Apakah yang Menyebabkan Koyak ACL?
ACL koyak apabila tekanan berlebihan dikenakan pada lutut, biasanya apabila cedera semasa bersukan, terjatuh atau kemalangan kenderaan bermotor. Koyak ACL berlaku apabila lutut terpusing atau tersentak ke hadapan melebihi had tertentu. Koyak ACL sering berlaku dalam sukan tertentu seperti bola sepak dan ski.
Apakah itu Ligamen Krusiata Anterior (ACL)?
Terdapat empat ligamen yang mengimbangkan sendi lutut. Dua daripadanya terletak di luar sendi lutut dan dua lagi terletak di dalam sendi (intrasendi). Ligamen-ligamen intrasendi ini bersilang antara satu sama lain dalam bentuk seperti silang. Oleh itu, ia dikenali sebagai ligamen krusiata. Ligamen intrasendi hadapan dikenali sebagai Ligamen Krusiata Anterior (Anterior Cruciate Ligament, ACL).
Apakah Simptom dan Tanda Koyak ACL?
ACL yang normal ACL yang koyak
Bolehkah ACL yang Koyak Sembuh Tanpa Pembedahan?
ACL yang koyak tidak boleh sembuh dengan sendiri. Sendi lutut dipenuhi dengan cecair sinovium yang menghalang pembentukan darah beku dan ligamen yang koyak daripada bersentuhan. Oleh itu, ACL tidak dapat sembuh tanpa pembedahan, bukan seperti ligamen
di luar sendi yang mempunyai potensi untuk sembuh dengan baik.
Jika ACL yang koyak tidak dirawat, pesakit mungkin terdedah kepada kecederaan lutut lain seperti koyak meniskus dan mungkin menghidapi osteoartritis.
Apakah Rawatan untuk Koyak ACL?
Rawatan Konservatif
Rawatan Pembedahan
Apakah itu Artroskopi?
Artroskopi ialah prosedur memasukkan teleskop ke dalam lutut dan disambungkan ke monitor agar bahagian dalam lutut dapat dilihat. Melalui lubang kecil lain (portal), instrumen dimasukkan ke dalam lutut untuk membentuk semula ligamen.
Apakah yang Perlu Saya Lakukan Selepas Pembedahan?
Apakah Prognosis Kecederaan ACL?
Walaupun sekali-sekala terdapat kes ACL separa koyak yang sembuh dengan sendiri, ACL hampir tidak pernah sembuh dengan sendiri.
Dengan peletakan cantuman yang tepat dan pemulihan yang mencukupi, pesakit yang menjalani pembedahan ACL boleh menjangkakan pemulihan sebanyak 85% hingga 90%.
Bolehkah Koyak ACL Dielakkan?
Beberapa kajian menunjukkan bahawa latihan menguatkan otot dan propriosepsi boleh mengurangkan kejadian koyak ACL dalam kalangan atlet yang melakukan aktiviti fizikal yang tinggi.
Dengan mematuhi peraturan sukan yang ketat dan melakukan latihan yang kerap, kecederaan ACL dapat dikurangkan dalam sukan profesional.
Wait a minute
Wait a minute