Topics
Apakah itu IUCD?
Peranti intrauterin (IUCD) ialah alat kecil berbentuk T daripada plastik atau tembaga yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Kaedah kawalan kelahiran ini biasanya digunakan untuk perlindungan jangka panjang dan boleh bertahan antara 5 hingga 10 tahun, bergantung pada jenis peranti.
Jenis-jenis IUCD
- Apakah dua jenis IUCD yang tersedia pada masa ini?- Terdapat dua jenis utama IUCD — hormon dan tembaga. - IUCD hormon (Levonorgestrel / LNG): IUCD ini membebaskan sejumlah kecil progestin, iaitu hormon sintetik progesteron, ke dalam rahim. Progestin berfungsi memekatkan lendir serviks bagi menghalang sperma mencapai ovum, serta menipiskan lapisan rahim supaya kurang sesuai untuk penempelan ovum yang telah disenyawakan.
- IUCD tembaga (kuprum): Sesuai bagi individu yang memilih kontraseptif bebas hormon. IUD jenis ini menyebabkan ovum mustahil untuk disenyawakan. Ion kuprum yang dilepaskan oleh IUCD ini mengubah komposisi lendir serviks dan lapisan rahim, menjadikan persenyawaan ovum hampir mustahil.
 
- Siapakah yang boleh menggunakan IUCD?- Peranti ini boleh digunakan dengan selamat oleh kebanyakan wanita sihat yang memiliki rahim. Namun, alat ini tidak sesuai untuk golongan wanita yang mengandung, mengalami pendarahan faraj yang tidak normal dan menghidap STI atau jangkitan pelvis yang tidak dirawat. - Ujian pra-pemasangan termasuk pap smear, ujian kehamilan, saringan STD dan pemeriksaan payudara dan pelvis, dapat membantu menentukan sama ada anda adalah calon yang sesuai untuk prosedur IUCD. 
- Adakah IUCD berkesan?- Penyelidikan semasa menunjukkan IUCD merupakan salah satu kaedah kontraseptif yang paling berkesan dengan kadar kegagalan kurang daripada 1%. 
- Adakah saya masih boleh hamil atau mengandung semasa memakai IUCD?- Tanda-tanda kehamilan semasa memakai IUCD adalah serupa dengan kehamilan biasa seperti terlepas haid, keletihan, loya dan kerap membuang air kecil. Rujuk doktor jika anda mengesyaki anda hamil. 
Manfaat vs kelemahan IUCD
- Apakah manfaat IUCD?- Perlindungan jangka panjang: Menurut FDA, IUCD yang melepaskan hormon progestin (sistem levonorgestrel-intrauterine LNG-IUS) menawarkan perlindungan sehingga 5 tahun. IUCD tembaga pula boleh bertahan sehingga 10 tahun.
- Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa: IUCD ialah kaedah kontraseptif yang boleh diterbalikkan dan tidak menjejaskan kesuburan. Kehamilan boleh berlaku semula selepas ia dikeluarkan.
- Kos penyelenggaraan rendah: Bergantung kepada jenis dan jenama, IUCD tidak memerlukan penggantian sehingga 10 tahun. Pemeriksaan tahunan bersama doktor digalakkan.
- Kelebihan tambahan IUCD hormon: Membantu mengurangkan jerawat dan senggugut akibat pengeluaran progestin, serta bermanfaat bagi wanita yang mengalami haid berlebihan atau berpanjangan.
 
- Apakah kelemahan IUCD?- Walaupun berkesan dan tahan lama, IUCD mempunyai beberapa batasan dan risiko yang perlu dipertimbangkan: - Tiada perlindungan terhadap jangkitan seksual: IUCD, sama ada hormon atau tembaga tidak melindungi daripada STI atau HIV. Kondom masih perlu digunakan bagi individu yang aktif secara seksual, terutamanya dengan pasangan baharu.
- Kos awal yang lebih tinggi: Kos mendapatkan dan memasukkan IUCD boleh menjadi agak tinggi.
- Risiko jangkitan selepas pemasangan: Risiko ini kecil dan boleh dicegah melalui langkah kebersihan yang betul semasa prosedur.
- Ketidakselesaan sementara: Sesetengah individu mengalami kekejangan perut dalam beberapa minggu atau bulan pertama selepas pemasangan IUCD.
- Kesan haid: Jenis tembaga mungkin menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan lebih menyakitkan.
 
Risiko berkaitan IUCD
- Apakah risiko dan kesan sampingan IUCD?- Walaupun jarang, risiko jangka panjang juga boleh berlaku. Antaranya: - Penyakit radang pelvis (PID) - jangkitan pada satu atau lebih organ pembiakan atas, termasuk rahim, ovari dan tiub fallopio boleh berlaku selepas 20 hari pertama pemasangan IUCD.
- Seriawan - penyelidikan terhad menunjukkan bahawa IUCD boleh menyebabkan anda terdedah kepada seriawan berulang (juga dikenali sebagai jangkitan yis).
- IUCD dikeluarkan oleh rahim atau beralih kedudukan - IUCD anda mungkin terkeluar sepenuhnya atau sebahagiannya kerana badan anda memberikan tindak balas negatif terhadap peranti asing.
- Kehamilan ektopik - embrio yang melekat di luar rahim, biasanya dalam tiub fallopio.
- Kerosakan pada rahim - keadaan ini sangat jarang berlaku, dengan kemungkinan satu dalam 1,000.
 
- Bilakah saya harus berjumpa dengan doktor OBGYN mengenai kedudukan IUD saya?- Jumpa doktor OBGYN anda jika anda memerhatikan mana-mana simptom berikut: - Merasa sakit pada bahagian kemasukan.
- Menyentuh untuk menentukan kedudukan IUD.
- Tali IUCD lebih pendek atau lebih panjang daripada biasa.
- Pendarahan tidak normal.
 
- Apakah yang akan berlaku jika IUCD tidak dikeluarkan?- Sebaik sahaja peranti tersebut melepasi tarikh luputnya, tiada jaminan ia akan kekal berkesan dalam mencegah kehamilan. Selain itu, risiko jangkitan akan meningkat jika peranti dibiarkan di tempatnya melebihi tarikh luput. 
Nasihat selepas pemasangan IUCD
Berikut adalah nasihat selepas pemasangan IUCD untuk membantu anda menjaga peranti dan memantau kesihatan anda.
- Adakah pemasangan IUCD menyakitkan?- Berbincang dengan doktor OBGYN anda mengenai prosedur pemasangan IUCD. 
- Bilakah saya boleh melakukan hubungan seks selepas pemasangan IUCD?- Tunggu sekurang-kurangnya 24 jam selepas pemasangan sebelum melakukan hubungan seks faraj. Disyorkan untuk berunding dengan doktor anda tentang masa menunggu, kerana ia boleh berbeza-beza berdasarkan kes individu dan masa pemasangan semasa kitaran haid anda. 
- Bolehkah saya merasakan tali IUCD saya?- Anda mungkin dapat merasakan tali peranti tergantung melalui serviks ke bahagian atas faraj. Tali ini membantu doktor memastikan peranti berada di tempatnya dan memudahkan pengeluaran apabila diperlukan. Berhati-hati untuk tidak menarik atau menggerakkan tali, kerana ini boleh mengubah kedudukan peranti. 
- Adakah IUCD menghentikan haid?- Peranti dalam rahim biasanya tidak menghentikan haid sepenuhnya, tetapi ia boleh mengubah corak haid. Anda mungkin mengalami haid yang berlebihan, lebih lama, atau lebih menyakitkan dengan peranti tembaga, walaupun gejala ini biasanya bertambah baik dalam beberapa bulan. - Sesetengah individu yang menggunakan IUCD hormon mengalami haid yang lebih ringan dan dalam sesetengah kes, haid mungkin berhenti. Penting untuk ambil perhatian bahawa tindak balas individu terhadap IUCD boleh berbeza-beza. 
- Bolehkah saya memakai tampon dan/atau cawan haid dengan IUCD?- Ya, penggunaan tampon biasanya selamat kerana IUCD berada di dalam rahim dan tidak bersentuhan dengan tampon. Namun, penggunaan cawan haid boleh meningkatkan risiko IUCD tertarik keluar. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya. 
Atur janji temu di Gleneagles Hospital
Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang IUCD dan jika ia pilihan yang tepat untuk anda.
Hubungi kami untuk mengatur janji temu dengan pasukan ginekologi hari ini atau ketahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi di Gleneagles Hospital yang terdekat dengan anda.
 
                     
                                                     
                                                     
                 
                                     
                                     
                                     
                                     
                                    