Tendonitis Patela | Hospital Gleneagles
Kepakaran & Pakej
Pengkhususan Perubatan
Pembedahan Ortopedik & Trauma
Memahami Tendonitis Patela (Lutut Pelompat)

Memahami Tendonitis Patela (Lutut Pelompat)

Tendon patela terletak di bahagian hadapan sendi lutut. Ini adalah jalur tisu yang kuat yang menghubungkan tempurung lutut (patela) ke tulang kering (tibia).

Tendon patela membantu otot memanjangkan kaki bawah anda supaya fungsi lutut normal dapat dijalankan seperti menendang bola, mengayuh basikal, melompat ke atas dan lain-lain.

Tendonitis patela - juga dikenali sebagai lutut pelompat - adalah kecederaan biasa yang disebabkan oleh penggunaan berlebihan tendon patela.

Penggunaan tendon patela yang berlebihan boleh menyebabkan koyakan kecil pada tisu yang menyebabkan kesakitan dan keradangan. Masalah ini biasanya berlaku pada individu yang bermain sukan yang melibatkan pergerakan mencangkung, berlari dan melompat secara berulang.

Simpton tendonitis patela

  • Sakit dan kelembutan pada bahagian bawah tempurung lutut hadapan.
  • Bengkak dan kaku pada sendi lutut.
  • Sakit yang bertambah teruk dengan gerakan melompat atau berlari.
  • Lemah sendi lutut.

Faktor risiko tendonitis patela

  • Biasa pada individu yang lebih muda dalam usia remaja dan 20-an.
  • Lelaki berisiko lebih tinggi untuk mengalami tendonitis patela berbanding wanita.
  • Tendonitis patela lebih biasa terjadi dalam kalangan orang yang aktif bersukan yang melibatkan lompatan seperti bola keranjang, bola tampar, antara lain.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan lompatan berulang atau berlari (yang keterlaluan) boleh menambah tekanan pada tendon patela, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan.

Diagnosis tendonitis patela

Doktor anda akan terlebih dahulu mempersoalkan kesihatan dan simptom am sebelum menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh.

Diagnosis dibuat berdasarkan simptom yang anda laporkan, pemeriksaan fizikal dan siasatan.

Semasa pemeriksaan fizikal, doktor anda akan memeriksa sendi lutut untuk tanda-tanda keradangan. Ujian tertentu juga boleh dilakukan untuk menilai kekuatan dan fleksibiliti sendi lutut.

Ujian pengimejan seperti X-ray boleh membantu mengecualikan masalah lain seperti artritis atau patah tulang. MRI boleh memberikan pandangan yang lebih terperinci mengenai tisu lembut dalam sendi lutut yang termasuk tendon patela.

Rawatan tendonitis patela

Rawatan bukan pembedahan boleh mengurangkan kesakitan bagi kebanyakan pesakit Tendonitis patela.

  • Rehat dan elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan dan kerengsaan pada tendon patela untuk membantu mengurangkan keradangan dan menggalakkan penyembuhan.
  • Fisioterapi untuk menguatkan otot di sekeliling sendi lutut, meningkatkan fleksibiliti dan mengurangkan tekanan pada tendon patela.
  • Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) boleh membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.
  • Ubah suai rutin latihan atau ubah cara aktiviti tertentu dilakukan boleh membantu mengurangkan tekanan pada tendon patela dan mengelakkan kecederaan berpanjangan.

Buat tempahan janji temu di Hospital Gleneagles

Jika anda mengalami mana-mana simptom Tendonitis Patela, hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Perkhidmatan Ortopedik kami di Hospital Gleneagles yang terdekat dengan anda.

Hospital Gleneagles bekerjasama dengan pakar ortopedik untuk membantu pesakit melalui diagnosis dan rawatan. Pasukan profesional penjagaan kesihatan yang prihatin dan pelbagai disiplin sedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik.

Loading...

Wait a minute