 7 | Bilik Konsultasi Perubatan (MOB) | Untuk pesakit yang membayar dengan tunai sahaja |
3 | Kemalangan & Kecemasan | Aras Bawah | Blok A | Untuk kedua-dua pesakit dengan GL dan pesakit yang membayar dengan tunai |
4 | Klinik Pesakit Luar | Aras 6 - Aras 8 | Blok B | Untuk kedua-dua pesakit dengan GL dan pesakit yang membayar dengan tunai |
Kami menyediakan penterjemah untuk bahasa asing seperti Bahasa Arab, Bahasa Indonesia, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, dan Bahasa Mandarin. Jika anda memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +603-4141 3361 atau +603-4141 3362.
Setelah konsultasi doktor selesai, pembayaran boleh dibuat di salah satu lokasi juruwang di atas ini (tanpa ubat-ubatan) atau di Farmasi kami di lokasi di bawah ini (dengan ubat-ubatan).
Pembayaran boleh dibuat di salah satu lokasi juruwang di atas ini (tanpa ubat- ubatan) atau di Farmasi kami di lokasi di bawah ini (dengan ubat-ubatan).
No | Kaunter | Aras | Bangunan |
1 | Farmasi Runcit I | Aras Bawah | Bilik Konsultasi Perubatan (MOB) |
2 | Retail Pharmacy II | Aras 1 | Blok B |
PROSES KEMASUKAN ANDA
1. Sebelum Kemasukan
Selepas konsultasi dengan doktor, anda akan diberitahu sama ada anda perlu dimasukkan ke hospital.
Pra-Pendaftaran:
Anda digalakkan untuk melakukan pra-pendaftaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari kemasukan, di Kaunter Kemasukan yang terletak di lobi utama Blok A, Aras Bawah.
Ini akan mencepatkan proses anda dimasukkan ke wad apabila anda tiba pada hari kemasukan anda.
2. Kemasukan
Anda boleh pergi ke Kaunter Kemasukan di lobi utama Blok A, Aras Bawah. Kakitangan di kaunter akan menguruskan keperluan kemasukan anda. Beliau akan meminta NRIC atau Pasport anda, Kad Insurans (jika diperlukan) dan pemilihan bilik.
Langkah seterusnya adalah pendaftaran. Anda mungkin diminta menunggu sementara kami menyediakan bilik anda.
3. Pendaftaran
Selepas proses kemasukan, anda perlu mendaftar. Kakitangan pendaftaran kami akan menerangkan syarat-syarat perkhidmatan, perihal insurans dan keperluan lain. Gelang ID pesakit dengan maklumat anda akan diletakkan pada pergelangan tangan anda sepanjang tempoh penghospitalan.
4. Menunggu Insurans
Kelulusan Tuntutan
Jika anda menggunakan kad insurans untuk menuntut insurans, kemasukan wad hanya akan dibuat setelah kami menerima Surat Jaminan Awal (IGL) daripada syarikat insurans anda. Jika anda tidak mahu menunggu penerimaan IGL, anda boleh membayar deposit yang diperlukan, yang akan dibayar balik setelah IGL anda diterima.
Jika pra-pendaftaran telah dibuat sebelum hari kemasukan, anda tidak perlu menunggu penerimaan IGL anda.
5. Pembayaran
Anda akan diminta pergi ke Kaunter Juruwang jika anda perlu membayar deposit. Juruwang kami akan menguruskan pembayaran anda.
6. Pengiringan Porter
Porter akan mengiringi anda ke wad, di mana semua keperluan penjagaan anda sepanjang penghospitalan akan diuruskan oleh jururawat.
7. Bil
Anda akan diberitahu jika bil hospital sementara anda telah melepasi jumlah deposit anda.
Anda hanya perlukan item-item penting seperti:
Baju tidur
Selipar
Alat penjagaan diri (berus gigi, ubat gigi, dll.)
PROSES KELUAR HOSPITAL
1. Doktor
• Memulakan proses keluar hospital bagi anda
• Menyediakan preskripsi perubatan keluar hospital bagi anda
2. Jururawat
• Menyediakan dokumen keluar hospital bagi anda
• Mengaturkan janji temu susulan dengan anda dan/atau waris terdekat
3. Ahli Farmasi
• Menyediakan perubatan anda
• Mendispens perubatan yang perlu dibawa pulang oleh anda
4. Jururawat
• Menyiapkan proses keluar, memulangkan filem X-Ray (jika berkenaan) dan menyediakan laporan pemeriksaan untuk anda
• Memandu anda atau waris terdekat ke Ruang Keluar Hospital untuk membayar bil hospital
5. Kakitangan Keluar Hospital
• Menerangkan bil akhir dan liputan insurans (jika berkenaan) sebelum anda atau waris terdekat anda membuat pembayaran (jika perlu)
Kerani
• Mengaturkan perkhidmatan rencam untuk mengangkat bagasi atau mendapatkan kerusi roda
Pesakit
• Bersedia untuk pulang ke rumah anda
BIL
Sila berikan masa 2 ½ jam untuk proses keluar dengan pembayaran sendiri, dan 3 ½ jam untuk proses keluar di bawah insurans atau jaminan korporat.
Kami menerima bayaran dalam bentuk tunai, kad kredit atau draf bank.
BAYARAN BALIK
Jika deposit anda melebihi caj-caj dalam bil akhir hospital, bayaran balik akan dibuat setelah kami menerima bayaran penuh bagi bil akhir anda.
Bagi pesakit yang membuat pembayaran sendiri, bayaran balik akan dikembalikan dalam masa 14 hari kerja, dari tarikh anda keluar hospital.
Insurans Kesihatan dan Perubatan Bergabung Antarabangsa
Senarai syarikat insurans yang diterima di Gleneagles Kuala Lumpur:
Alphabet list | Insurance Companies | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
A | AIA | Allianz Life Insurance | Asia Assistance Network | AXA Affin Life Insurance | |||
C | Compumed | ||||||
E | e-Mas | Etiqa Life Insurance | Etiqa Takaful Berhad | ||||
G | Great Eastern Life Insurance | ||||||
H | Health Connect | HealthMetrics | Hong Leong MSIG Insurance | ||||
I | Integrated Health Plans Sdn Bhd (IHP) | ||||||
M | Mediexpress | Micare | Medilink | Mitsui Sumitomo | Miyacare | ||
P | PM Care | PraAssist | Prudential Assurance Malaysia Berhad | Prudential BSN Takaful Berhad | |||
S | SelCare | ||||||
T | Tejani Emergency Assistance | Tokio Marine Life Insurance | |||||
Z | Zurich Insurance Prudential Assurance Malaysia Berhad |
Jika anda ingin menggunakan polisi insurans anda untuk penjagaan kesihatan dan perubatan di Gleneagles Kuala Lumpur, hubungi wakil insurans anda untuk meminta Surat Jaminan (GL) sah yang ditujukan kepada:
Meja Perkhidmatan Insurans Gleneagles Kuala Lumpur
282 & 286, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Setelah GL awal diperolehi, sila hantarkannya kepada kami melalui faks di +603-4141 3011.
Untuk bantuan lanjut tentang cara meminta Surat Jaminan (GL), sila hubungi Meja Perkhidmatan Insurans di +603-4141 3007
Pasukan concierge kami bersedia untuk membantu anda dengan bagasi anda semasa masuk dan keluar. Bantuan kerusi roda juga disediakan atas permintaan. Untuk perkhidmatan concierge, sila hubungi kami di +603-4141 3001 atau +603-4141 3583.
Selain itu, kami menawarkan penterjemah untuk bahasa asing seperti Arab, Bahasa Indonesia, Jepun, Korea dan Mandarin. Jika anda memerlukan perkhidmatan terjemahan, sila hubungi pasukan Perkhidmatan Pesakit Antarabangsa di +603-4141 3361 atau +603-4141 3362.
Jenis-jenis Bilik
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur menyediakan penjagaan perubatan yang terbaik, bilik bertaraf hotel, serta makanan lazat yang sihat dan Halal.
Pemakanan memainkan peranan penting dalam pemulihan dan kami berhasrat untuk membantu pesakit mencapai pemulihan yang lancar dan cepat. Pesakit boleh memilih daripada menu makanan yang sihat dan lazat di bilik mereka yang selesa berdasarkan sekatan diet mereka.
Hospital Gleneagles telah melancarkan menu khas yang mengutamakan keselesaan dan makanan berkhasiat untuk pesakit. Menu baharu ini menampilkan hidangan yang diatur secara eksklusif dengan kerjasama cef selebriti dan restoran Dato' Fazley Yaakob. Semua hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan sumber tempatan oleh cef dalaman di Hospital Gleneagles.
Chicken with vegetables steamed in a parchment paper envelope, served with tomato soup made with three different types of tomatoes with herbs and a smoked garlic croissant for dipping
Malaysian-Indian style chicken soup served with toast and butter
Please indicate your selection above
Please check and confirm your details below before submitting:
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Wait a minute
Please indicate your selection above
Please check and confirm your details below before submitting:
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Wait a minute