Amalkan posisi tidur ini jika anda mengalami sakit pinggang | Hospital Gleneagles
health-digest-sleep-position-banner health-digest-sleep-position-banner
Penjagaan Pencegahan
Kesihatan Tulang & Sendi
Penjagaan Pencegahan

Amalkan posisi tidur ini jika anda mengalami sakit pinggang

17 April 2023 · 4 mins read

Topics







Sakit pinggang boleh mengganggu tidur, manakala kekurangan tidur mungkin meningkatkan kemungkinan untuk mengalami kesakitan. Ketahui lebih lanjut tentang posisi tidur terbaik untuk sakit pinggang.

Sakit pinggang biasanya dikelaskan sebagai:

  • Akut - berlangsung empat minggu atau kurang
  • Subakut - berlangsung empat hingga 12 minggu
  • Kronik - berlangsung lebih daripada 12 minggu

Penyebab sakit pinggang

Sakit pinggang kerap dialami orang ramai orang. Lebih daripada 80% orang mengalami sakit pinggang sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. Ia boleh menjadi tidak menyenangkan apabila mengganggu rutin harian.

Sakit belakang biasanya tidak menunjukkan masalah perubatan yang serius dan kerap sembuh dengan sendiri. Walaupun majoriti kes sakit akut pulih dengan cepat, sesetengah individu mungkin mengalami sakit kronik.

Beberapa punca biasa adalah:

  • Cakera haus apabila usia meningka
  • Cakera membonjol atau tergelincir
  • Skiatika (saraf terjepit)
  • Osteoartritis
  • Kekejangan dan ketegangan otot
  • Ligamen pecah atau terseliuh
  • Trauma pada bahagian belakang
  • Spondilolistesis
  • Osteoporosis, menyebabkan tulang berliang dan mudah patah
  • Spondilitis mengankilosis
  • Sakit belakang kerana pekerjaan: Mengangkat yang cara yang salah, duduk di meja sepanjang hari dengan postur buruk atau kurang sokongan belakang atau memandu sepanjang hari
  • Tumor (kanser atau bukan kanser)
  • Bengkak

Faktor risiko sakit pinggang

  • Biasanya berlaku antara umur 30 dan 50 tahun
  • Mempunyai berat badan berlebihan boleh memberi tekanan pada belakang anda dan menyebabkan kesakitan
  • Genetik
  • Posisi tidur
  • Faktor gaya hidup seperti kurang bersenam dan merokok
  • Kemurungan dan kebimbangan boleh mempengaruhi sakit belakang
  • Beg galas yang berat boleh menegangkan bahagian belakang kanak-kanak

Pilihan rawatan untuk sakit pinggang

Kebanyakan kes akut sakit belakang dapat diselesaikan dengan cepat walaupun terdapat cakera yang membonjol atau hernia.

Ramai bimbang bahawa menjadi aktif memburukkan lagi kecederaan belakang atau melambatkan pemulihan mereka. Namun begitu, kekal aktif yang mungkin adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk belakang badan anda.

Jika sakit belakang anda teruk, anda mungkin perlu merehatkan belakang badan selama satu atau dua hari, tetapi rehat katil yang berpanjangan tidak digalakkan. Teruskan melakukan aktiviti harian biasa anda dan senaman ringan, termasuk berjalan kaki.

Jika sakit belakang anda tidak bertambah baik, doktor anda mungkin menetapkan analgesik atau ubat untuk melegakan otot belakang anda.

Jika kesakitan anda masih tidak bertambah baik selepas beberapa minggu, doktor anda mungkin menawarkan terapi alternatif seperti fisioterapi dengan senaman khusus untuk membantu mengurangkan sakit pinggang dengan melegakan ketegangan dan menguatkan otot di bahagian pinggang.

Hanya sesetengah individu yang mengalami sakit pinggang memerlukan campur tangan pembedahan.

Posisi tidur yang terbaik untuk sakit pinggang

Sakit pinggang dan tidur mempunyai hubungan yang kompleks. Kesakitan boleh mengganggu tidur dan kekurangan tidur boleh meningkatkan kemungkinan mengalami kesakitan.

Selain itu, kedudukan tidur atau tilam yang tidak menyokong tulang belakang lumbar secukupnya boleh menyebabkan atau memburukkan lagi sakit pinggang.

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda tidur lebih lena apabila anda mengalami masalah sakit belakang:

  • Tidur mengiring dengan bantal di antara lutut boleh membantu menyelaraskan pinggul, pelvis dan tulang belakang anda, mengurangkan tekanan pada pinggang.
  • Tidur telentang dengan bantal di bawah lutut boleh membantu menyelaraskan tulang belakang dan mengurangkan tekanan pada bahagian pinggang.

Tidur meniarap dengan bantal di bawah perut boleh membantu mengurangkan tekanan pada pinggang anda, tetapi tidak disyorkan untuk orang yang mengalami masalah tertentu seperti cakera hernia.

Posisi tidur yang paling teruk untuk sakit pinggang

Tidur meniarap boleh menyebabkan tulang belakang melengkung dan menegangkan otot pinggang serta tulang belakang anda.

Buat janji temu di Hospital Gleneagles

Kedudukan tidur terbaik untuk sakit pinggang mungkin berbeza-beza berdasarkan keadaan dan pilihan individu. Bincang dengan doktor atau ahli fisioterapi anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang posisi tidur terbaik untuk sakit pinggang.

Pasukan profesional penjagaan kesihatan pelbagai disiplin tersedia untuk berunding dan memberikan penjagaan yang terbaik. Hubungi kami untuk membuat janji temu dengan pakar Ortopedik di Hospital Gleneagles hari ini.

SuggestedArticles